Friday, April 4, 2014

kertas kerja dobi

PENGENALAN

Syarikat.................................. merupakan sebuah syarikat bumiputera 100% yang menyediakan perkhidmatan‘Coin Operated Washing Machine’ ( Mesin Basuh Layan Diri Menggunakan Duit ) kepada institusi kerajaan dan swasta bagi kegunaan asrama yang memerlukan perkhidmatan ini. Selain dari menyediakan perkhidmatan ini, syarikat kami juga merupakan pembekal Mesin Basuh Layan Diri untuk syarikat yang menjalankan perniagaan ini.( Rujuk Lampiran C )

  1. NAMA PRODUK
MESIN DOBI LAYAN DIRI

  1. PENGENALAN

Sebagai sebuah syarikat bumiputera, pihak syarikat telah mengambil inisiatif dalam memberi perkhidmatan seperti ini dengan satu dasar memberi kemudahan dan membantu para pelajar (pengguna) khususnya dan amnya dalam menyahut seruan kerajaan. Perkhidmatan yang dirangka oleh syarikat kali ini lebih kepada membantu pihak pengurusan asrama untuk menjaga kebajikan penghuni asrama dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, serta memenuhi keperluan dan kehendak pengguna khususnya para pelajar.
Selain itu juga, Perkhidmatan ini juga dapat memudahkan kedua-dua pihak antara pihak premis dan syarikat dengan pihak syarikat bersetuju memberi 10% atas kutipan yang dibuat pada setiap mesin yang ditempatkan atau sewaan pada kadar RM20 sebulan bagi setiap tapak yang digunakan. Pihak premis akan menerima hasil kutipan 10% atau sewaan sekiranya memberikan kebenaran menempatkan ‘Coin Operated washing Machine’ tersebut. Sistem ini bertujuan mewujudkan satu hubungan baik antara kedua-dua pihak supaya tiada pihak yang tertindas sekali gus dapat mengelak sebarang masalah yang timbul disamping kebaikan dan manfaat dapat dikecapi bersama.
Pada dasar itulah perkhidmatan ini dirangka dengan penuh keikhlasan kerana syarikat sangat yakin dengan adanya perkhidmatan ini dapat membantu mengurangkan bebanan dan memudahkan penghuni asrama di atas masalah yang dihadapi. Syarikat juga yakin dengan adanya perkhidmatan ini dapat membantu pihak pengurusan sesebuah institusi itu menjaga imej dan sekali gus melicinkan pengurusan serta menjaga kebajikan penghuni asrama. Dengan itu, perkhidmatan yang disediakan ini mampu mencapai matlamat serta objektif yang dirancang.
  1. matlamat
Menyediakan pekhidmatan Coin Operated Washing Machine’ ( Mesin Basuh Menggunakan 
Duit ) untuk penghuni asrama.


  1. objektif

  • Membantu pelajar mengurangkan beban kos kerana membasuh pakaian mengguna perkhidmatan kedai dobi.
  • Dengan hanya RM2.50 pelajar dapat membasuh pakaian mereka sehingga 7kg kering.
  • Membantu pelajar agar dapat membasuh pakaian pada bila-bila masa mengikut jadual masing-masing.
  • Membantu melicinkan pengurusan pihak khususnya pengurusan asrama .
  • Membantu pengurusan masa seharian pelajar kerana masa membasuh pakaian dapat dikurangkan sekali gus ‘jam belajar pelajar’ dapat dilaksanakan dengan sempurna.
  • Membantu pelajar menguruskan hal peribadi di asrama.
  • Melatih menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab, jujur, amanah, bijak menguruskan masa dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang serta mempunyai modal insan yang seimbang.
  • Menyahut seruan kerajaan dalam mengaplikasikan bidang kejuruteraan dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kapasiti dan bilangan usahawan bumiputera.

  1. kebaikan dan faedah-faedah

  • Kebaikan utama adalah menjaga kebajikan pelajar asrama dengan mengurangkan beban sara hidup kerana dengan hanya RM2.50 pelajar dapat membasuh pakaian dengan mudah dan berkesan sebanyak 7kg kering.
  • Memudahkan para pelajar asrama untuk membasuh pakaian dengan masa yang singkat.
  • Menggunakan sistem yang telah diasingkan antara ‘coin box’ dengan mesin basuh. Sistem ini dirangka khas supaya mesin dapat berfungsi dengan sendirinya manakala ‘coin box’ hanya berfungsi membenarkan arus elektrik memasukinya. Sekali gus dapat mengelak dari kerosakan yang berlaku yang disebabkan oleh ‘added system’ yang telah dilakukan di kebanyakan mesin sekarang ini. Sistem ini juga dirangka bagi memudahkan penyelengaraan mesin dibuat jika berlaku sebarang kerosakan.
  • Mesin ini juga telah dirangka dengan sistem yang dinamik dan serba boleh yang mana masa pengoperasian boleh diubah mengikut kesesuaian serta permintaan semasa bagi menjamin perkhidmatan berkualiti.
  • Mesin yang digunakan oleh syarikat tidak statik kepada satu jenis mesin sahaja, syarikat boleh menggunakan apa jua mesin yang terdapat diseluruh negara. Hal ini adalah kerana tiada penggabungan sistem antara ‘coin box’ dengan mesin basuh, sekali gus jenis mesin yang digunakan dapat dipilih mengikut kehendak dan kesesuaian pengguna khususnya para pelajar samada mesin basuh ‘manual’ atau ‘automatik’.
  • Mesin ini juga menjimatkan penggunaan elektrik kerana masa penggunaan dihadkan mengikut kesesuaian pengguna.
  • Peningkatan kualiti perkhidmatan oleh syarikat dititikberatkan. Pihak syarikat akan menyediakan peti cadangan dan menerima sistem pesanan ringkas (sms) kepada pengguna bagi menerima sebarang aduan atau cadangan samada untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan ataupun kerosakan mesin.
  • Setiap tindakan akan diambil dalam tempoh kurang 24jam serta mengikut kesesuaian semasa.
  • Pihak syarikat sangat prihatin dan akan sentiasa menerima teguran dan nasihat dari mana-mana pihak dalam setiap usaha bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik, berkesan dan berkualiti.

  1. cara pengoperasian
                            Rujuk lampiran A

  1. PRODUK

Rujuk lampiran B



  1. SENARAI PENGUNA


Rujuk lampiran C



  1. senarai syarikat

Rujuk lampiran D



  1. penutup

Diharapkan program yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dan matlamat seperti yang telah dirancangkan serta mendapat kerjasama dari semua pihak. Diharapkan program seumpama ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak agar segala manfaat dan kebaikan dapat dikecapi bersama.

Disediakan oleh,



........................................................

( .............................................. )
B.p Pengarah Urusan
Syarikat,,,,,,,,,,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...