Thursday, September 11, 2014

contoh sijil penyertaan kokurikulum

Sijil Penyertaan


Dengan ini disahkan bahawa

NAMA PELAJAR
(KP)

telah menyertai

LARIAN MERENTAS DESA 2014


pada

9 APRIL 2014

bertempat di

SK........................


Tarikh:                                  Guru Besar

contoh sijil penghargaan

Sijil Penghargaan



Adalah dengan ini diperakukan bahawa

NAMA PELAJAR
(KP)

telah memberikan sumbangan bakti sebagai

PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2014



Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah disumbangkan


Tarikh:                              Guru Besar:

Contoh sijil pencapaian pelajar

Sijil Pencapaian


Dengan ini disahkan bahawa

NAMA PELAJAR
(KP)

telah mendapat

JOHAN

KATEGORI ........................


sempena

KEJOHANAN ..........................



TARIKH :                        GURU BESAR

Wednesday, September 10, 2014

CONTOH SURAT JEMPUTAN SOLAT HAJAT

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga

Murid Tahun 6

SK ..................................

Tuan,

JEMPUTAN MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA UPSR 2014 

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kecemerlangan dengan kerjasama Unit Kerohanian dan Bina Insan mengadakan program  Solat Hajat Sempena UPSR . Program tersebut akan dijalankan seperti ketetepan berikut:

            
Tarikh               : 4 SEPTEMBER 2014
Tempat             : Surau .............................
Masa                 : 7.00 pm hingga 10.00 pm



3.         Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan/puan untuk turut hadir ke majlis tersebut.
Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai. 

Sekian, terima kasih.

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU 2014

Mencari timba si anak dara,
Dibawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Yg berusaha Guru Besar SK
GPK Pentadbiran Pn.
GPK Pentadbiran Pn
GPK Kokurikulum
Yg Dipertua PIBG SK
Naib Yg Dipertua PIBG En.
guru-guru ,kakitangan sekolah, para ibu bapa/penjaga tahun 6 serta para pelajar yang dikasihi sekalian .
Assalamualaikum….

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin dan rahmatnya  kita dapat sama2 berkumpul pada pagi ini bersempena dengan Majlis Restu Ilmu 2014.

Terbang merpati membawa berita,
Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ……………………………… Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucpan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas pimpinan doa itu tadi.

Emas tempawann buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang dipertua PIBG En. ………………………………….. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En………………………… atas ucapan itu tadi.
Seterusya adalah atur cara akad penyerahan dan penerimaan ilmu. Untuk itu dijemput Ustaz ……………………………. selaku wakil guru tahun 6 dan Adik …………………………………….. untuk menyempurnakan akad penyerahan dan penerimaan ilmu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz ……………………………. dan Adik ………………………………………… atas akad penyerahan dan penerimaan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri.

Atur cara berikutnya adalah ucapan Tn. Guru Besar SK…………………………. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj……………………………… untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. …………………. atas ucapan itu tadi.
Seterusnya penyampaian cenderahati kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Pra UPSR. Majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. …………………………………. mengiringi Tn. Guru Besar Tn.Hj. ………………………………………. untuk menyempurnakan majlis.
Pencapaian 5A dipersilakan
1.    ………………………………..
2.    ………………………………………
3.    ………………………………………
Atur cara berikutnya penyampaian cenderahati kepada semua calon UPSR 2014. Dipersilakan ( Rujuk Buku Program)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj. …………………………. atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi.

Seterusnya penyampaian cenderahati sumbangan daripada PIBG. Untuk itu dijemput NYDP PIBG, ……………………….. mengiringi YDP PIBG …………………………………….. untuk menyempurnakan atur cara. Dipersilakan
1.    Guru Besar
2.    Barisan Guru Penolong Kanan
3.    Guru Tahun 6
4.    Guru2 lain
Terima kasih diucapkan kepada En……………………………………….. atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati itu tadi.
Majlis kita pada hari  ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak majlis merakamkan sekalung terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara pada hari ini berlangsung  dengan jayanya.

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung. Saya sudahi majlis kita dengan serangkap pantun..

Terbang rendah si burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Jemputlah tuan menjamu selera.


CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU

Contoh teks ucapan wakil murid sempena hari guru

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Yang Berusaha Tuan Pengerusi  Majlis,
Yang berusaha, Tn Hj ...........................,Guru Besar SK ................
Yang  Dihormati Guru penolong kanan.....................,
 Guru penolong Kanan HEM, Pn ....................................,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, ................................
Barisan para guru yang diraikan, warga kerja Sk .................................., dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah,marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianNya,dapatla kita bersama-sama pada hari ini, menyambut hari guru pada tahun  ini.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari guru.  Tema hari guru pada tahun ini adalah ‘.................................................  Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berketrampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,

Setiap insan di dunia ini belajar daripada guru.  Tanpa guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu.  Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam.  Guru adalah insan yang kita hormati setelah ibu bapa kita.  Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari berkat  dan dirahmati Ilahi.

Rakan-rakan sekalian,

Marilah kita menanam tekad dan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban untuk masa,tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua.  Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita berjaya namun guru akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita tidak berjaya dalam mata pelajaran.
Pada kesempatan ini, saya mewakili pelajar sekolah ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SK .............................  Semoga guru terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik kami.
Akhir kata, kami memohon seribu kemaafan andai kata kami telah melakukan kesilapan sama ada kami sedari atau tidak.  Sayy mengakhiri ucapan pada hari ini dengan dua rangkap pantun.

                    Pohon sirih pohon selasih,
                    Tumbuh merimbun di hujung laman,
                    Kalungan budi junjungan kasih,
                    Menjadi kenangan sepanjang zaman.


Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbk

contoh surat makluman kelas tambahan

Ibu Bapa / Penjaga
Murid Tahun 6
SK ..................................................................

Tuan,

MAKLUMAN KELAS TAMBAHAN UPSR DALAM CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA (MAC) 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan, Unit Kecemerlangan UPSR akan mengadakan Kelas Tambahan UPSR bagi murid Tahun 6  dalam Cuti Pertengahan Penggal Pertama (Mac) 2014 yang akan datang.

3.         Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan agar dapat memastikan anak/anak jagaan tuan menghadiri kelas berkenaan seperti mana pihak sekolah telah ditetapkan.

4.         Bersama-sama ini disertakan lampiran jadual kelas tersebut.

5.         Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan, amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

SK .........................................................................
UNIT KECEMERLANGAN UPSR 2014

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

1. 0      PENDAHULUAN
Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains . Ia  merupakan satu program tahunan Panitia Sains.  Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SK L.................................. terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar supaya mahir dalam kemahiran menjawab soalan sains.

2.0      MATLAMAT
2.1       Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan
            melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2       Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3       Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang
            telah ditetapkan.
2.4       Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi,
            inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan
            modal insan yang berdaya saing tinggi.

3.0     OBJEKTIF PROGRAM
3.1       Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
3.2       Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains.
3.3       Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4       Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

4.0     KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar tahun 5 dan tahun 6 dan warga pendidik mata pelajaran Sains



5.0     TARIKH PELAKSANAAN
         
            Tarikh   : 1 Mac 2014
            Hari      : Sabtu
            Masa    : 8.30-12.30 tengah hari
            Tempat : SK ....................................

6.0    JADUAL PELAKSANAAN
           PANITIA SAINS ( Rujuk Lampiran  )

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
            PANITIA SAINS ( Rujuk Lampiran )



ANGGARAN PERBELANJAAN


MakananPelajar                        
MakananPenceramahdan Guru   
BayaranPenceramah                                                         
Pelbagai

Jumlah Besar RM:
 


JADUAL PELAKSANAAN

Langkah
Proses Kerja
T/Jawab
Tempoh/ Bil. hari
Catatan Status

1.

Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Sains

Guru Besar
GPK
Guru m/Pelajaran Sains


1 kali
Tindakan kontingensi

Sekiranya guru besar tiada PK akan mempengerusikan mesyuarat.

2.
Taklimat kepada semua murid dan guru-guru tentang perlaksanaan program ini.
Guru Besar
GPK Kurikulum
Guru m/Pelajaran Sains
1 kali

Sekiranya guru besar tiada PK akan memberi taklimat
3.
Menyenaraikan bahan yang diperlukan penceramah.
Panitia Sains
Bengkel Teknik menjawan soalan sains UPSR.







4.
Pelaksanaan program

1. Murid-murid diterangkan tentang cara menjawab soalan mengikut tajuk.
2. Murid diajar tentang kata kunci soalan.
3. Penceramah memberikan beberapa soalan berbentuk soalan struktur untuk menguji kemahiran proses sains murid.
4.  Murid memberikan maksud setiap pemboleh ubah,tujuan eksperimen,inferens,kesimpulan dan sebagainya yang berkaitan dengan bantuan guru.
5. Murid diberi latihan / soalan mirip peperiksaan sebenar dan dibenarkan berbincang di dalam kumpulan.  Kumpulan yang dapat menjawab dengan baik akan diberi ganjaran.
6. Murid diuji dengan soalan bahagian B


Guru Besar
GPK Kurikulum
Ketua Panitia &
Semua Guru Sains
Pelajar Tahun 5 dan 6


Dalam P&P


Guru bertindak sebagai fasilitator









CONTOH SIJIL KHATAM QURAAN

LENCANA SEKOLAH

SK NAMA SEKOLAH ANDA

SIJIL KHATAM AL-QURAAN

Adalah disahkan bahawa

NAMA PELAJAR
KP/ SL PELAJAR

telah menamatkan 30 juzuk al-quraan

pada

..........................................................

dalam program j-QAF 

2014

Pihak sekolah mengucapkan tahniah diatas kejayaan ini.





..................................................

Guru Besar
SK Nama Sekolah

Monday, September 8, 2014

SOALAN RBT TAHUN 4 AKHIR TAHUN

SOALAN  RBT TAHUN 4 AKHIR TAHUN 


Soalan RBT Tahun 4 akhir tahun
1 jam

Bahagian A: Subjektif 50M

Alatan
Nama alatan
Kegunaan Alatan






 


 



 



 





10 markah
isi tempat kosong dengan jawapan dibawah

Mentol

suis

Rajah Litar skematik

bateri







8 markah

Padankan jawapan yang betul berdasarkan pernyataan yang diberi 
.
 10 markah

Tandakan ( √ ) untuk pernyataan yang betul dan ( X ) untuk  pernyataan yang  salah.

1.  Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola pada fabrik..    (          )

2.  Gunakan kapur tukang jahit untuk menanda fabrik.          (          )

3.  Gunting fabrik boleh digunakan untuk menggunting fabrik.       (          )

4.  Kapur tukang jahit terdapat di dalam pelbagai warna.        (          )

5.  Peretas jahitan digunakan unutk menanda ukuran.         (           )

6. Jarum jahit tangan digunakan untuk menjahit fabrik dengan mesin. (           )

12 markah


A. Gariskan jawapan yang betul pada pernyataan di bawah.

1. Jahitan ( kia , jelujur kasar) boleh digunakan apabila tiada mesin untuk menjahit.

2. Jahitan ( jelujur kasar , kia ) adalah jahitan sementara.

3. Jahitan ( jelujur halus , jelujur kasar ) adalah lebih kukuh.

4. Setiap jahitan tangan dimulakan dan dimatikan dengan jahitan ( kia , jelujur halus).

5. Jahitan ( jelujur halus , jelujur kasar ) boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.

10 markah

Bahagian B 50M
OBJEKTIF

1. Nyatakan aktiviti bagi rajah di bawah












A.Menguji kerataan
B.Mengergaji kayu
C.Mengukur jarak
D.Memaku

2.Tukul digunakan untuk...................................

A.Membuat kemasan
B.Mengergaji 
C.Mengukur 
D.Memaku

3. Goncang cat sembur lebih kurang selama ............... minit sebelum semburan cat dilakukan.
A. 1
B. 10 
C. 30
D. 60

4.Pelekat adalah kepingan kertas atau plastik yang bercorak. Ia boleh digunakan sebagai 
............................. seperti pada cabinet dapur, meja  alat tulis, pada dinding dan sebagainya. 

A.mengukur dan mengetuk
B.melipat dan mengunting
C.mengecat dan mengemas
D.kemasan dan hiasan

5.Apakah nama alatan yang digunakan unutk menguji kepersegian 

A.Sesiku L
B.Apit G
C.Pita pengukur
D.Tukul

6.Licinkan permukaan projek menggunakan ......................... mengikut arah ira kayu

A.Minyak
B.Gam gergaji
C.Kertas las
D.Tukul

7.Berikut adalah Bahan BUKAN logam KECUALI

A.Papan lapis
B.Kayu
C.MDF (Medium Density Fiberboard) 

D.Dawai 

8.Berikut adalah anggaran kos projek. 
1 Bateri saiz AA 1.5V  berharga  RM2.00. Berpakah  harga untuk membeli 2 bateri tersebut?

A.RM 2
B.RM 4
C.RM 6 
D.RM 8 


9. Nyatakan cara memaku dibawah
A.memaku serong
B.memaku lurus
C.memaku tegak
D.memaku panjang

10.Apakah alat yang sesuai untuk Membuat lubang kecil. 
A.Gerimit
B.Apit G
C.Paku
D.Skru



11. Yang manakah beriku adalah fungsi MENTOL.
A.Mengalirkan haba
B.Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya
C.Membekalkan tenaga elektrik
D. Digunakan untuk menyambung dan memutuskan arus


12. Apakah fungsi pemengang bateri
A.Membuat penyambungan dan m engalirkan arus elektrik
B.Memegang atau meletakkan bateri
C.Memegang mentol
D.Memegang arus

13. Setelah komponen dan litar elektrik lengkap dipasang  kerja …………………..litar boleh dijalankan
A.Pengujian
B.Pemasangan
C.Pemulihan
D. pengemasan

14.Sekiranya litar elektrik tidak berfungsi, buat pemeriksaan boleh dilakukan KECUALI
A. Periksa kekutuban bateri.
B. Periksa sambungan wayar sama ada longgar atau terputus.
C. Periksa filament mentol sama ada terbakar atau tidak.
D.Periksa Grimit


15.Litar elektrik yang sempurna mempunyai kompenen-kompenen berikut KECUALI
A.Suis
B.Bateri dan wayar
C.Mentol
D.Tukul Warrington

16. Skru diperbuat daripada bahan  berikut KECUALI
A.keluli lembut,
B.kuprum,
C.loyang.
D.kayu

17.  Skru yang biasa digunakan ialah skru kepala benam dan skru
A. kepala bulat.
B. kepala panjang
C. kepala plastik
C. kepala pendek.

18. .......................................digunakan dengan meluas untuk cantuman kayu. Ia mudah digunakan, tetapi tidak kalis air
A.Glu PVA
B.Glu sentuh
C.Glu kertas
D.Glu panas

19.





Obejk diatas ialah........................

A.skru
B.nat
C.pemutar
D.Pengetat














20.Apakah alatan yang digunakan didalam gambar diatas?
A.gergaji puting
B,sesiku
C gergaji
D.kertas las  



Soalan 21 hingga 25 berdasarkan petikan dibawah

Sebelum memulakan kerja pembinaan  ...........21.................yang dicadangkan, penyediaan ..........22..........dan bahan yang betul perlu dilakukan. Penyediaan alatan  dan bahan mestilah berpandukan...........23.......... yang telah ditetapkan oleh .........24............. .Pemilihan projek bergantung kepada guru. Ini bertujuan supaya kerja-kerja yang akan dilakukan  ..............25....dengan lancar dan teratur.


21
A.bangunan
B.projek
C.kertas
D.plan

22
A.bakul
B.alatan
C.plan
D.susun atur

23
A.rancangan
B.manual
C.plan
D.guru


24
A.ketua
B.formen
C.guru
D.pengawas

25
A.bergerak
B.tersusun
C.terarah
D.berjalan


maaf jawapan tidak disediakan
jawapan : sila rujuk modul pengajaran rbt
tags SOALAN  RBT TAHUN 4,SOALAN  RBT TAHUN 4,SOALAN  RBT TAHUN 4,SOALAN  RBT TAHUN 4,SOALAN  RBT TAHUN 4,SOALAN  RBT TAHUN 4,SOALAN  RBT TAHUN 4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...