Tuesday, July 30, 2013

contoh surat mohon cuti raya

NAMA DAN ALAMAT

kepada

Majikan anda.


Tuan,

PEREMOHONAN CUTI RAYA SELAMA ................HARI

Merujuk kepada perkara diatas.
Saya seperti nama dan alamat di atas memohon cuti raya selama dua hari, iaitu pada..................hingga ...................................

Tujuan saya memohon cuti ini kerana ...................................................................................

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan cuti tersebut. 



Sekian terima ksih


Yang benar

Friday, July 26, 2013

contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

‘‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998

Berikut contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

• Projek Pukal - Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

• Bicara Buku - Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut.

• Anotasi buku - Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.

• Bercerita - Murid terutamanya murid sekolah rendah digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.

• Jejak Maklumat - Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan.

Untuk kertas cadangan proram nilam anda boleh lihat di pautan ini 

Wednesday, July 24, 2013

Permohonan Ke Tingkatan satu tahun 2014 ke sekolah menengah agama negeri pahang - SPSMA Pahang

Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu sekolah-sekolah Menegah Agama (JAIP) di Negeri Pahang Bagi sesi 2014,
Anda boleh memohon melalui ESMA Pahang.

Sila ke  http://esma.pahang.gov.my/ untuk memohon.

Tuesday, July 16, 2013

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA NUZUL QURAAN PERINGKAT SEKOLAH

KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA NUZUL QURAAN PERINGKAT SEKOLAH

PENGENALAN
Peringatan hari Nuzul al-Quran diadakan bertujuan untuk memperingati peristiwa penurunan al-Quran sebagai mu’jizat agung kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kitab suci Al-quranul Kareem merupakan mukjizat baginda s.a.w.

OBJEKTIF
Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran
Menanamkan minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar beragama Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 .

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh :
Hari:

ATUCARA
08.00 pagi- Murid mengambil tempat
                   Ucapan Pengerusi majlis
                   Bacaan doa

8.30 pagi-Kuiz Nuzul Quraan ( atau boleh juga buat pertandingan hafazan, Khat, mewarna dll)
10.00 pagi-Rehat
10.30 pagi-Ceramah sempena Nuzul Quran
11.30 pagi-Ucapan Penutupan oleh Guru Besar
12.00 tgh-Penyampaian hadiah
12.30 tgh-Berselawat dan bersurai

PERUNTUKAN
Pibg/ Sekolah

ANGGARAN BELANJA
Hadiah Kuiz                  RM
Saguhati Penceramah    RM
Pelbagai                        RM
Jumlah  Besar                RM


AJK PELAKSANA
Penasihat:
Pengerusi:
Naib Pengerusi 1:
Naib Pengerusi 1:
Setiausaha:
Pembaca  Doa:
Juruacara Majlis:
Persiapan Dewan:
Siaraya:
Dokumentasi/ Jurufoto:
Buku Program:
Kuiz
Disiplin Dan keselamatan

PENUTUP
Diharap program ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat memberi impak kepada warga sekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...