Saturday, July 13, 2013

contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm


kepala surat rasmi

Kepada sesiapa yang berkenaan


Tuan/Puan

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)

Adalah dimaklumkan Pembawa surat ini : 

Nama :
No Kad Pengenalan
Tingkatan
Nama sekolah

Untuk makluman pihak tuan, pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan / puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar

Permohonan Ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh


Permohonan Ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh akan dibuka pada 1 September 2013

Kepada ibu bapa yang ingin membuat memohon anak ke sekolah berasrama penuh dan kawalan  sila ke  http://public.moe.gov.my/ untuk memohon

IKla
Sila mohon di laman web MOE


Deskripsi Tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o

Kepada yang bakal ditemuduga untuk jawatan pembantu tadbir anda mungkin akan ditanya tentang bidang tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o.

Deskripsi Tugas  pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Ini bermakna ia meliputi Deskripsi Tugas  pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Aspek Perkeranian : surat menyurat dan pentadbiran pejabat 

Pengurusan personel dan rekod :penyediakan rekod cuti ( termasuk cuti sakit, suti rehat dan lain-lain cuti) , rekod kehadiran staf, rekod keluar masuk staf, surat akauan hospital atau dikenali guarantee letter (GL) , urusan berkaitan HRMIS ( Buat carian google.. apakah HRMIS), tuntutan perjalanan pegawai  dan lain-lain rekod

Pengurusetiaan; contohnya dalam urusan  istihar harta pegawai 

Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
Deskripsi Tugas  pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Pengurusan Kewangan- menyediakan dokumen bagi urusan bayaran gaji, terlibat juga dalam pengurusan kewangan,termasuklah dalam menyediakan beberapa dokumen kewangan rekod, stok daan dokumen yang berkaitan audit ( sekiranya ditempat tersebut tiada pembantu tadbir kewangan) elaun tambahan kerana menjalankan tugas kewangan akan diberi.

Pengurusan Fail: membuka fail dan merekod fail.

Friday, July 12, 2013

surat sokongan bantuan pengajian

Kepada:

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan


SOKONGAN BANTUAN KEWANGAN PENGAJIAN
Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa ............................................KP....................... mendapatan tawaran untuk menyambung pengajian ke ( Nama Universiti)................................ dalam jurusan............ ......................... dan akan mula melapor diri pada .................................

3. Adalah dimaklumkan bahawa beliau memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos awal pendaftaran keuniversiti. ( Nyatakan kalau Oversea- nak beli tiket kapal terbang ke.. dll) Bantuan ini penting kerana beliau berasal dari keluarga yang miskin.

4. Dengan ini saya menyokong permohonan beliau dan diharap mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

t.t ketua kg/ ketua masyarakat setempat

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

(1) ALUAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim
· Yang berusaha .................................... Pengetua
· Yang Berusaha, ................................., Penolong Kanan Pentadbiran,
· Yang Dihormati .................................., Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
· Yang Dihormati ....................................., Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya  menyambut Hari Raya.
Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan .................................. yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun ..................................

(4) DOA-Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz .......................................bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz

....
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Pulut dihidang enak rasanya
lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En.................................., Pengetua ................................... untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk memotong lemang di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang dodol tersedia
Satay utara tidak dilupa
Hidangan  tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.


Wednesday, July 10, 2013

contoh penghargaan folio

PENGHARGAAN FOLIO

Assalamualaikum

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek 
 Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, “En.............” kerana kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya. 

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan tunjukajar kepada saya.. Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat saya hargai.dan tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

contoh surat mohon bantuan keselamatan lalu lintas rela

Nama dan aAamat
no telefon

kepada

KETUA RELA
KG....................................................


PERMOHONAN BANTUAN  KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.     Sukacita saya ...................................................................... .ingin memaklumkan bahawa saya akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan saya sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 8 JULAI 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 hingga 1.00 tengah hari
Alamat :

3.    Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan pihak tuan agar dapat menyediakan 6 anggota sukarelawan untuk bertugas menjaga kawalan lalulintas pada hari perkahwinan tersebut, memandangkan kawasan rumah saya berhampiran dengan jalan utama.

4.    Jasa baik dan pertimbangan pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...