Selamat
Pagi, “Salam 1 Malaysia”, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan warga SK .......
Yang
Dihormati ………………………………………, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.
Yang Dihormati ……………………………………………….., Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang Dihormati ………………………………………………., Penolong
Kanan Kokurikulum.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
Terlebih
dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari
ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK .......... bagi tahun 2017. Sememangnya,
kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan
suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.
Guru-guru
dan murid sekalian,
Pada tanggal
31 Ogos 2017 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke-60.
Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan yang baru melebihi setengah dekad,
masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya golongan generasi muda yang
kurang arif mengenai peranan dan erti sebenar kemerdekaan yang telah dikecapi
ini.
Guru-guru
dan murid sekalian,
Tema Hari
Kemerdekaan 2017 Malaysia..Negaraku Sehati Sejiwa- Melambangkan perpaduan antara Sabah,
Sarawak dan Semenangjung. Negaraku Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu
antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.
Guru-guru
dan murid sekalian,
Sebelum
mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus
untuk menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK ..........bagi tahun 2017
Sehubungan
itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat SK ............ bagi tahun 2017.
Sekian, terima kasih.