Deskripsi Tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi
tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan
fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta
penyediaan.
Ini bermakna ia meliputi Deskripsi Tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Aspek Perkeranian : surat menyurat dan pentadbiran pejabat
Pengurusan personel dan rekod :penyediakan rekod cuti ( termasuk cuti sakit, suti rehat dan lain-lain cuti) , rekod kehadiran staf, rekod keluar masuk staf, surat akauan hospital atau dikenali guarantee letter (GL) , urusan berkaitan HRMIS ( Buat carian google.. apakah HRMIS), tuntutan perjalanan pegawai dan lain-lain rekod
Pengurusetiaan; contohnya dalam urusan istihar harta pegawai
Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam
masa yang ditetapkan.
Deskripsi Tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Pengurusan Kewangan- menyediakan dokumen bagi urusan bayaran gaji, terlibat juga dalam pengurusan kewangan,termasuklah dalam menyediakan beberapa dokumen kewangan rekod, stok daan dokumen yang berkaitan audit ( sekiranya ditempat tersebut tiada pembantu tadbir kewangan) elaun tambahan kerana menjalankan tugas kewangan akan diberi.
Pengurusan Fail: membuka fail dan merekod fail.