TOKOH MURID
PEREMPUAN
Tokoh murid perempuan pada tahun ini merupakan seorang
murid yang sangat berketrampilan dan berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Beliau dilahirkan pada ___________________ di Hospital Jengka. Merupakan
anak kedua daripada 4 orang
adik-beradik. Kedua ibu bapa beliau adalah warga pendidik yang sentiasa menabur
bakti dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu.
Tokoh murid perempuan
ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau merupakan
Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 2013.
Mempunyai cita-cita yang murni iaitu
sebagai doktor yang sedia membantu merawat insan-insan yang memerlukan. Beliau
juga menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum
dan ko kurikulum. Dari segi kurikulum,
tokoh murid ini telah mendapat tempat pertama dalam kelas sejak dari tahun 4
sehingga tahun 6. Merupakan Tokoh Murid Harapan bagi tahun 2012, murid harapan
5A UPSR tahun 2013 serta mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK )
tahun 2012.
Dari segi Ko kurikulum
pula, tokoh ,murid ini telah mewakili daerah ke peringkat negeri Pahang dalam
pertandingan bercerita semasa pra sekolah. Beliau juga mendapat tempat ke tiga
Pertandingan Bercerita Majlis Tadarus Al Quran peringkat ...................................
Di samping itu, murid ini juga telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1
Malaysia bagi tahun 2012. Beliau juga telah menyertai Karnival Bersepadu
sekolah rendah peringkat negeri Pahang. Selain itu, beliau juga telah menyertai
pertandingan bercerita dalam Karnival Ko Akademik Bahasa Melayu peringkat
daerah ........................... Juga menyertai Perkhemahan Lencana Keris
Gangsa dan Usaha Persekutuan Pengakap daerah .......................
Ketokohan dan kewibawaan
murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-rakan memberi impak yang
sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh Murid bagi kategori perempuan bagi
tahun 2013. Murid yang dimaksudkan ialah adik ........................................................
TOKOH MURID LELAKI
Tokoh Murid lelaki pada
tahun ini pula mempunyai sikap yang positif dan berketrampilan menarik. Beliau
dilahirkan di Hospital Jengka pada _________________. Merupakan anak bongsu daripada 4 orang
adik-beradik. Beliau juga memasang impian untuk bergelar guru pada masa akan
datang. Walaupun ketiadaan bapanya yang
telah pulang kerahmatullah,beliau tetap gigih berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan. Berbekalkan semangat ibunya, tokoh murid ini
tidak jemu untuk belajar dan mempamerkan sikap dedikasi dalam setiap
tanggungjawab yang digalasnya. Beliau merupakan Ketua Pengawas bagi sesi 2013
dan menunjukkan ketokohan sebagai pemimpin pada masa akan datang.
Tokoh murid ini juga
menunjukkan potensi dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum. Dari segi kurikulum,
beliau merupakan Tokoh Murid Harapan bagi tahun 2012 dan merupakan murid
harapan 5A bagi UPSR pada tahun ini.
Dari bidang kokurikulum
pula, beliau telah mewakili sekolah dalam kejohanan bola sepak peringkat zon.
Juga mewakili sekolah dalam kejohanan bola baling diperingkat .......................................
Selain itu, beliau telah mewakili sekolah dalam Karnival 1 murid 1 sukan di .............................. Tokoh murid ini juga merupakan Pengerusi bagi
Kelab Doktor Muda bagi sekolah ini.
Ketokohan dan sikap
rajin membantu sesiapa sahaja serta menghormati guru dan kawan-kawan merupakan
faktor utama murid ini dipilih selaku Tokoh Murid Lelaki pada tahun ini. Tokoh
Murid Lelaki yang dimaksudkan ialah adik ..................................................
TOKOH KO KURIKULUM PEREMPUAN.
-
Murid
ini merupakan anak bongsu daripada ________ adik-beradik.
-
Mempunyai
cita-cita untuk menjejakkan kaki di menara gading dan menjadi seorang
_______________.
-
Dilahirkan pada
__________________________ di _______________.
-
Anak kecil yang
dilahirkan itu mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan.
-
Merupakan seorang pengawas
sekolah yang dedikasi dan bertanggungjawab.
-
Murid ini bergiat cergas dan
aktif dalam sukan hingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan
Olahraga, bola jaring dan bola baling bagi peringkat zon.
-
Menyertai Kelab Doktor Muda dan
sentiasa membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
-
Menyertai perkhemahan peringkat
sekolah dan sentiasa member kerjasama kepada ahli kumpulan.
-
Sikap yang suka menolong dan
sentiasa menghormati guru serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan
sebagai Tokoh Ko kurikulum bagi kategori perempuan.
-
Murid yang dimaksudkan ialah
adik .............................................................................
TOKOH KO KURIKULUM LELAKI
-
Murid
ini merupakan anak ______ daripada ________ adik-beradik.
-
Mempunyai
cita-cita untuk menjejakkan kaki di menara gading dan menjadi seorang
_______________.
-
Dilahirkan pada
__________________________ di _______________.
-
Anak kecil yang
dilahirkan itu mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang sukan.
-
Merupakan seorang pengawas
sekolah yang dedikasi dan bertanggungjawab.
-
Murid ini bergiat cergas dan
aktif dalam sukan hingga terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan
Olahraga, bola jaring dan bola baling bagi peringkat zon.
-
Menyertai Kelab Doktor Muda dan
sentiasa membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
-
Menyertai perkhemahan peringkat
sekolah dan sentiasa member kerjasama kepada ahli kumpulan.
-
Sikap yang suka menolong dan
sentiasa menghormati guru serta orang tua mendorong murid ini dinobatkan
sebagai Tokoh Ko kurikulum bagi kategori perempuan.
-
Murid yang dimaksudkan ialah
adik .............................................................