Wanita Pertama Masuk Syurga, Wanita Mentaati Suaminya
Suatu hari puteri Nabi SAW. Fatimah Az Zahra ra. bertanya
kepada Rasulullah SAW. Siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah
para “Ummahatul mukminin” setelah para isteri – isteri Nabi SAW…. Rasulullah
bersabda: Dialah MUTIAH.
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi
pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam, dan sifat-sifatnya
sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullah
sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda
pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang
kebanyakan (orang biasa) yang pertama akan masuk syurga lebih dahulu
daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah
air mukanya lantas ia menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai
ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat
lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di
mana dia sekarang”
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita
yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa
membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan
masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan
itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan
bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke rumahnya tanpa menjemputnya masuk ke
dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa
dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi
saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah.
Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang
kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan tersebut.
Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang
bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak
dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti
Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini
anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum
meminta izin untuk anak ini masuk daripada suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke
rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini
dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu
terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya
untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan
perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan
ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak
berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya
marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa,
pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis
teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan
itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah.
Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu
sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya
itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan
kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah s.a.w. Jangan awak buat
seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik
dan hormatilah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan
saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada
keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan
membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan
membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah
kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu
berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah
sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak berapa memperdulikan Siti
Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat
sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi
mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh
dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana
tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan
itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan
suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab
perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan
segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat
nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan
tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia
memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak
selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan
itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini
tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya,
Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan
perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia
masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah
bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada
ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti
Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya
Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala
sendi kerana tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan
perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar rintihan puterinya
lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati,
perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan
memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi
dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah
Siti Fatimah tersenyum ketawa.
Dari kisah yang diceritakan di atas, dapat kita lihat bahawa
ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi
rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah
seruan cerita ini, taatlah serta berbuat baiklah kepada suami masing-masing,
nescaya akan diredhai oleh suami anda. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan
anda sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami anda.
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup
aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang
isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu
hampir ke neraka.
kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga
kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga kisah wanita pertama yang masuk syurga