PERLEMBAGAAN KELAB BOLA JARING
1. NAMA DAN ALAMAT
a.
Nama Kelab : KELAB BOLA JARING
b. Alamat :
2. MATLAMAT
Memberi peluang
kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3. TUJUAN
Tujuan penubuhan KELAB BOLA JARING ialah untuk mengadakan satu kumpulan pelajar yang
mendapat didikan dan bimbingan tentang kepentingan seni budaya dan kepentingan
riadah dalam kehidupan seharian mereka. Antara penekanan yang diberikan ialah
seperti berikut :
3.1 Mempelajari
asas permainan BOLA JARING.
3.2 Meningkatkan
tahap penguasaan pelajar dalam permainan BOLA JARING.
3.3 Membudayakan sifat-sifat
penyayang terhadap diri dengan berpersatuan.
3.4 Menjadikan permainan bola jaring
satu alat untuk pergaulan antara
pelajar.
3.5 Menghargai budaya dan memupuk semangat bertanggungjawab
3.6 Menyumbang kepada kemajuan kebudayaan di
sekolah terutamanya melalui
penyebaran
maklumat dan pendidikan yang berkaitan.
4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua pelajar sekolah
ini.
4.2
Permohonan menjadi ahli
adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan
4.3
Ahli-ahli mestilah
menerima serta bersetuju berpegang kepada
perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan kelab
ini.
5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri
daripada guru sekolah ini.
5.2
Guru Penasihat
mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3
Guru Penasihat hendaklah
sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.
6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2
Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa manakala
ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah
secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa
Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat
tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5
Ahli Jawatankuasa
yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan
hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan
bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)
7. TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab
atas kesempurnaan
semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.2
Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
7.2.2
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.3
Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal
surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat
dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2
Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat
dari masa ke semasa.
7.5
Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab
berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.6
Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas
Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya
dilantik.
7.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru
Penasihat dari masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan
pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
8. KEWANGAN
8.1
Sumber utama kewangan
persatuan/kelab adalah melalui derma yang
diputuskan semasa
Mesyuarat Agung.
8.2
Persatuan/Kelab juga
boleh memperoleh kewangan melalui projek-projek
atau aktiviti tertentu atau daripada agensi-agensi kerajaan terutama
Jabatan Pengairan dan Saliran.
8.3
Ahli-ahli yang
bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
8.4
Semua
pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam
Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat
kebenaran Pengetua
9. KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1
Ahli
persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti
yang
dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang
tahun.
9.2
Kegagalan berbuat demikian sebanyak
tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.
Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
10.
AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan
asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah
dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan
dikenakan tindakan tatatertib.
12. TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan
persatuan/kelab
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.2
Ahli yang tidak berpuas
hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan / kelab secara bertulis dan
keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah
sehingga ianya
dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli,
Ahli
Jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan
Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah
diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengetua.
14. PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika
didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah
Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.
15. HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri
terhadap aktiviti yang
dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.
……………………….
...................................... .....................................
(
)
(
)
( )
Setiausaha
Pengerusi
Guru Penasihat
Tarikh: