SURAT PEKELILING IKHTISAS BlL. 12/2004 GARIS PANDUAN UMUM PEMBERIAN KERJA RUMAHKEPADA MURID SEKOLAH
(A) PERANCANGAN
i) Pihak sekolah melalui Jawatan Kuasa Kurikulum dan Panitia
Mata Pelajaran masing-masing perlulah menyediakan
perancangan yang lengkap dan seimbang bagi setiap kelas untuk
menjadualkan pemberian kerja rumah.
ii) Perancangan pemberian kerja rumah hendaklah mengambil kira
faktor jumlah, jenis atau bentuk, kekerapan, aras kesukaran matapelajaran dan kemampuan murid berkenaan.
iii) Faktor lain seperti masa peperiksaan, hari sukan atau aktiviti
kokurikulum, hari kecemerlangan sekolah dan juga hari-hari cuti
juga perlu diambil kira dalam merancang pemberian kerja rumah
Ini. Pemberian kerja rumah tidak seharusnya tertumpu kepada
masa cuti atau hujung minggu sahaja.
iv) Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dimaklumkan
mengenai peranan, perancangan dan pelaksanaan pemberian
kerja rumah oleh pihak sekolah.
(B) PELAKSANAAN
i) Pihak sekolah perlulah memastikan setiap murid diberikan
kerja rumah secara berpatutan dan bersesuaian dengan
potensi dan kemampuan murid berkenaan.
ii) Pihak sekolah tidak digalakkan menyuruh murid meniru atau
menyalin satu persatu soalan latihan atau kesemua pilihan
jawapan dari mana-mana sumber seperti sisipan pendidikan
akhbar, majalah. buku kerja dan yang sepertinya sebagai
tugasan kerja rumah.
iii) Guru kelas boleh menyelaraskan jadual pemberian kerja
rumah setiap minggu, bagi setiap mata pelajaran di kelas
masing-masing agar setiap guru berpeluang memberikan
kerja rumah secara seimbang dan sama rata.
iv) Tempoh masa menyiapkan kerja rumah mestilah mengambil
kira faktor kemampuan murid, aras kesukaran mata
pelajaran, jenls dan bentuk kerja rumah.
v) Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menyeronokkan, guru perlu mempelbagaikan bentuk
tugasan dan kerja rumah agar tidak hanya tertumpu kepada
Iatihan berbentuk kertas dan pensil/pen sahaja.
vi) Penyemakan kerja rumah dengan segera akan
memudahkan guru membuat tindaksusul seperti, langkah
pemulihan atau pengayaan.
(C) PEMANTAUAN
i) Satu mekanisme hendaklah disediakan supaya jadual
pemberian kerja rumah dapat diakses oleh pengetua, guru
besar, guru dan murid pada setiap masa. Oleh itu, jadual ini
sesuai dipaparkan di setiap bilik darjah. Mekanisme yang
disediakan perlu mengambil kira jumlah kerja rumah yang
telah/akan diberl kepada murid-murid dalam sebuah kelas
untuk sesuatu hari bagi setiap mata pelajaran selain
mengambil kira masa yang diperlukan oleh murid untuk
menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja rumah berkenaan.
ii) Mekanisme ini juga boIeh melibatkan merekod pemberian
kerja rumah dalam bentuk catatan/buku yang akan
membantu memudahkan pemantauan dibuat secara
sistematik dan berkesan.
iii) Pengetua, guru besar dan ketua panitia mata pelajaran
hendaklah memantau pelaksanaan jadual ini agar ianya
dilaksanakan dengan berkesan.
iv) Pengetua dan guru besar adalah bertanggungjawab
memastikan bahawa kerja rumah yang diberikan kepada
murid disemak oleh guru yang berkenaan.