Friday, January 3, 2014

KERTAS KERJA MERENTAS DESA

KERTAS KERJA MERENTAS DESA 
Pengenalan
Acara Merentas desa  ialah satu acara tetap yang berlangsung setiap tahun bagi  menanamkan semangat cinta kepada aktivi sukan dan megnutamakan badan yang sihat.

Objektif 
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentan aktiviti merentas desa
Memupuk dan menanam semangat suka kepada aktiviti sukan
Meningkatkan tahap kecergasan murid
Melahirkan masyarakat yang mengutamakan senaman dan kesihatan

Pelaksanaan
Tarikh :
Hari  :
Tempat :

Kumpulan Sasar
Seramai …………orang murid dan.................

Anggaran Kos Perbelanjaan
Jamuan  RM.... X  250 peserta
hadiah  medal 
RM 3.50 X 20 pemenang Lelaki =
RM 3.50 X 20 pemenang Perempuan= 

Air mineral
lain-lain 
JUMLAH BESAR :RM........

Sumber Kewangan
Peruntukan Sekolah
Sumbangan PIBG
Sumber Tenaga 
Semua guru dan kakitangan sekolah

JAWATAN KUASA PENGELOLA
Penasihat               PPD             
Pengerusi               GB                             
Naib Pengerusi       GPK    
Setiausaha Kokurikulum  
Penolong Setiausaha
Pengerusi Teknik/Pengurus Kejohanan
Penolong Pengerusi Teknik
Bendahari
Juri Rayuan
Ketua Rumah Sukan 

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN 

Penasihat               PPD             
Pengerusi               GB                             
Naib Pengerusi       GPK                          
Setiausaha                                         
Penolong Setiausaha      


AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL.
AJK
GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
1.
BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN

·      Menyediakan Buku Program Kejohanan
·      Mengedarkan Buku Program Kejohanan
·      Menyediakan  dan ,mengedarkan surat jemputan kepada pihak polis, hospital, PPD (surat pemberitahuan.


2.
PUBLISITI DAN HIASAN

·      Membuat dan memasang kain rentang Kejohanan Merentas Desa
·      Memasang “Bantings”, bendera-bendera Rumah Sukan dan perhiasan yang bersesuaian
·      Mengemas dan menyimpan semula segala peralatan yang digunakan selepas kejohanan.
·      Banting baru diperlukan menggantikan yang lama tanpa tahun dan panjang banting perlu ditambah.
Kain rentang, “Bantings” dan perhiasan yang sesuai
3
MAKANAN/MINUMAN PEGAWAI KEJOHANAN

·      Membuat tempahan makanan/minuman untuk pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar yang bertugas
·      Mengagihkan makanan/minuman kepada pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar yang bertugas

4
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENCATAT UCAPAN

·      Mencatat ucapan Pengetua
·      Mencatat ucapan perasmian penutup
·      Menyerahkan teks ucapan kepada JK Dokumentasi

5
HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL

·      Menempah hadiah mengikut kategori
·      Menyusun hadiah untuk acara Penyampaian Hadiah
·      Menyediakan sijil untuk para pemenang
·      Sentiasa berhubung dengan JK Sumbangan/Tajaan sekiranya pihak sekolah menerima sebarang sumbangan yang berbentuk hadiah
Hadiah, dulang dan sijil


BIL.
AJK
GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
6
SIARAYA
·      Menyediakan alat siaraya di Tapak Perhimpunan
·      Menyimpan semula peralatan yang digunakan setelah selesai kejohanan

7
DOKUMENTASI

·      Mengumpul semua maklumat untuk didokumentasikan
·      Membuat dokumentasi dengan kerjasama S/U Kokurikulum dan S/U Sukan

8
KEBERSIHAN

·      Memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadan bersih

9
HOSPITALITI:
KECEMASAN

·      Menyediakan pasukan PBSM yang bertugas di check point dan stesen-stesen yang telah dikenalpasti
·      Memohon bantuan peralatan dan kerjasama dari Pusat Kesihatan Kuang

10
HOSPITALITI:
KESELAMATAN, DISIPLIN, DAN KAWALAN LALU LINTAS

·      Menghantar surat permohonan bantuan kawalan lalu lintas
·      Mendapatkan maklum balas daripada Pasukan Polis
·      Memberi layanan berpatutan kepada Pasukan Polis semasa dan selepas bertugas
·      Menyediakan Pasukan Kadet Polis Sekolah untuk kawalan sepanjang jalan raya
·      Memaklumkan kepada Pegawai Teknik/Pengurus Kejohanan dan Pegawai Pelepas bahawa telah bersedia

11
SUMBANGAN DAN TAJAAN

·      Mendapatkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau hamper
·      Menghantar surat sumbangan dan tajaan kepada PIBG, YB, pembekal-pembekal sekolah dan pihak-pihak lain
·      Berbincang dengan pihak pentadbir terutamanya PK Ko Kurikulum untuk mendapatkan maklumat lanjut
·      Sebarang sumbangan mestilah dimaklumkan kepada PK Ko Kurikulum, S/U Sukan dan JK Hadiah untuk tindakan susulan

12
JURUHEBAH DAN JURUACARA MAJLIS

·      Menyediakan teks, lagu-lagu selingan yang bersesuaian dan mengacara di sepanjang kejohanan      untuk memeriahkan suasana

13

·      Mengambil gambar sepanjang kejohanan
·      Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi



  
BIL.
AJK
GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
14
PERALATAN DAN PERABOT DI TAPAK PERHIMPUNAN

·      Menyusun perabot yang sesuai di Tapak Perhimpunan untuk para tetamu, Juru Acara Majlis, Urusetia dan AJK Hadiah
·      Mengemas dan menyimpan semua perabot selepas selesai kejohanan

15
PELEPAS

·      Melepaskan para peserta mengikut kategori di garisan permulaan

Wisel dan Hailer
16
PERSIAPAN TREK


·   Mencari trek yang bersesuaian iaitu 8 km untuk peserta lelaki bawah 18 tahun dan 5 km bagi peserta lelaki 15 tahun, peserta perempuan 18 tahun dan peserta perempuan bawah 15 tahun
·   Menyediakan pelan trek/laluan Kejohanan Merentas Desa
·   Memasang Check Point di trek.

17
PENYELARAS LORONG-LORONG PENAMAT DAN TEMPAT-TEMPAT HAKIM

·   Menyediakan lorong-lorong penamat dan tempat kedudukan para Hakim Penamat sebagaimana   pelan
·   Melabelkan setiap lorong dan kedudukan para Hakim Penamat untuk panduan peserta
·   Mengemas semula lorong-lorong penamat, kerusi dan meja para Hakim Penamat selepas selesai kejohanan
Tali raffia, penanda, gunting dan masking tape
18
URUSETIA DAN PENYELARAS BORANG PERTANDINGAN

·   Menyediakan borang-borang kejohanan dan mengagihkan kepada setiap Ketua Hakim
·   Memberi taklimat kepada setiap Ketua Hakim tata cara mengisi borang kejohanan
·   Membuat publisiti Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah
·   Mengaudit markah yang diperolehi dari Ketua Hakim untuk menentukan kedudukan Rumah Sukan bagi setiap kategori dan keputusan keseluruhan kejohanan
·   Menyerahkan keputusan akhir kepada Juru Acara Majlis untuk acara Penyampaian Hadiah
Borang-borang kejohanan, alat tulis dan Kalkulator


  
BIL.
AJK
GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
19
HAKIM-HAKIM PENAMAT

·   Bertugas sebagai ketua hakim penamat untuk kategori masing-masing
·   Memberi taklimat tatacara mengisi borang kejohanan kepada hakim-hakim penamat
·   Mengambil kupon kedudukan dari no 1 hingga 100 bagi kategori masing-masing daripada pencatat masa
·   Menyemak kupon check point para peserta dan mengagihkan kupon kedudukan no 1 hingga 100 kepada peserta yang berjaya menamatkan larian untuk kiraan markah
·   Memastikan hakim-hakim penamat merekodkan mata merentas desa mengikut rumah sukan peserta bagi menentukan pungutan markah rumah sukan mengikut kategori masing-masing
·   Menyemak dan menandatangani borang-borang kejohanan yang diterima dari hakim-hakim penamat bagi kategori masing-masing dan menyerahkannya kepada urusetia untuk diaudit

20
PENCATAT MASA

·   Bekerjasama dengan Hakim Penamat dalam menentukan masa kedudukan peserta
·   Mengambil masa bagi kedudukan pelajar tempat 1 hingga 10 kategori masing-masing
·   Memberi catatan masa kepada Hakim Penamat bagi kategori masing-masing
·   Membantu hakim penamat mengira pungutan bagi kategori masing-masing
Jam randik
21
PENCATAT PEMENANG

·   Bekerjasama dengan Hakim Penamat dan Penjaga Masa dalam menentukan masa kedudukan peserta
·   Mengambil nama , nama rumah, no KP bagi pemenang no 1- 20 dan  bagi no 21-100, nama rumah      sahaja perlu dicatat
·   Membantu urusetia mengira pungutan bagi kategori masing-masing




BIL.
AJK
GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
22
PENYELARAS CHECK POINT

·  Menyelia, membawa dan menyerahkan kupon check point kepada peserta
·  Mencatat nombor larian setiap peserta
·  Membawa pulang penanda check point masing-masing dan letakkan di pondok jaga
·  Memastikan setiap check point ada Pegawai Check Point yang bertugas sebelum kejohanan dimulakan
·  Mengawas pergerakan para peserta di sekitar laluan trek

Penanda check point dan kupon check point
23
MEMANASKAN BADAN SEBELUM LARIAN

·  Melakukan tunjukcara memanaskan badan
·  Memastikan peserta mengikut dan melakukan aktiviti memanaskan badan
·  Mengarahkan pelajar ke tempat permulaan mengikut kategori masing-masing
Muzik yang sesuai dengan kerjasama juruacara majlis. Healer dan Wisel
24
PERONDA MULA DAN SEMASA KEJOHANAN

·  Meletakkan penanda bagi setiap Check Point
·  Meronda trek bersama peserta semasa dilepaskan oleh pelepas dan semasa kejohanan



  

BIL.
AJK
GURU
BIDANG TUGAS
ALATAN
25
PERONDA AKHIR

·   Meronda trek di akhir kejohanan untuk memastikan peserta dan peralatan tiada yang tertinggal


26
QUARTER MASTER

·  Menyediakan QM
·  Mengagihkan tugas QM
·  Memberi taklimat Kepada QM


Jadual Aktiviti / Aturcara Program
TARIKH                                 :              
HARI                                      :              
MASA                                     :               


TEMPAT PERMULAAN : Kawasan Pagar Sekolah

TEMPAT BERAKHIR : Padang Sekolah


Masa
Tentatif
Tindakan
7.20 pagi
·      Pendaftaran kehadiran oleh Guru-guru Tingkatan di Tapak Perhimpunan
Guru Tingkatan, Guru Rumah

7.40 pagi
·      Taklimat Kejohanan kepada Pegawai-pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Teknik di kantin.
·      Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan

Pengerusi Teknik, Penolong Pengerusi teknik, Pegawai Check Point, Pencatat Masa, Hakim Penamat

8.00 pagi
·      Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pasukan Keselamatan dan Kawalan Lalu Lintas serta Pasukan Kecemasan ke check point dan stesyen masing-masing
·      Sesi memanaskan badan dan tunjukcara serta arahan ke garisan permulaan 

Pegawai Check Point, Pegawai Keselamatan dan Lalulintas

8.30 pagi
·      Acara dimulakan dan dilepaskan mengikut Kategori

Pelepas, Peronda Mula, Peronda Semasa Kejohanan, Peronda Akhir, Pertolongan cemas
9.00 pagi
·      Peserta pertama dijangka tiba
Ketua Hakim, Pencatat Masa
10.10 pagi
·      Acara berakhir

10.45 pagi
·      Ucapan Pengetua dan Penyampaian Hadiah
Juru Acara Majlis
11.30 pagi
·      Jamuan

12.00 tgh
·      Bersurai




Penilaian Program 
Sepanjang program/aktiviti dijalankan
Melalui maklum balas yang diperolehi selepas program/aktiviti dijalankan

Penutup
Adalah diharapkan program yang rancang dapat  mencapai matlamat dan mendapat kerjasam dari semua pihak

LENGKAP RUJUK SINI 

KERTAS CADANGAN PERLAKSANAAN MERENTAS DESA 

Monday, December 30, 2013

CONTOH SURAT MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM KHATAM QURAAN

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM KHATAM QURAAN

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut sebagaimana ketetapan berikut:-

                                Tarikh                   : 
                                Hari                       : 
                                Masa                     : 
                                Tempat                  : 

3.            Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sedikit sumbangan dari pihak tuan bagi menjayakan lagi majlis tersebut dan sebagai galakan kepada murid-murid yang mengambil bahagian. Kertas kerja program sebagaimana lampiran berkembar

4.            Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih




CONTOH SURAT PERASMIAN MAJLIS KAHATAM QURAAN J-QAF SEKOLAH

CONTOH SURAT PERASMIAN MAJLIS KAHATAM QURAAN  J-QAF







KEPADA

......................................................................


Tuan

PERASMIAN MAJLIS KAHATAM QURAAN  J-QAF PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN .......... BAGI TAHUN 201

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program tersebut  sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

3       Sehubungan dengan itu kami dengan berbesar hati ingin mejemput pihak tuan, untuk hadir ke majlis tersebut seterusnya merasmikan majlis tersebut. Atucara majlis sebagaimana lampiran berkembar. Kerjasama dan kesudian pihak tuan amat-amat di hargai.

CONTOH SAHAJA TQ...
Nota sila gunakan gelaran yang sesuai ..... Dato, YB Datuk Yang Hormat dan lain-lain..

BACA JUGA
http://mysekebun.blogspot.com/2013/07/contoh-kertas-kerja-majlis-khatam-al.html

CONTOH SURAT PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH SEMPENA PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.


2.    Sehubungan dengan itu, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tuan sebagai Penceramah bagi aktiviti anjuran bersama Unit Kaunseling SK.................................   yang telah diadakan pada butiran berikut;

Program :
Tarikh :
Masa :
Tempat :

3.         Sumbangan dan kerjasama tuan dalam  menjayakan program tersebut, amat-amat dihargai.


Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...