1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”
2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”
3. Menghubungkan silaturahim
Sesungguhnya nabi muhamad telah menghubungan diantara beberapa puak dimadinah dalam memperkukuhkan umat islam sewaktu hijrah.Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)
Ziarah menziarahi untuk menghubungkan silaturahim..
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".
Antara Adab berziarah.
Sewaktu berziarah kita mestilah mengawal pandangan.
Jauhi melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan muhram, mengumpat dan sebagainya.
4. Mengimarahkan masjid
Sesunguhnya perkara pertama yang dilakukan oleh nabi muhamad s.a.w sewaktu tiba ke madinah adalah pembinaan masjid Quba. Peranan masjid sebagai pusat ibadat dan ilmu.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Taubah 18
5. Taat kepada perintah Allah.
Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud
meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.
HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu
keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Hijrah dari sudut bahasa ialah berpindah dari satu tempat ke
satu tempat yang lain ataupun perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan
yang lain. Dari sudut istilah pula, Hijrah ialah meninggalkan sesuatu yang
dilarang.
Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya
ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan
orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang
Allah". (HR Bukhari no 6484)
Daripada Abdullah B. Habsyi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: “orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa
yang dilarang oleh ALLAH.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
3 golongan penghijrah
Peristiwa Hijrah terlalu banyak memberi pengajaran kepada
umat Islam khususnya dalam usaha kita memperjuangkan Islam di muka bumi. Salah
satu perkara menarik yang sangat penting dijadikan iktibar ialah wujudnya
beberapa golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an. Golongan yang
sentiasa ada sepanjang zaman
Golongan utama: iaitu mereka yang mula-mula berhijrah ke
Madinah bilamana mendengar arahan dan perintah Rasulullah s.a.w. Mereka ini
mendapat pujian dan sanjungan dari Allah bahkan Allah meredhai mereka dan
mereka juga meredhai Allah.
Golongan yang diberi kemaafan kerana uzur, tidak berupaya
untuk hijrah samada kerana tua, kanak-kanak, golongan kurang upaya atau kerana
tidak mengetahui jalan-jalan menuju Madinah.
Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu
Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik
dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan
berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka.
Pemuda dan Pemudi islam
Hijrah telah menunjukkan kepentingan dan keberkesanan
peranan dan sumbangan golongan belia dalam sesuatu usaha. Apabila golongan muda
menggunakan potensi akal dan kekuatan untuk tujuan kebaikan, sebesar mana
perancangan sekalipun akan dapat menjadi reality
Ali bin Abi Thalib
Adalah remaja yang masih belasan tahun, saudara sepupu
Rasulullah saw.
Jadilah anda seperti Ali yang pemberani, tidak gentar dengan
kepungan musuh-musuh Islam, karena hakekatnya perjuangan ini membutuhkan
keberanian dan kesiapan menghadapi segala bentuk resiko.
Abdullah bin Abu Bakar
(anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi
khabar dan berita terkini dari kota
Makkah.
Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)-
bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka
Saidina Abu Bakar pada setiap petang.
Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura
mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing
dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi
Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu
Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan
jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.
Hijrah memperlihatkan kecintaan terhadap rasul melibihi
segalanya.
Pada malam seterusnya Nabi
Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan
kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi
tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu
mengganggu Nabi tidur. Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan
itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang
amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah
menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari
tidur. Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa
beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk
ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu.
Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya,
maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa
sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat
Allah.
Bantuan Allah sentisa ada dengan syarat bertawakal
Nabi Muhamad mendapat bantuan dari Allah.
Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di
dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH
yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu
bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah
Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut
Hijrah itu Menghubungkan silaturahim
Sesungguhnya nabi muhamad telah menghubungan diantara
beberapa puak dimadinah dalam memperkukuhkan umat islam sewaktu hijrah.Nabi SAW
mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan
tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit.
Hijrah juga melihat bagaimana penyatuan kaum muhajirin dan
ansar. Walau pun mereka baru berkenalan selepas peristiwa hijrah, namun mereka
sanggup korbankan apa yang ada pada diri mereka untuk kebaikan Islam dan
penganutnya. Mereka bukan sahaja korbankan harta benda, wang ringit, masa dan
tenaga tetapi ada yang berkorban isteri untuk membolehkan kaum muhajirin yang
kehilangan isteri dalam peristiwa hijrah menikmati kehidupan yang lebih
sempurna.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya:“Tidak
masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat
Muslim)
Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh
dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam
menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan
dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang
termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan
berkirim salam dengan berutus surat,
akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga
dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat
adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam:
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu
sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan
mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)
Hubungan Hijrah dan Masjid
Sesunguhnya perkara pertama yang dilakukan oleh nabi muhamad
s.a.w sewaktu tiba ke madinah adalah pembinaan masjid Quba. Peranan masjid
sebagai pusat ibadat dan ilmu.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan
kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan
mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Taubah 18
Perjuangan islam bukan kerja main-main.
Antara pengajaran yang diambil dari peristiwa di atas ialah
bahawa perjuangan menegakkan Islam itu bukan olok-olok atau kerja main-main.
Sebaliknya perjuangan Islam perlu menghadapi rintangan.. Perjuangan ini
memerlukan kepada kekuatan dan sifat tidak mudah putus asa.
Sebagai renungan terakhir...
3 perkara untuk dilakukan semasa menyambut tahun baru
Hijrah:
1) Berjihad
- Kerana "tiada hijrah selepas pembukaan Kota Makkah
melainkan dengan melakukan jihad dan niat"...begitulah sabda Junjungan
SAW.
- Kena lakukan jihad walaupun perkara ini tidak kita sukai
berpandu pada ayat di atas (al-Baqarah-216)
- Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa mati tidak berniat untuk
melakukan jihad, matinya jahiliyyah"...
**Bersamalah kita renungi...adakah kita sudah berjihad dan
berjuang???..paling2 kurang...kita kena tanam niat utk berjihad!!!kerana jihad
fi sabilillah itu wajib..
2) Melakukan taubat Nasuha
- Muhasabah dan nilai diri ketika sambutan tahun baru Hijrah
- Mohon keampunan diatas setiap kesilapan...dan bertaubatlah
atas setiap kesilapan tersbt...
3) Hijrah dengan meninggalkan perkara yang dilarang
Beberapa perkara yang wajar dilakukan semasa menyambut Tahun
baru Hijrah
1.Mengingati kedatangan tahun baru tersebut..Ingati tentang
perjuangan nabi s.a.w dalam menyebarkan agama islam. Sesunguhnya islam itu amat
mahal harganya.
2.Muhasabah diri.. berharap esok iman kita lebih bertambah
...dan betaubat untuk dosa-dosa semalam
firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-18 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan."
daripada Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam bersabda (maksudnya):
"Orang yang pandai adalah orang yang memuhasabah
dirinya dan beramal untuk waktu setelah kematiannya, sedangkan orang yang lemah
adalah orang yang jiwanya selalu tunduk kepada nafsunya dan mengharap pada
Allah dengan pelbagai angan-angan"
Beberapa Peristiwa
Penting Dlam Hijrah Nabi Muhammad saw
Rentetan Hijrah Nabi saw.
Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw
Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw
berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt
kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah
Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah
ini
Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di
gua
Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah
telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari
negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah
engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya
dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah
menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan
sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi
(selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3
hari
Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
Nabi tiba di Madinah
Pembinaan Masjid Nabawi
Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar