Tuesday, June 20, 2017

GARIS PANDUAN UMUM PEMBERIAN KERJA RUMAH KEPADA MURID SEKOLAH

SURAT PEKELILING IKHTISAS BlL. 12/2004 GARIS PANDUAN UMUM PEMBERIAN KERJA RUMAHKEPADA MURID SEKOLAH 

(A) PERANCANGAN
i) Pihak sekolah melalui Jawatan Kuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran masing-masing perlulah menyediakan perancangan yang lengkap dan seimbang bagi setiap kelas untuk menjadualkan pemberian kerja rumah.
ii) Perancangan pemberian kerja rumah hendaklah mengambil kira faktor jumlah, jenis atau bentuk, kekerapan, aras kesukaran matapelajaran dan kemampuan murid berkenaan.
iii) Faktor lain seperti masa peperiksaan, hari sukan atau aktiviti kokurikulum, hari kecemerlangan sekolah dan juga hari-hari cuti juga perlu diambil kira dalam merancang pemberian kerja rumah Ini. Pemberian kerja rumah tidak seharusnya tertumpu kepada masa cuti atau hujung minggu sahaja.
iv) Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan mengenai peranan, perancangan dan pelaksanaan pemberian kerja rumah oleh pihak sekolah.

(B) PELAKSANAAN
 i) Pihak sekolah perlulah memastikan setiap murid diberikan kerja rumah secara berpatutan dan bersesuaian dengan potensi dan kemampuan murid berkenaan.
ii) Pihak sekolah tidak digalakkan menyuruh murid meniru atau menyalin satu persatu soalan latihan atau kesemua pilihan jawapan dari mana-mana sumber seperti sisipan pendidikan akhbar, majalah. buku kerja dan yang sepertinya sebagai tugasan kerja rumah.
 iii) Guru kelas boleh menyelaraskan jadual pemberian kerja rumah setiap minggu, bagi setiap mata pelajaran di kelas masing-masing agar setiap guru berpeluang memberikan kerja rumah secara seimbang dan sama rata.
 iv) Tempoh masa menyiapkan kerja rumah mestilah mengambil kira faktor kemampuan murid, aras kesukaran mata pelajaran, jenls dan bentuk kerja rumah.
v) Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, guru perlu mempelbagaikan bentuk tugasan dan kerja rumah agar tidak hanya tertumpu kepada Iatihan berbentuk kertas dan pensil/pen sahaja.
vi) Penyemakan kerja rumah dengan segera akan memudahkan guru membuat tindaksusul seperti, langkah pemulihan atau pengayaan.

 (C) PEMANTAUAN
i) Satu mekanisme hendaklah disediakan supaya jadual pemberian kerja rumah dapat diakses oleh pengetua, guru besar, guru dan murid pada setiap masa. Oleh itu, jadual ini sesuai dipaparkan di setiap bilik darjah. Mekanisme yang disediakan perlu mengambil kira jumlah kerja rumah yang telah/akan diberl kepada murid-murid dalam sebuah kelas untuk sesuatu hari bagi setiap mata pelajaran selain mengambil kira masa yang diperlukan oleh murid untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja rumah berkenaan.
ii) Mekanisme ini juga boIeh melibatkan merekod pemberian kerja rumah dalam bentuk catatan/buku yang akan membantu memudahkan pemantauan dibuat secara sistematik dan berkesan.
iii) Pengetua, guru besar dan ketua panitia mata pelajaran hendaklah memantau pelaksanaan jadual ini agar ianya dilaksanakan dengan berkesan.
 iv) Pengetua dan guru besar adalah bertanggungjawab memastikan bahawa kerja rumah yang diberikan kepada murid disemak oleh guru yang berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...