Tuesday, August 22, 2017

Ucapan pelancaran Guru Besar sempena Program Rajinlah adik kesekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Pelancaran Program Rajinlah adik kesekolah dalap dibuat. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk ke sekolah hadir kesekolah

Porgram ini bertujuan mengalakkan pelajar agar rajin hadir ke sekolah

Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat

Oleh itu, diharap semua murid agar terus rajin hadir kesekolah. Ini penting, untuk mencapai target kehadiran penuh iaitu 95% sebagaiman hasrat Kementerian Pendidikan .

Terima kasih kepada semua unit yang terlibat dalam Program Rajinlah adik kesekolah ini. Kerjasama dan hubungan erat daripada guru-guru, ibubapa , PIBG amatlah diharapkan bagi merealisasikan program ini.



Dengan lafaz bismilah................... saya melancarkan program Program Rajinlah adik kesekolah bagi peringkat SK ...................................

Sekian Terima Kasih










CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN GPK KOKURIKULUM

CONTOH PENULISAN SASARAN KEBERHASILAN GPK KOKURIKULUM


Pengurusan
1. Memastikan 85% guru PAJSK menghadiri Kursus PAJSK peringkat daerah.
2 Memastikan 95% guru mengemaskini markah PJASK dan SEGAK mengikut jajaran masa yang ditetapkan.
3 Memastikan 100% laporan aktiviti unit kokurikulum disediakan setiap bulan mengikut standard yang ditetapkan.
4 Memastikan semua perjumpaan unit, persatuan, badan beruniform dan sukan permainan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
5 Memastikan 5 murid dapat mewakili sekolah dalam aktiviti perkhemahan ke peringkat daerah.
6 Memastikan satu pingat emas diperoleh dalam salah satu pertandingan permainan peringkat daerah.
7 Memastikan 2 orang murid dapat mewakili sekolah dalam pertandingan catur peringkat negeri.
8 Memastikan 5 atlet dapat mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat daerah.
9 Memastikan 2 orang pemain sofbal sekolah dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
10 Memastikan 1 pasukan badan berunifom dapat menyertai aktiviti perkhemahan peringkat daerah
11 Memastikan sukan memanah sekolah dapat mewakili daerah ke peringkat negeri.
12 Memastikan empat jaguh daripada tujuh kejohanan sukan peringkat daerah dapat dilahirkan.
13 Memastikan enam orang atlet sekolah dapat mewakili sekolah di peringkat negeri.
14 Memastikan purata tahunan kehadiran murid dalam aktiviti Persatuan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan mencapai 95%
15 Memastikan 80% murid yang menyertai sukan daerah mendapat sijil kecemerlangan dalam bidang sukan yang disertai.


PdP
16  Memastikan 25 daripada 30 murid 4 Mulia lulus dalam mata pelajaran B Melayu pada peperiksaan akhir tahun.

17 Memastikan 100% murid 5 Tawakkal lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan akhir tahun

Monday, August 14, 2017

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

PEKELILING RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti:-
1.objektif,
2.cara bagaimana hendak mencapai objektif
3.dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa


Baca Juga
Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran

Wednesday, August 9, 2017

Templete Offline Pendidikan Jasmani tahun 4

Templete Offline Pendidikan Jasmani tahun 4 dugunaka oleh gur subjek. Templete Offline Pendidikan Jasmani tahun 4, Boleh muat turun Templete Offline Pendidikan Jasmani tahun 4 di pautan dibawah
https://drive.google.com/open?id=0B8lOpbiWVLOCdlpScTFWQmlSNHc

Tuesday, August 8, 2017

Teks ucapan merdeka oleh Guru Besar 2017

Selamat Pagi, “Salam 1 Malaysia”, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan warga SK  .......
Yang Dihormati ………………………………………, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum.
 Yang Dihormati ……………………………………………….., Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
 Yang Dihormati ………………………………………………., Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru  dan murid-murid yang dikasihi
Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK  ..........  bagi tahun 2017. Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.

Guru-guru dan murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2017 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke-60. Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan yang baru melebihi setengah dekad, masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya golongan generasi muda yang kurang arif mengenai peranan dan erti sebenar kemerdekaan yang telah dikecapi ini.

Guru-guru dan murid sekalian,
Tema Hari Kemerdekaan 2017 Malaysia..Negaraku Sehati Sejiwa- Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. Negaraku Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

Guru-guru dan murid sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK  ..........bagi tahun 2017

Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat SK  ............ bagi tahun 2017.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 1, 2017

Permohonan Ke Tingkatan satu tahun 2018 ke sekolah menengah agama negeri pahang - SPSMA Pahang

Permohonan Ke Tingkatan satu tahun 2018 ke sekolah menengah agama negeri pahang - SPSMA Pahang

Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu sekolah-sekolah Menegah Agama (JAIP) di Negeri Pahang Bagi sesi 2014,
Anda boleh memohon melalui ESMA Pahang.

Sila ke  http://esma.pahang.gov.my/ untuk memohon.

Thursday, July 27, 2017

SSQS PAHANG

SSQS PAHANG SSQS PAHANG SSQS PAHANG  SSQS PAHANG SSQS PAHANG
SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG SSQS BTB PAHANG
http://best.moe.edu.my/ssqs/pahang/

Friday, July 21, 2017

Doa mesyuarat

Ya Allah, sempena Majlis pada hari ini, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan serta petunjuk kepada kami Ya Allah .

Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Ya Allah kami memohon agar pertemuan ini dianugerahkan hidayah dan taufik agar urusan harian kami berjalan dengan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan dari-Mu, kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau redhai

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

Wednesday, July 12, 2017

SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK)

SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK)

https://smpk.moe.gov.my/ 

portal pembelajaran iab

KLIK SINI PORTAL  PEMBELAJARAN IAB NPQEL 
http://npqel.iab.edu.my/login/index.php 

portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab portal pembelajaran iab

Portal institut aminuddin baki


Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejarah penubuhan IAB yang dahulunya adalah dikenali sebagai Malaysian Educational Staff Training Institute (MESTI) pada Mac 1979.

http://iab.moe.edu.my/

BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit.


Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan di perenggan 2 di atas.
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp112016.pdf

Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja

Download Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja 

Pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Penyelia terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan dalam garis panduan ini;

Kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Pegawai hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawabnya sekiranya urusan persendirian tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja;

Pegawai Penyelia hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk memberi kebenaran kepada pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bagi urusan persendirian setelah mengambilkira kepentingan perkhidmatan;

http://www.jpm.gov.my/jpm2/sites/default/files/imagepicker/1/se14122009_0_0.pdf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...