1) Ucapan Alu-aluan
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd
Yang berusaha …………………………, Guru Besar Sek. Keb. ……………..
Yang dihormati ……………………, Yang Dipertua PIBG ………………………….
………………………. , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
……………………….., Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid ………………………. yang disayangi sekalian.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN ………………………….
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SK………. kali ke 21.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.
2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan
Hadirin yang dihormati,
Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat rumah-rumah sukan sebentar lagi.
Pasang CD Marching
Rumah kuning mendahului kontijen perbarisan pada hari ini.
Kuning melambangkan warna diraja.
Diikuti oleh Rumah hijau.
Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya.
Hijau mewarnai alam sekeliling kita.
Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru.
Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang mantap.
Kontijen yang terakhir adalah Rumah Merah
Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.
3) Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz ………………… untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
Bacaan doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
4) Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri …………….. dan Lagu sekolah.
Hadirin diminta berdiri
Pasang tape nyayian
5) Seterusnya bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan kali ke …….., akan dibacakan oleh adik ………………………………………………………..
6) Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, ………………….. untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. …………………… di atas ucapan beliau itu tadi.
7) Seterusnya majlis menjemput …………………, YDP PIBG Sk. .................... untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb. ……………………... Majlis dengan hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………… di atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb. ………………………..
8) Perarakan Keluar Kontingen
Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.
Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.
9) ACARA SUKAN
Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan perempuan individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.
Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun
RUJUK BUKU ATURCARA
Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, Para peserta diminta bersedia.
Acara sukaneka pertama adalah _____________________
RUJUK BUKU ATURCARA
Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.
10) Penutup
Dengan berakhirnya acara pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini.
11) Upacara Penyampaian hadiah
Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah
Majlis dengan sukacitanya menjemput …………………………………………………….
Untuk mengiringi ………………………………………..………………………….
untuk menyampaikan hadiah.
Terima kasih diucapkan kepada …………………………………. di atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah.
BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA
Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK
bagi tahun ini.
Olahragawan SK……. tahun ini disandang oleh :………………………………………
Olahragawati SK….… tahun ini disandang oleh :………………………………………
Majlis dengan sukacitanya menjemput …………………………..
Untuk mengiringi ……………………….. untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada ……………………. atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada hari ini.
12) Penutup
Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan Sk……….. kali ke-……….
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada kami sendiri.
Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk semua dan “Majulah Sukan .untuk negara”
Sekian , terima kasih.