Thursday, March 13, 2014

contoh perancangan strategik kokurikulum sekolah

Perancangan strategik kokurikulum mesti seiring dengan VISIsekolah

contoh visi sekolah : VISI "SK.................................. MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI PERINGKAT NEGERI  MENJELANG 2016"

jadi perancangan unit kokurikulum mesti juga cemerlang menjelang  tahun 2016...
Secara umumnya, kecemerlangan bidang kokurikulum diukur dengan jumlah pingat yang berjaya dipunggut,
jumlah murid mendapat "A" dalam markah penilaian kokurikulum, pengelibatan dalam kokuria DAN Pengelibatan murid diperingkat daerah, negeri dan kebangsaa.


BIDANG
ISU
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF
PETUNJUK PRESTASI UTAMA(KPI)
SASARAN
TOV
2014
2015
2016
Kokurikulum
Pencapaian di peringkat daerah belum membanggakan
Meningkatkan  pencapaian kokurikulum dan sukan peringkat daerah/ Negeri
Meningkatkan pencapaian olahraga peringkat daerah
Bilangan pingat emas dalam olahraga peringkat daerah
3 pingat
7 pingat
9 pingat
12 pingat
Bilangan keseluruhan pingat dalam olahraga peringkat daerah
1 pingat
7 pingat
9 pingat
12 pingat
Meningkatkan pencapaian permainan peringkat daerah
Pencapaian johan, naib johan dan tempat ketiga permainan peringkat daerah
0
7 pingat
9 pingat
12 pingat
Meningkatkan pencapaian kokurikulum akademik peringkat daerah
Pencapaian johan, naib johan dan tempat ketiga kokurikulum akademik  peringkat daerah
2 kelab /persatuan
4 kelab /persatuan
4 kelab /persatuan
4 kelab /persatuan
Meningkatkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
Peratus kehadiran dalam aktiviti kokurikulum dan sukan
80%
90%
95%
100%
Peratus murid mendapat gred A dalam CGPA kokurikulum
80%
90%
95%
100%


harta pusaka

Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka?
Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta tak
alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan,
perabot rumah, pakaian dan sebagainya  dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta
kepentingan atas tanah tersebut, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik adalah disebut sebagai harta tak alih

Nota Harta pusaka 1 Maksud Harta pusaka.
Nota Harta pusaka 2.: Pemegang Amanah
Nota Harta pusaka 3 : INSTITUSI YANG MENGENDALIKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN

soalan sejarah tahun 4

Soalan  Sejarah tahun 4
1.Apakah sejarah?
a.Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
b.Sejarah ialah peristiwa yang akanr  berlaku
c.Sejarah ialah cerita dongen yang  berlaku pada waktu lampau

2. “Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka
Penyataan ini  merujuk kepada pendapat sejarawan terkenal:-
a.Herodotus
b.Ibn Khaldun
c.Ibn Batuta

3.Siapakah Herodatus?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir

4.Siapakah Ibn Khaldun?
a.Sejarawan islam
b.Sejarawan Yunanai
c.Sejarawan Mesir

5.Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu……………………
a.Sumber asli dan sumber baharu
b.Sumber pertama dan sumber kedua
c.Sumber tiruan dan rekaan

6.Pilih pernyataan yang BENAR
a.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah penulisan
b.Sumber pertama ialah sumber asli dan sumber kedua ialah artifak
c.Sumber pertama ialah sumber  majalah dan sumber kedua ialah penulisan

7.Berikut ialah contoh sumber Pertama  KECUALI
a.Fosil
b.Manuskrip
c.Internet

8.Apakah artifak?
a.Barang tinggalan yang dicipta oleh manusia
b.tinggalan haiwan atau tumbuhan
c.Naskah tulisan tanggan

9. Kaedah arkeologi ialah
a.kajian sumber dari bahan bertulis
b.kajian secara temubual
c.Kajian terhadap tinggalan purba

10.Gua Niah ialah gua yang……………………………….. di Asia Tenggara
a.terbesar
b.tertua
c.tercantik

Soalan 11-15
Padankan dengan yang betul

Masjid Kampung Hulu

dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Ia  terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
A famosa


Ia merupakan masjid tertua di negeri ini dan dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728. Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam.

Stadthuys

terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Gereja St. Francis Xavier

Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Monday, March 10, 2014

CONTOH KERTAS KERJA HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

KERTAS KERJA HARI GURU

TEMA HARI GURU :………………………….
16 MEI ................................

1.0 PENDAHULUAN
Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru.
Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

2.0 RASIONAL
Rasional di sebalik penganjuran hari anugerah kualiti ini ialah :
1. Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru.
2. Merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan warga sekolah

3.0 MATLAMAT
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

4.0 KUMPULAN SASARAN
1.Guru-guru
2. Kakitangan
3.Murid-murid

5.0 CADANGAN AKTIVITI
Acara dewan
Acara padang

6.0 SUMBER KEWANGAN
KELAB GURU DAN KAKITANGAN


7.0 TARIKH CADANGAN AKTIVITI

Tarikh : 16 May
Masa : 7.30-1.10 ptg
Tempat : Dewan dan padang

8.0 TENTATIF PROGRAM
7.40 pg : Acara Dewan
Berhimpun
Nyanyian lagu negeri Pahang
Nyanyian lagu Negaraku
Alua-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan wakil murid-
Ucapan guru besar
Bacaan Perutusan Hari Guru
Bacaan Ikrar –

9.00 pg: Acara Padang
10.10 pg : Rehat

10.40 pg: Acara Dewan
Berhimpun semula
Persembahan 1 (murid prasekolah)
Persembahan 2(murid)
Persembahan Khas Hari Guru
( 2 persembahan lagu guru malaysia/ biarku menjadi lilin)
Penyampaian saguhati murid ke guru
Majlis bersalam-salaman

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : (Guru Besar)
TIMBALAN PENGERUSI : (PK. Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI 1:  (PK. Kurikulum) 
NAIB PENGERUSI 2:  (PK Hem)

SETIAUSAHA 1 :  (PENGERUSI KELAB GURU)
SETIAUSAHA 2 :  (SU KO)

  
AJK
Nama Guru
Tugas
Laporan/ FOTO

-Menyediakan dokumentasi lengkap
Acara Padang

-Menguruskan acara padang dari pengurusan pertandingan hinggalah ke pengadilan.
Buku Program

-Menyediakan buku program
Hadiah/cenderahati

-Menyediakan hadiah dewan dan acara padang.
Persiapan dewan

-Menyediakan persiapan dewan termasuk backdrop
Persembahan

-Menyediakan/ menyedia 2 persembahan guru dan 2 persembahan khas (murid).

PA system/ LCD

-Menyediakan berkaitan muzik ,  sistem bunyi atau tayangan.
Keselamatan            

-Menyediakan dan menguruskan hal-hal kecemasan
-menyediakan kit petolongan cemas
Pengacara   majlis Dewan

- majlis Dewan
Air minuman

- membeli air mineral

Jamuan Rehat


- menempah makanan
-makan di kantin


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Kuantiti

Harga
Jumlah
Harga
1

2

3

4

5



Persembahan murid

Jamuan

Minuman (air mineral)

Hadiah (Acara padang) 
hamper
Baner
2

30

4
30

10

5.50

30
60.00

165.00

30.00

120.00

80.00
JUMLAH
645.00


disediakan oleh
.........................................................

disahkan oleh
...........................................................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...