Wednesday, April 9, 2014

BAHAN CEMAR UDARA

Bahan Cemar udara-Jerebu
Jerebu terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.
Sumber Jerebu yang utama termasuk kebakaran terbuka samada untuk pertanian atau lain-lain.


JEREBU

Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Bahan Cemar udara-Karbon Monoksida
Karbon monoksida dihasilkan daripada pengoksidaan separa sebatian yang mengandungikarbon; ia terhasil apabila jumlah oksigen tidak mencukupi untuk menghasilkan karbon dioksida (CO2), seperti ketika mengendalikan dapur gas atau enjin pembakaran dalaman dalam ruang tertutup.Pelepasan asap kenderaan
Keracunan karbon monoksida ialah jenis keracunan udara pembawa maut yang paling biasa di banyak negara. Karbon monoksida tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berasa, tetapi sangat beracun. Ia bergabung dengan hemoglobin dan membentuk karboksihemoglobinyang merampas tempat dalam hemoglobin yang biasanya membawa oksigen, tetapi tidak efektif bagi penghantaran oksigen ke tisu badan. Kepekatan serendah 667 ppm boleh menyebabkan 50% daripada hemoglobin badan bertukar kepada karboksihemoglobin. Tahap 50% karboksihemoglobin boleh menyebabkan sawan, koma, dan kematian.

Bahan Cemar udara-Sulfur Dioksida
Sulfur dioksida merupakan gas yang tidak berwarna berbau tajam. Sulfur dioksida merupakan senyawa kimia dengan rumus SO2 tersusun dari 1 atom sulfur dan 2 atom oksige yang dihasilkan terutama dari letusan gunung berapi dan beberapa perindustrian. Bahan bakar minyak banyak mengandung unsure sulfur, sehingga pembakarannya menghasilkan SO2 kecuali sulfurnya telah dihilangkan sebelum dilakukan pembakaran.


LETUSAN GUNUG BERAPI


ASAP KILANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...