PENGENALAN
Dunia pendidikan masa kini penuh dengan cabaran. Untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kelas guru hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Guru yang baik dan pengajaran yang baik adalah nadi dan tenaga penggerak sebuah sekolah berkesan. Oleh itu, satu daripada faktor kejayaan di bilik kelas ialah penyeliaan yang sistematik dan berkesan. Perkembangan penyeliaan, penilaian dan kajian semula adalah satu proses berterusan yang melibatkan pengumpulan dan analisis maklumat tentang prestasi pekerjaan individu berdasarkan kriteria yang kukuh dan difahami. Walau bagaimanapun faktor penentu ukuran kejayaan sesuatu penyeliaan itu bergantung kepada keberkesanannya dan kedua-dua pihak iaitu guru serta penyelia dapat merasa suatu kepuasan dalam tugasan mereka di samping berjaya mengatasi segala masalah pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan Klinikal pula adalah satu pendekatan yang dapat merangkumi semua aspek di dalam penyeliaan yang sepatutnya dilakukan kini. Ia termasuk falsafah yang kukuh, polisi dan prosedur yang terdahulu diberikan kepada staf yang melibatkan interaksi dan dialog.
SIAPAKAH PENYELIA?
Menurut Raymond (2004), penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.
Di peringkat sekolah, sesiapa sahaja yang terlibat dengan fungsi dan proses penyeliaan (pendidik di semua peringkat) boleh dianggap sebagai penyelia.
(Catatan: Di sekolah ‘title’ penyelia dan pentadbir biasanya sinonim. Tetapi, yang ditekankan di sini ialah sesiapa yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan)
OBJEKTIF PENYELIAAN
Menurut Good et.al. (1973), d i antara tujuan penyeliaan adalah untuk membina usaha-usaha berterusan dalam menyediakan program pendidikan yang berkualiti tingggi bagi pelajar.
Sergiovani & Starratt menyatakan bahawa, “the purpose of supervision is to help increase the opportunity and the capacity of schools to contribute more effectively to students academic success”.
Secara khususnya penyeliaan mempunyai objektif untuk menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
PENGERTIAN PENYELIAAN
Menurut Harris (1985) penyeliaan ialah apa-apa yang dibuat oleh kakitangan sekolah terhadap manusia dan benda yang terdapat di dalamnya bagi mengekal atau mengubah perjalanan untuk mempengaruhi secara langsung pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajarannya.
Wan Mohd. Zahid B. Wan Mohd Nordin (1987), menyaran bahawa, penyeliaan merupakan proses memerhati, membimbing dan memberi maklum balas kepada aktiviti professional oleh penyelia ke atas stafnya.
Glickman (1990) berpendapat bahawa penyeliaan ialah suatu fungsi yang menyatukan semua elemen pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai suatu pergerakan yang menyeluruh bagi mencapai matlamatnya.
MAKNA PENYELIAAN PENGAJARAN DAN BIDANG TUGASNYA
Menurut Glickman (1991) pula penyeliaan pengajaran adalah sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan perlu membawa perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Glickman, Gordon & Ross-Gordon (2001), ciri-ciri sebuah sekolah yang berjaya adalah dengan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan komited kepada proses, fungsi dan tugas penyeliaan. Di sebalik setiap sekolah yang berjaya adalah program penyeliaan yang berjaya.
PANDANGAN-PANDANGAN MENGENAI KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL
Menurut Ibrahim (2001) penyeliaan adalah penting untuk memberi guru maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan peristiwa di adalam bilik kelas untuk mereka mempertingkatkan mutu pengajaran pada masa akan datang. Ianya melibatkan
i. Lawatan ke bilik kelas
ii. Menangani masalah spesifik dalam pelakasanaan Kurikulum Operasi
iii. Penyelia berkomunikasi sebagai rakan professional
iv. Guru (yang diselia) mengenal pasti masalah
v. Penyelia membantu menganalisis masalah
Serigiovanni & Starratt (2007) mengutarakan pendapat bahawa ‘clinical supervision refers to face-to-face interaction with teachers with the intent of improving instruction and increasing professional growth’.
PENYELIAAN KLINIKAL
GARIS PANDUAN UMUM KERJA RUMAH
PENYEDIAAN REKOD MENGAJAR