Monday, August 4, 2014

SOALAN RBT TAHUN 4 PENGGAL MEI

SOALAN RBT TAHUN 4 PENGGAL MEI

1.Organisasi bengkel merupakan suatu sistem pengurusan bengkel supaya lebih  ………………………
a. sistematik
b.berkesan
c.cepat
d.bijak

2.  Murid  perlu  melaksanakan  setiap  tugasan  yang  diberikan  ketika  berada  di dalam ……………………………………...
a.  Kelas
b.  sekolah
c.  bengkel
d.  padang

3.  Berikut adalh tujuan organisasi bengkel KECUALI
a)  Memastikan keselamatan alatan dan bahan
b)  Memastikan pelajar bersikap bertanggungjawab
c)  Memastikan keselamatan guru terjamin
d)  Memastikan bengkel sentiasa bersih

4.Yang manakah beikut adalah berkaitan dengannKeselamatan am di tempat kerja.
 a.  Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.
b.  Boleh bawa beg masuk ke dalam bengkel.
c.  jangan buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
d.  Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan boros.

5 Berikut adalah pernyataan berkaitan  Keselamatan diri dan rakan  KECUALI
a.  Boleh memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel.
b.  Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut.
c.  Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau tudung dimasukkan ke d
d.  Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel.

6. Bengkel  RBT  perlu  …………………………………..supaya  sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sepanjang masa.
a.dicat
b.dibasuh
c. disenggara
d.disepah
7. Kerja-kerja  menyenggara  bengkel  dapat dilaksanakan  dengan  lancar dengan mengadakan satu
…………………………………….
a.carta bengkel
b.carta organisasi
c. jadual tugasan murid
d.jadual rehat

8. Bengkel yang disenggara dengan baik dapat  mengelakkan  berlakunya  …………………..ketika berada  di  bengkel  di  samping  mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat.
a.kekekotoran
b. kemalangan
c.kekemasan
d.kebersihan

9. Bahan-bahan dan ……………….haruslah digunakan dengan berhemah dan cermat.
a.alatan
b.gam
c.meja
d.rak


10. Semua alatan hendaklah disusun pada ………………….alatan dengan teratur.
a.meja
b.rak atau panel
c.bakul
d.tong sampah


11. Alatan yang telah digunakan perlu ………………dan disimpan di tempat asalnya.
a.disepah
b.dibersihkan
c.disorok
d.dicampak

12. Bahan-bahan  yang  ………………..dan mudah  terbakar  hendaklah  disimpan  di  tempat
yang sesuai dan selamat.
a.selamat
b.elektrik
c.berbahaya
d.bersepah
13. Sebarang kerosakan atau kehilangan alatan mesti dilaporkan kepada …………………….
a.guru.
b.rakan
c.pengawas
d.tukang sapu

14. Pastikan alat-alat yang tajam, berat  dan boleh……………………………… hendaklah digantung
dengan kemas dan selamat.
a.berkilat
b.berkarat
c.rosak
d.mencederakan


15. Objek diatas ialah……………………………….
a.Alat pemadam kebakaran
b.Alatan –alatan tajam
c.Kit model
d.Peti pertolongan cemas
16. Murid perlu mendapat nasihat dan panduan ……………….sebelum  menggunakan  ubat- ubatan  dan bahan rawatan.
a. guru
b.rakan.
c.ketua bengkel
d.formen
17…………………………………. ialah alatan untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala  belah. 
a.Pemutar Philip
b. Kunci Allen
c. Sepana hujung terbuka
d.Pemutar skru rata

18…………………………………. ialah alatan untuk mengetat dan melonggarkan bol  dan nat. 
a.Pemutar Philip
b. Kunci Allen
c. Sepana hujung terbuka
d.Pemutar skru rata
19.…………………………………. ialah alatan untuk memegang komponen yang kecil.
a. Playar muncung tirus
b. Pemutar skru rata 
c. Sepana hujung terbuka
d.Pemutar skru rata

20…………………………………. ialah alatan untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala
Allen.
 a.Pemutar Philip
b. Kunci Allen
c. Sepana hujung terbuka
d.Pemutar skru rata

21.Alatan untuk menyambung dan memutuskan  litar elektrik.
a.Suis
b,Roda
c.Pemegang bateri
d .Gear

22. Alatan untuk mengurangkan daya geseran dan memudahkan pergerakan kit model.   
a.Suis
b,Roda
c.Pemegang bateri
d .Gear

23. Alatan sebagai tapak untuk meletakan bateri pada kerangka kit model.
a.Suis
b,Roda
c.Pemegang bateri
d .Gear

24. Alatan untuk menukar kelajuan atau arah pergerakan.
a.Suis
b,Roda
c.Pemegang bateri
d .Gear


25. Sebelum  aktiviti  pemasangan  kit  model  dijalankan,  murid  mestilah  merujuk  dan  memahami
terlebih dahulu ……………………………….yang  dibekalkan bagi setiap kit model.
a. manual pemasangan
b.kertas
c.kotak
d.formen
26. Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kitn
model  tidak  berfungsi  atau  berfungsi  secara  tidak  normal,  ……………………….haruslah  dilakukan.
a.pembelian
b.penyimpanan
c.kerosakkan
d.pembaikan

27. Kit model yang telah siap dipasang dan diuji ak an dibuka semula. ………………………….. perlu membimbing murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen  disimpan semula ke dalam kotak atau  bekas penyimpanan yang disediakan.
a.Guru.
b.Rakan
c.Pengawas
d.Formen

28. Setiap  rekaan  mempunyai  reka bentuk  tertentu.  Untuk  menghasilkan  reka  bentuk  tersebut,
Berikut adalah  beberapa langkah yang perlu diikuti… KECUALI 
a.  Menyatakan masalah
b.  Mengumpul wang
c.  Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran
d.  Memilih lakaran terbaik

29. Projek  eksperimental  ialah  projek  yang  bersifat  ………………………  terhadap  reka  bentuk  projek
sebenar.
a.kekal
b.elok
c.sempurna
d.percubaan

30. Berikut adalah kaedah mengumpulkan maklumat KECUALI
a.Temubual
b.Soal selidik
c.melayari internet
d.Ttidak bertanya guru


Soalan 31-35  berdasarkah gambar dibawah. Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan


Memakai kasut

Memakai  apron

Lengan baju  panjang boleh dilipat

Tali leher ditanggalkan atau dimasukkan kedalam apron

Tudung dimasukkan kedalam apron dan rambut hendaklah diikat kemas









Soalan 36-40  berdasarkah gambar dibawah. Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan


Pemerhatian

Pembacaan dan penyelidikan

Pengalaman sendiri atau orang lain

Soal selidik

Bimbingan guru





lagi
http://mysekebun.blogspot.com/2014/09/soalan-rbt-tahun-4-akhir-tahun.html

contoh kertas kerja program berbuka puasa

NAMA PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN

TARIKH :
HARI :
MASA : 6.30 PETANG – 8.00 MALAM
TEMPAT :

                       

RASIONAL PROGRAM
Diriwayatkan Dari Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda Apabila salah seorang diantara kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada maka berbukalah dengan air, karena sesungguhnya air itu dapat membersihkan,
H.R Abu Daud (2355) dan trimidzi (695)


MATLAMAT PROGRAM
Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Program Ihya’ Ramadhan telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Majlis Berbuka Puasa adalah merupakan salah satu aktiviti di dalam Program Ihya’ Ramadhan. Justeru itu, program ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian.

OBJEKTIF PROGRAM
Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus berpuasa.
Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai beberapa aktiviti yang
dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka dan persekitaran sebagai panduan hidup mereka.



KUMPULAN TARGET
Program ini adalah terbuka kepada semua murid-murid Islam Sekolah …………..


PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama seluruh warga sekolah.


JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :
Guru Besar

Pen. Penasihat :
Semua GPK

Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan :
Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
Jawatankuasa Keselamatan :
Jawatankuasa Siaraya :
Jawatankuasa Dewan Solat :
Jawatankuasa Tempat Makan / Kantin :
Jawatankuasa Makanan :
Jawatankuasa Minuman :
Jawatankuasa Dokumentasi :

ATUR CARA  PROGRAM

Masa : 6.30 – 8.00 malam

Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat
Ketibaan Tetamu Undangan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan  Doa
Azan Maghrib (minum)
Solat Maghrib berjamaah
Jamuan makan
Bersurai



SUMBER KEWANGAN

Bil
Sumber Kewangan
Jumlah
1
Sumbangan Sekolah
    RM  
2
Sumbangan PIBG
    RM    
3
Sumbangan waris murid/kakitangan sekolah/ perseorangan
    RM    
JUMLAH BESAR
   RM  ................



ANGGARAN BAJET


Bil
Perkara
Seunit
Jumlah
1
 Jamuan Makan
RM  ..........  X   ....... org
RM   ...............
JUMLAH BESAR
RM  ..................


PENUTUP

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.

Disediakan oleh;                                Disahkan oleh;







Panduan Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab-Persatuan

Panduan Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab-Persatuan 

................................................................................................................

Definisi Inovasi
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

.......................................................................................................................................
Setiap Kelab dan Persatuan boleh merancang dan menyediakan kertas projek lebih dari satu
inovasi, tetapi projek inovasi hanya dikhaskan kepada satu sahaja.

Pertandingan Inovasi terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan yang ada di sekolah.

Peruntukan ini mestilah dihabiskan dalam tahun semasa.


Panduan Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab-Persatuan nPanduan Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab-Persatuan 

contoh surat jemputan hari raya

contoh surat jemputan hari raya


Kepada

Tuan/ Puan
JEMPUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SK............................ , TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita saya bagi pihak Jawatankuasa Program Majlis Jamuan Hariraya Sekolah berbesar hati menjemput Tuan/ Puan untuk sama-sama hadir ke majlis yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

TARIKH
MASA
TEMPAT:.........................

3. Atucara majlis sebagaimana lampiran A! berkembar :-


4 Semoga dengan kehadiran Tuan/ Puan memeriahkan lagi program Jamuan Hari Raya pada tahun ini.

Sekian, terima kasih.

.... contoh surat jemputan hari raya..TQ

Friday, April 25, 2014

APDM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

APDM, PENGAKALAN DATA MURID, 
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu
pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk
mengurangkan beban tugas guru.Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Kementerian Pelajaran telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban tugas guru malah memudahkan capaian kepada maklumat murid dalam APDM.untuk log masuk ke APDM lihat sini
 http://apdm.moe.gov.my/ 
Maklumat dalam data apdm merangkumi maklumat pelajar prasekolah hinggalah ketingkatan 6. APDM memudahkan para guru untuk menyemak maklumat murid..
Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan
digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa
akan datang. Menerusi APDM, terdapat pelbagai modul seperti eDaftar Rendah, eDaftar
Menengah, eKehadiran dan Permohonan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.
Pastikan semua murid telah didaftarkan dalam APDM dan maklumat telah dikemaskini

apdm
Add caption

Cara mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada.

1.Administrator APDM sekolah boleh mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ pada APDM

2. Klik menu ‘Tambah Kelas’ pada APDM sekiranya kelas masih belum wujud pada APDM

3. Klik menu ‘Kemaskini’ pada APDM di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini nama kelas tersebut pada APDM

4. Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan maklumat dalam APDM.... selesai..
Cara padam/buang kelas sediada pada APDM

1. Administrator APDM sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.pada APDM

2. Klik menu ‘Padam’ pada APDM di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu padam/buang kelas tersebut pada APDM

3. Sila pastikan kelas yang hendak di padam/buang tiada murid di dalam kelas tersebut kerana apabila kelas dipadam/buang, murid dalam kelas tersebut juga akan turut terpadam/buang. Oleh itu sila kemaskini kelas pelajar-pelajar ini melalui guru kelas menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’ pada APDM . Kemudian baru padam/buang kelas tersebut...selesai..

Tuesday, April 15, 2014

CONTOH PERLEMBAGAAN KELAB BOLA SEPAK

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA SEPAK


1.         NAMA DAN ALAMAT

a.         Nama Kelab    :           KELAB BOLA SEPAK        
b.         Alamat             :        
    

                                             
2.         MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.         TUJUAN

            Tujuan penubuhan KELAB BOLA SEPAK ialah  untuk mengadakan satu kumpulan pelajar yang mendapat didikan dan bimbingan tentang kepentingan seni budaya dan kepentingan riadah dalam kehidupan seharian mereka. Antara penekanan yang diberikan ialah seperti berikut :

3.1       Mempelajari asas permainan BOLA SEPAK.

3.2       Meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam permainan BOLA SEPAK.

3.3       Membudayakan sifat-sifat penyayang terhadap diri dengan berpersatuan.

3.4       Menjadikan permainan bola sepak satu alat untuk pergaulan antara pelajar. 

3.5       Menghargai budaya dan memupuk semangat  bertanggungjawab     

3.6       Menyumbang kepada kemajuan kebudayaan di sekolah terutamanya melalui  
     penyebaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.


4.         KEAHLIAN

4.1       Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

4.2          Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang 
            disediakan

4.3          Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
            perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
            menjayakan tujuan kelab ini.


5.         GURU PENASIHAT

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2          Guru Penasihat  mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3          Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.


6.         AHLI JAWATANKUASA

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa   manakala  
ahli   yang   tidak   dapat  hadir  tetapi menulis surat tunjuk sebab layak 
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

6.4       Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat   tanpa 
            mengadakan mesyuarat.

6.5          Ahli Jawatankuasa  yang  hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat  perletakan  jawatan kepada  Guru Penasihat.

6.6       Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6.6.7    Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

6.6.8    Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)


7.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
           
7.1       Pengerusi

7.1.1      Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab
 atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2      Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

            7.2       Naib Pengerusi

7.2.1      Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
                        7.2.2    Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

            7.3       Setiausaha

                        7.3.1   Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2      Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.

                        7.3.3   Mencatat kehadiran ahli

7.3.4   Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
           dari masa ke semasa.
     
7.4       Penolong Setiausaha
                             
7.4.1      Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
                             
7.4.2    Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3    Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan oleh Guru  
                                    Penasihat dari masa ke semasa.

            7.5       Bendahari

7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan

7.5.2      Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara 
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
                             
7.5.3      Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

7.5.4      Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5      Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6      Menjalankan  tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

            7.6       Penolong Bendahari
                                 
7.6.1    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2    Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

            7.7       Ahli Jawatankuasa

7.7.1      Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti
yang dilaksanakan.

7.7.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.2      Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru
Penasihat dari masa ke semasa

            7.8       Pemeriksa Kira-Kira
                             
7.8.1      Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
                             
7.8.2    Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

  
8.         KEWANGAN

8.1        Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang
            diputuskan  semasa Mesyuarat Agung.

8.2        Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui projek-projek
atau aktiviti tertentu atau daripada agensi-agensi kerajaan terutama Jabatan Pengairan dan Saliran.

8.3        Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4        Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam  
Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua


9.         KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1         Ahli  persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti  yang 
dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.

9.2         Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut 
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.  Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian  kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

 10.       AKTIVITI

10.1      Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2      Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.


11.       PERATURAN-PERATURAN

11.1    Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2    Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3    Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.


12.       TINDAKAN DISIPLIN

12.1      Diambil  terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab  
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2    Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1  Amaran lisan

12.2.2  Amaran bertulis

12.2      Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan / kelab  secara  bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.


13.       PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1    Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga  ianya
dipinda.

13.2      Cadangan  pindaan  perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli-ahli, Ahli   
Jawatankuasa, Guru   Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3      Satu  mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan  Ahli
Jawatankuasa  akan  membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4      Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Pengetua.

14.       PEMBUBARAN PERSATUAN
                     
14.1    Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati     
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2    Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.
                     

15.       HAL-HAL LAIN

15.1      Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2      Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.


         ……………………….         ......................................        .....................................
       (                                   )      (                                       )     (                                      )
                    
       Setiausaha                                      Pengerusi                                    Guru Penasihat



Tarikh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...