PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER
- Penggunaan Makmal Komputer berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.
- Jika ingin menggunakan Makmal Komputer pada masa lain daripada jadual yang telah ditetapkan, guru berkenaan hendaklah membuat tempahan(booking) terlebih dahulu.
- Murid-murid tidak dibenarkan berbuat bising, makan, dan bermain-main di dalam Makmal Komputer.
- Tidak dibenarkan mengendali, mengalih atau membawa segala peralatan yang terdapat di Makmal Komputer kecuali dengan kebenaran Ketua Unit Makmal Komputer/Penyelaras PSS.
- Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam Makmal Komputer hendaklah dicatatkan dalam Rekod Penggunaan yang telah disediakan.
- Segala peralatan yang rosak semasa/sebelum digunakan hendaklah dilaporkan kepada Ketua Unit Makmal Komputer/Pengetua.
- Pastikan kerusi-kerusi disusun dengan kemas dan bersih sebelum meninggalkan Makmal Komputer.
- Guru perlu memastikan segala suis atau punca kuasa elektrik, kipas, alat penghawa dingin, dan lampu ditutup sebelum meninggalkan Makmal Komputer.
- Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa pengawasan guru