Sunday, May 20, 2012

Contoh surat pelantikan guru penasihat kokurikulum


KEPALA SURAT
ALAMAT
....................................................................................................................................................

Kepada



 Tuan,

PELANTIKAN GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM/ KELAB PERSATUAN/ SUKAN PERMAINAN BAGI SESI 2012, SK.................................................

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai Guru Penasihat Unit Uniform / Kelab Persatuan/ Sukan permainan , SK ...................................Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 04 Januari 2011 sehingga 18 November 2011.

2.             Tuan/puan akan menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya seperti dalam Peraturan 8 warta kerajaan bertarikh 21.05.1998, P.U. (A) 196. Tuan/puan dikehendaki pada setiap masa menjalankan kegiatan dan aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid. Murid-murid hendaklah dibimbing untuk menjadi pemimpin persatuan/ kelab/ badan beruniform masing-masing.

3.             Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi persatuan/ kelab/ badan beruniform.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,


............................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...