Friday, July 5, 2013

contoh acara sukan tahunan

ATUCARA Sukan Tahunan

7.45 am   Murid-murid Berkumpul dirumah sukan
8.00 am   Ketibaan Ibubapa/ penjaga
               Lintas hormat
               Menaikan bendera kejohanan
               Taklimat Pegawai Sukan
               Bacaan ikrar Kejohanan
               Acara sukan dimulakan

12.00 am Ketibaan Tokoh Perasmi
               Perbarisan Lintas Hormat
               Bacaan Doa
               Ucapan YDP/ NYDP PIBG
               Ucapan Guru Besar
               Ucapan Perasmian Penutupan
               Majlis Penyampaian Hadiah
               Penyampaian Cenderahati Perasmi
               Jamuan

1.00 am Bersurai

Baca juga tentang
http://mysekebun.blogspot.com/2013/09/contoh-memohon-sumbangan-perkhidmatan.html

Wednesday, July 3, 2013

Contoh Surat Pengesahan Pekerja.

Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

PENGESAHAN PEKERJA

Adalah diakui bahawa pekerja berikut,

Nama ;,
No kad pengenalan :
Jawatan:
Tarikh mula bertugas
Jawatan
Gaji Akhir
Sebab Berhenti

Sepanjang perkhidmatan beliau di syarikat kami, beliau adalah seorang perkerja yang cekap dan berdidikasi.


Sekian, terima kasih

SURAT SOKONGAN BERKERJA

Kepada:Sesiapa yang berkenaan

Tuan/Puan,

PERAKUAN SOKONGAN KEPADA .......................................................
BAGI JAWATAN ...............................................................

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa ............................................KP....................... mula berkhidmat dengan ................................  bermula ............ ...........sehingga kini di Bahagian/ Jabatan  .................................... sebagai.................................

3.    Sepanjang tempoh perkhidmatan , beliau adalah merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan komited terhadap kerja yang diberikan. Beliau juga bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih dari sepatutnya dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua jenis persekitaran kerja  serta mempunyai personaliti yang baik.

4.      Saya yakin dengan prestasi kerja, pengalaman yang dimiliki dan minat yang ditunjukkan, beliau boleh terus maju dan berpotensi untuk berjaya dalam kerjaya sekiranya diberi peluang. Dengan ini saya menyokong permohonan beliau dan diharap mendapat perhatian danpertimbangan dari pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 2, 2013

CONTOH SURAT JEMPUTAN TAKLIMAT



Kepada                       :              

Daripada                      :           
                                   
Ruj. Kami                     :          

Tarikh                          :          
..........................................................................................................................................

JEMPUTAN KE TAKLIMAT .......................................................

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan, Unit sukan .................... akan menganjurkan Taklimat ...........................  bersama Persatuan ............................ ............sebagaimana ketetapan dibawah:

                           
          Tarikh :
          Masa :
          Tempat :

3.         Sehubungan itu, Tuan/Puan  dengan segala hormatnya dijemput hadir  ke sesi taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...