BANTUAN PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK ATAU PRASEKOLAH SECARA SEPENUH MASA/SEPARUH MASA/PENDIDIKAN
JARAK JAUH (PJJ)
SUKACITA DIMAKLUMKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AMAT
MENGALU-ALUKAN INISIATIF YANG DIAMBIL OLEH GURU-GURU PRASEKOLAH SWASTA
UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DI DALAM BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. LANGKAH INI DILIHAT MENYUMBANG KEPADA
ASPIRASI PENDIDIKAN NASIONAL BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (PPPM) 2015-2025 KHUSUS DI DALAM ASPEK PENINGKATAN KUALITI
PENDIDIKAN. SEBAGAI INSENTIF DAN GALAKAN, KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN
GERAN BANTUAN PENGAJIAN SEBANYAK RM1,000.00 SETAHUN
KEPADA GURU PRASEKOLAH SWASTA YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI DALAM
BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN BERSERTA BORANG PERMOHONAN BOLEH DIMUAT TURUN DI SINI. BORANG PERMOHONAN YANG TELAH LENGKAP DIISI PERLU DIKEMUKAKAN MELALUI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MASING-MASING.
MAKLUMAT LANJUT BACA KAT http://smpk.my/