Saturday, April 5, 2014

PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER

PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER

  1. Penggunaan Makmal Komputer berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
  2. Jika ingin menggunakan Makmal Komputer pada masa lain daripada jadual yang telah ditetapkan, guru berkenaan hendaklah membuat tempahan(booking) terlebih dahulu.
  1. Murid-murid tidak dibenarkan berbuat bising, makan, dan bermain-main di dalam Makmal Komputer.
  1. Tidak dibenarkan mengendali, mengalih atau membawa segala peralatan yang terdapat di Makmal Komputer kecuali dengan kebenaran Ketua Unit Makmal Komputer/Penyelaras PSS.
  1. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam Makmal Komputer hendaklah dicatatkan dalam Rekod Penggunaan yang telah disediakan.
  1. Segala peralatan yang rosak semasa/sebelum digunakan hendaklah dilaporkan kepada Ketua Unit Makmal Komputer/Pengetua.
  1. Pastikan kerusi-kerusi disusun dengan kemas dan bersih sebelum meninggalkan Makmal Komputer.
  1. Guru perlu memastikan segala suis atau punca kuasa elektrik, kipas, alat penghawa dingin, dan lampu ditutup sebelum meninggalkan Makmal Komputer.
  1. Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa pengawasan guru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...