Tuesday, December 10, 2013

KAJIAN BAB 4



BAB 4

HASIL TEMUAN DAN PERBINCANGAN


4.1       Pendahuluan
Bab ini akan menjelaskan mengenai profil responden berkaitan dengan jantina, tingkatan  dan tempat tinggal.  Dapatan kajian ini akan menjelaskan mengenai hasil pemerhatian, temubual dan soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji terhadap 60 orang pelajar di sekolah ini. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan sejauhmana tahap kecenderungan terhadap amalan –amalan sunat dan amalannya di kalangan pelajar sekolah berkenaan.

Bab ini juga akan menjawab beberapa persoalan kajian yang membincangkan tentang perbezaan tahap kecenderungan amalan –amalan sunat berdasarkan kepada tahap kefahaman , faktor-faktor yang mempengaruhi serta penghayatan pelajar terhadap jenis-jenis amalan sunat. Pengkaji juga akan mengemukakan dapatan kajian berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pelajar  melalui soal selidik yang diedarkan .

Pengkaji juga akan mengemukakan dapatan kajian berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pelajar melalui soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian tersebut dihuraikan secara dua bentuk huraian :

i.                    Dapatan Deskriktif
ii.                  Dapatan Inferensi

4.2       Dapatan Deskriptif
Dapatan deskriptif akan memerihalkan taburan sampel mengikut jantina, tahap umur dan tempat tinggal. Di samping itu, bahagian ini juga turut melaporkan dapatan kajian berdasarkan jawapan pelajar terhadap item-item soal selidik. Dapatan kajian tersebut melibatkan kekerapan dan peratus yang akan dibentangkan dalam bentuk jadual dan penerangan.
4.2.1  Latar belakang (profil responden kajian )
Seramai 60 orang pelajar di sekolah ini telah dipilih secara rawak terdiri daripada enam tingkatan dan pelbagai latar belakang pelajar.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Tingkatan

TINGKATAN
BILANGAN PELAJAR
PERATUS
Menengah Atas (Tingkatan Enam )
10
17%
Menengah ( Tingkatan Tiga,Empat dan Lima)
30
50%
Menengah Bawah (Tingkatan Satu dan Dua)
20
33%
JUMLAH
60
100%


Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut tingkatan adalah terdiri daripada peringkat Menengah Atas iaitu Tingkatan Enam, peringkat Menengah iaitu Tingkatan Tiga, Empat dan Lima serta Menengah Bawah yang terdiri daripada Tingkatan Satu dan Dua. 17% daripada responden adalah dari Menengah Atas, 50% responden dari peringkat Menengah, manakala peringkat Menengah Bawah mewakili 33% daripada keseluruhan responden di sekolah ini..


Jadual 4.2 :Taburan Latar Belakang Responden

PROFIL PELAJAR
BIL
PERATUS
Jantina                                 Lelaki
                                            Perempuan
                                            Jumlah
30
30
60
50%
50%
100%
Tingkatan                            Menengah Atas
                                            Menengah
                                            Menengah Bawah
                                            Jumlah
10
20
30
60
17%
33%
50%
100%
Tempat Tinggal                  Pelajar Asrama
                                            Pelajar Luar
                                             Jumlah
30
30
60
50%
50%
100%

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut jantina,tingkatan dan tempat tinggal. Pelajar lelaki mewakili 50% daripada responden atau seramai 30 orang daripada jumlah keseluruhan sampel. Manakala pelajar perempuan pula mewakili 50% daripada responden atau seramai 30 orang.

4.2.2  Dapatan soalan kajian 1
Apakah tahap  kefahaman pelajar terhadap  amalan-amalan sunat?
Jadual  4.3 : Tahap Kefahaman Terhadap Amalan Sunat



BIL
KENYATAAN
MIN

B1
Adakah anda mengetahui maksud  sunat.
3.25
B2
Adakah anda mengetahui jenis-jenis amalan sunat.
3.25
B3
Melakukan amalan –amalan sunat mendapat pahala disisi Allah S.W.T.
3.82
B4
Melakukan amalan sunat memerlukan jihad yang Tinggi dalam diri serta  ikhlas kerana Allah semata-mata.
3.17
B5
Antara amalan amalan sunat yang paling disukai. Oleh nabi ialah puasa
2.98

tiga hari dalam setiap bulan, solat  dhuha dan  solat witir sebelum tidur.

B6
Setiap amalan sunat hendaklah dilakukan secara  istiqamah
3.28
B7
Melakukan amalan sunat dapat menjauhkan diri daripada
3.57

perbuatan yang sia-sia. 

B8
Melakukan amalan sunat dapat menenangkan jiwa
3.48

Min keseluruhan tahap pengetahuan dan kefahaman amalan- amalan sunat                                                                                                  

3.35



Jadual 4.3 di atas menunjukkan 8 item yang dikemukakan untuk melihat tahap pengetahuan dan kefahaman amalan-amalan sunat.

4.2.3  Dapatan soalan kajian 2
Apakah faktor –faktor yang mempengaruhi amalan –amalan sunat?
Jadual 4.4 : Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Sunat

BIL     KENYATAAN                                                                                              MIN

C1       Saya telah dididik oleh ibu bapa saya sejak kecil lagi dalam mengamalkan  amalan-amalan sunat                                                                                       2.93
C2       Guru-guru saya sentiasa memberi pendedahan dan maklumat tentang         
            amalan –amalan sunat di sekolah.                                                                   3.27
C3       Sekolah saya  menitikberatkan tentang amalan –amalan sunat          
            dan menjadi satu budaya di sekolah                                                              2.65
C4       Saya mencontohi rakan saya yang selalu melakukan
            amalan -amalan sunat.                                                                                     3.05
            Min keseluruhan faktor yang mempengaruhi amalan–amalan sunat               2.98


4.2.4    Dapatan soalan kajian 3
Apakah tahap penghayatan jenis –jenis amalan sunat?
Jadual 4.5 : Tahap Penghayatan Jenis Amalan Sunat
BIL     KENYATAAN                                                                     MIN
D1       Saya melakukan solat sunat Rawatib                                                  2.67
D2       Saya melakukan solat sunat Dhuha                                                    2.30
D3       Saya bangun malam untuk solat sunat Tahajjud.                                2.10
D4       Saya melakukan solat Hajat  apabila berhajat kepada sesuatu            3.33
D5       Saya melakukan solat berjemaah di rumah dan di sekolah                 3.20
D6       Saya melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis                                 2.72
D7       Saya melakukan puasa sunat Syawal                                                  2.70
D8       Saya membaca doa ketika melakukan perbuatan harian                     2.85
D9       Saya bersedekah kepada rakan-rakan saya yang susah
            dan memerlukan                                                                                  3.03
D10     Saya membaca al-Quran setiap hari terutamanya selepas
            solat .                                                                                                   3.28
            Min keseluruhan penghayatan jenis-jenis amalan sunat                      2.81    


4.3       Dapatan Inferensi
Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah-t dan korelasi Pearson. Perbincangan dapatan inferensi dibuat berdasarkan kepada hipotesis nul yang dinyatakan dalam persoalan kajian . Manakala penjelasan mengenai penolakan dan penerimaan hipotesis dijelaskan dalam bentuk jadual.


4.3.1    Dapatan Kajian : Persoalan 4
 Apakah tahap kefahaman tentang amalan-amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan jantina dan tempat tinggal?

4.3.1.1             Hipotesis Nul 1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap kefahaman amalan-amalan sunat di kalangan pelajar mengikut jantina dan tempat tinggal
Jadual 4.6 : Tahap Kefahaman Tentang Amalan-Amalan Sunat Di Kalangan Pelajar Berdasarkan Jantina Dan Tempat Tinggal.
Faktor
Bil.
Min
Sisihan Piawai
Nilai-t
Tahap Signifikan
Lelaki
30
3.30
0.535
0.675
0.869
Perempuan
30
3.20
0.610



Asrama
30
3.86
0.351
0.786
0.435
Luar Asrama
30
3.77
0.497


Signifikan pada aras = 0.05


4.3.2    Dapatan kajian : Persoalan Kajian 5
Apakah tahap penghayatan tentang jenis-jenis amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan jantina dan tempat tinggal?

4.3.2.1             Hipotesis Nul 2
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan pelajar terhadap jenis-jenis amalan sunat berdasarkan jantina dan tempat tinggal.


Jadual 4.7 : Tahap  Penghayatan Terhadap Jenis-Jenis Amalan Sunat Di Kalangan Pelajar Berdasarkan Jantina Dan Tempat Tinggal
Faktor
Bil.
Min
Sisihan Piawai
Nilai-t
Tahap Signifikan
Lelaki
30
2.43
0.971
-2.599
0.007
Perempuan
30
3.00
0.554



Asrama

30

2.79

1.114

0.626

0.534
Luar Asrama
30
2.61
1.116




4.3.3    Dapatan Kajian: Persoalan 6
Adakah terdapat hubungan  yang signifikan antara tahap kefahaman pelajar dengan  penghayatan pelajar terhadap jenis – jenis amalan sunat

4.3.3.1             Hipotesis Nul 3
Tidak terdapat hubungan yang signifikan mengikut tahap kefahaman pelajar dengan  penghayatan  terhadap jenis –jenis amalan sunat.
Jadual 4.8 : Korelasi Kefahaman Dan Penghayatan Amalan-Amalan Sunat
Pembolehubah                         N                     Nilai r                                      Signifikan
Kefahaman amalan sunat        60                    0.243                                       0.01
Penghayatan amalan               60

4.4       Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai penganalisisan data kajian berdasarkan persoalan kajian yang perlu dijawab. Dapatan kajian ini menunjukkan kefahaman terhadap amalan –amalan sunat pada paras tinggi. Di samping itu juga, faktor-faktor yang mempengaruhi amalan sunat responden ialah untuk melakukan amalan sunat ialah peranan yang telah dimainkan oleh pihak guru. Hal ini kerana kegiatan pengajaran dan program berkaitan dengan amalan sunat  sering dilaksanakan oleh guru-guru serta memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar mengenai  ibadah sunat. Selain daripada itu dapatan kajian juga menunjukkan tahap penghayatan pelajar terhadap amalan sunat berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru dan pihak sekolah dalam memotivasikan diri sendiri untuk membangunkan golongan yang kurang mendapat pendedahan tentang amalan sunat supaya pendedahan maklumat yang menyeluruh dapat disampaikan kepada semua peringkat umur pelajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...