Monday, December 30, 2013

CONTOH SURAT MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM KHATAM QURAAN

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM KHATAM QURAAN

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut sebagaimana ketetapan berikut:-

                                Tarikh                   : 
                                Hari                       : 
                                Masa                     : 
                                Tempat                  : 

3.            Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sedikit sumbangan dari pihak tuan bagi menjayakan lagi majlis tersebut dan sebagai galakan kepada murid-murid yang mengambil bahagian. Kertas kerja program sebagaimana lampiran berkembar

4.            Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih




CONTOH SURAT PERASMIAN MAJLIS KAHATAM QURAAN J-QAF SEKOLAH

CONTOH SURAT PERASMIAN MAJLIS KAHATAM QURAAN  J-QAF







KEPADA

......................................................................


Tuan

PERASMIAN MAJLIS KAHATAM QURAAN  J-QAF PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN .......... BAGI TAHUN 201

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program tersebut  sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

3       Sehubungan dengan itu kami dengan berbesar hati ingin mejemput pihak tuan, untuk hadir ke majlis tersebut seterusnya merasmikan majlis tersebut. Atucara majlis sebagaimana lampiran berkembar. Kerjasama dan kesudian pihak tuan amat-amat di hargai.

CONTOH SAHAJA TQ...
Nota sila gunakan gelaran yang sesuai ..... Dato, YB Datuk Yang Hormat dan lain-lain..

BACA JUGA
http://mysekebun.blogspot.com/2013/07/contoh-kertas-kerja-majlis-khatam-al.html

CONTOH SURAT PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH SEMPENA PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.


2.    Sehubungan dengan itu, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tuan sebagai Penceramah bagi aktiviti anjuran bersama Unit Kaunseling SK.................................   yang telah diadakan pada butiran berikut;

Program :
Tarikh :
Masa :
Tempat :

3.         Sumbangan dan kerjasama tuan dalam  menjayakan program tersebut, amat-amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

Sunday, December 22, 2013

penyata egaji

Penyata egaji kakitangan awam
Kepada kakitangan awam yang ingin melihat penyata egaji anda boleh semak penyata egaji di http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php
Pastikan anda tidak mendedahkan nama penguna dan kata laluan Penyata egaji anda. Kata laluan penyata egaji sepatutnya tidak didedahkan demi keselamtan penyata egaji anda.

penyata egaji
Anda boleh melihat penyata egaji melalui aplikasi penyata egaji online. Penyata egaji penting untuk anda membuat semakan gaji. Sesunguhnya penyata egaji ini senang dan amat mudah untuk digunakan. Anda boleh lihat dan print penyata egaji anda.Anda perlu simpan penyata egaji yang telah dicetak dan simpan penyata egaji di tempat yang selamat. lebel egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji, egaji,  egaji, 

Wednesday, December 18, 2013

KAEDAH KAJIAN KERJA KURSUS SEJARAH

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Kaedah tersebut sebagaimana dibawah:

1. Kaedah kajian  rujukan buku ilmiah. Buku ilmiah saya dapai dari perpustakaan dan ada yang saya beli. Buku ilmiah banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan tajuk ............................kajian kerja kursus saya.

2. Kaedah carian internet. Saya telah mengakses internet  bagi mengetahui perkara berkaitan dengan tajuk kajian.kaedah kajian. Kaedah ini banyak membantu saya kerana sebenarnya banyak bahan yang berkaitan kajian saya terdapat diinternet.

3. Kaedah lawatan, Saya melawat tempat kajian  bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini. Untuk itu saya telah melawat......................................kaedah ini amat berkesan dan banyak membantu menyiapakan kerja jursus saya.


4. Keadah merujuk pada akhbar dan majalah. Dalam menyiapkan tugasan ini saya telah membuat rujukan  pada akhbar dan majalah .

Tuesday, December 17, 2013

CONTOH SURAT RAYUAN KEMASUKKAN SMKA

 Hantar ke unit
Sektor Pengurusan Islam (SPI)

rujuk alamat di PPD/JPN masing-masing

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN KE DI SMKA.................................... DAERAH...........................................TINGKATAN 1 TAHUN 2014


Perkara diatas adalah dirujuk.

 2.            Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ……. lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform …………………… peringkat ( nayatakan aktiviti kokurikulum)


3.            Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya amat berminat untuk belajar di ...................... kerana kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif  dan tenaga pengajar yang professional. Saya berharap pihak tuan dapat mempetimbangakan rayuan saya ini.


 4.            Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

                              
                Nama Pemohon    :
                Sekolah                    :
                No.Sijil Lahir            :
                No. K/P                     :
                Angka Giliran  
   


 5.        Bersama ini disertakan salinan dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan

5.1: Salinan surat lahir
5.2 Salinan Keptusan UPSR
5.3 Dan lain-lain salinan sijil berkaitan

6.            Keperihatinan dan jasabaik pihak tuan dalam mempertimbangan rayuan ini amat-amat diharapkan dan dihargai.




Sekian, terima kasih.

contoh surat rayuan permohonan Ke Sekolah Kawalan Kelas Aliran Agama/ Kelas Rancangan Khas

 Hantar ke unit
Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)

rujuk alamat di PPD/JPN masing-masing

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN KE  KELAS ALIRAN AGAMA/ KELAS RANCANGAN KHAS  DI SMK.................................... DAERAH...........................................TINGKATAN 1 TAHUN…..


Perkara diatas adalah dirujuk.

 2.            Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ……. lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform …………………… peringkat ( nayatakan aktiviti kokurikulum)


3.            Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya amat berminat untuk belajar di ...................... kerana kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif  dan tenaga pengajar yang professional. Saya berharap pihak tuan dapat mempetimbangakan rayuan saya ini.


 4.            Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

                              
                Nama Pemohon    :
                Sekolah                    :
                No.Sijil Lahir            :
                No. K/P                     :
                Angka Giliran  
  


 5.        Bersama ini disertakan salinan dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan

5.1: Salinan surat lahir
5.2 Salinan Keptusan UPSR
5.3 Dan lain-lain salinan sijil berkaitan

6.            Keperihatinan dan jasabaik pihak tuan dalam mempertimbangan rayuan ini amat-amat diharapkan dan dihargai.


Sekian, terima kasih.

Thursday, December 12, 2013

contoh surat pelantikan setiausaha peperiksaan sekolah

contoh surat pelantikan setiausaha peperiksaan sekolah

Tuan/ puan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH BAGI SESI 2014

Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2          Tahniah diucapkan atas perlantikan tuan sebagaimana tertera diatas. Tuan/ puan bertangungjawab kepada Guru Besar dan warga sekolah bagai mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3.        Perlantikan ini bermula pada  1 januari............. hingga  31 Disember................

4.        Kami percaya dan yakin tuan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Kerjasama dari pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.



contoh surat pelantikan guru kelas

contoh surat pelantikan guru kelas

Tuan/ puan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU KELAS TAHUN ENAM BADI SESI 2014

Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.

2          Tahniah diucapkan atas perlantikan tuan sebagaimana tertera diatas. Tuan/ puan bertangungjawab kepada Guru Besar dan warga sekolah bagai mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3.        Perlantikan ini bermula pada  1 januari. 2014 hingga  31 Disember 2014

4.        Kami percaya dan yakin tuan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Kerjasama dari pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Contoh rumusan folio

Berikut adalah contoh ringkas rumusan folio sejarah
......
Kajian yang telah dilakukan ini telah memberikan saya pengalaman baru, bermakna dan menarik.Ia menyedarkan saya tentang kepentingan menguruskan  masa dalam menyiapkan tugasan ini.

Tugasan ini memberika pengalaman kepada saya untuk mendapatkan maklumat melalui pembacaan, pemerhatian dan temubual. Sesunguhnya ia adalah suatu pengalaman yang bermakna dan menarik

Melalui kajian ini, saya sedar tentang kepentingan sejarah dari kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita juga mesti berasa bersyukur kerana dilahirkan disebuah negara yang aman dan makmur ini

Melalui pemerhatian  saya sedar sesunguhnya kepimpinan negara amat mengambil berat terhadap kemajuan negara telah membawa kepada kepesatan negara dalam pelbagai bidang ekonomi.

Secara keseluruhanya , kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab,kesunguhan, integriti dan kegigihan akan membawa kejayaan. Sesunguhnya banyak perkara boleh menyumbang kepada kemajuan negara.

Jadi semua pihak perlu sedar akan tangungjawab dan peranan masing-masing dalam sama-sama menjaga dan memajukan negara ini.


Wednesday, December 11, 2013

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN


KAJIAN PENGESANAN GRADUAN IPT- UNIVERSITI AWAM DAN SWASTA
LOG MASUK KAJIAN PENGESANAN GRADUAN DI PAUTAN

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat :
  1. Layari web http://graduat.mohe.gov.my/skpg2013/
  2. Pada Log Masuk sila tekan  “Log Masuk Graduan”
  3. Pada bahagian Log Masuk isikan No. Kad Pengenalan / Pasport / Tentera
  4. Pada bahagian Institusi anda sila pilih ....
  5. Sila pilih NAMA IPT ANDA
  6. Seterusnya sila isikan borang soal selidik secara online mengikut arahan

Tuesday, December 10, 2013

E-RAYUAN KEPADA PEMOHON TINGKATAN SATU SBP YANG TIDAK BERJAYA

E-RAYUAN KEPADA PEMOHON TINGKATAN SATU SBP YANG TIDAK BERJAYA

Talian e-Rayuan dibuka kepada pemohon Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP 2014) yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 10 hingga 24 Disember 2013.

Sila layari http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakSBP_rayuan/

KAJIAN BAB 5




BAB 5

KESIMPULAN

5.1       Pendahuluan
Bab ini merupakan bab terakhir kajian dan akan memberi tumpuan kepada ringkasan umum kajian, perbincangan dapatan kajian, kesimpulan dan implikasi dapatan serta cadangan untuk kajian lanjutan. Bab ini juga turut menyatakan rumusan kajian secara menyeluruh. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang ingin melihat tahap  kecenderungan pengamalan amalan–amalan sunat di kalangan pelajar sekolah agama di sekolah ini. Pengkaji juga ingin melihat perbezaan tahap kefahaman dan penghayatan jenis–jenis amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan faktor jantina dan lokasi tempat tinggal. Di samping itu pengkaji turut melihat faktor-faktor yang mempengaruhi amalan dan penghayatan amalan dalam kehidupan pelajar. Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang pelajar di  sekolah ini

5.2       Kekangan Kajian
Perlu dingatkan bahawa kajian ini ada limitasinya, iaitu menggunakan saiz sampel yang kecil daripada bilangan populasi yang agak besar. Di samping itu juga kemungkinan soalan yang dikemukakan  di dalam soal selidik terdapat perbezaan. Oleh itu tahap signifikan yang didapati mungkin kurang tepat kerana kerana pengumpulan data ini dibuat berdasarkan sampel yang begitu kecil.

5.3       Ringkasan Kajian
Kajian ini juga merupakan satu tinjauan yang ingin melihat tahap kecenderungan  pengamalan amalan-amalan sunat di kalangan pelajar di sekolah ini. Pengkaji juga ingin melihat perbezaan tahap kecenderungan dan amalannya di kalangan pelajar berdasarkan faktor jantina, dan lokasi tempat tinggal. Di samping itu ia turut melihat faktor yang mempengaruhi penghayatan di kalangan pelajar. Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang pelajar sekolah ini
5.4       Perbincangan Kajian
Perbincangan dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian dan persoalan kajian dalam bab yang terdahulu.

5.4.1    Tahap kefahaman pelajar terhadap  amalan-amalan sunat.
Analisis data skor min keseluruhan menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap amalan sunat adalah tinggi iaitu 3.25. Dapatan kajian menunjukkan 98% responden mengetahui dan faham bahawa kebaikan melakukan amalan sunat akan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.  Kajian ini selari dengan kajian Ramli Awang & Rosmaziah Abdul Kadir @ Ismail (2009) iaitu melakukan perkara sunat mendapat pahala dan meningkat keimanan kepada Allah.
           
5.4.2    Faktor –faktor yang mempengaruhi amalan –amalan sunat.
Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor  utama yang mempengaruhi amalan sunat iaitu faktor guru dengan bacaan min 3.27. Data ini menunjukkan tahap skor min yang tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan responden mempercayai dan menjadikan guru sebagai panduan. Oleh itu bagi mendapat keberhasilan yang baik mengenai pengamalan amalan sunat, seharusnya mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah terutamanya para guru yang merupakan role model bagi pelajar.

5.4.3    Tahap penghayatan jenis –jenis amalan sunat
Analisa data bagi keseluruhan skor min tahap penghayatan terhadap jenis- jenis amalan sunat ialah 2.81. Ini menunjukkan pencapaian tahap sederhana. Antara amalan sunat yang mendapat min yang tertinggi ialan amalan solat hajat dengan bacaan min 3.33. Selain daripada solat hajat, responden juga banyak melakukan solat berjemaah dengan bacaan min 3.20. Data ini menunjukkan responden lebih ramai melakukan amalan solat sunat daripada amalan-amalan sunat yang lain.



5.4.4    Tahap kefahaman tentang amalan-amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan jantina dan tempat tinggal.
Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman bagi pelajar lelaki ialah 3.30 dan pelajar perempuan ialah 3.20. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kefahaman amalan sunat di antara pelajar lelaki  dengan pelajar perempuan. Ini bermakna tahap kefahaman amalan-amalan  sunat di kalangan pelajar  mengikut jantina adalah diterima. Bagi tahap kefahaman tentang amalan sunat di kalangan pelajar mengikut tempat tinggal  juga  tidak terdapat perbezaan yang signifikan kefahaman tentang amalan sunat di kalangan pelajar  yang tinggal di asrama  atau di luar asrama.  Skor min  tahap kefahaman tentang amalan sunat di kalangan pelajar luar asrama  (min=3.77) adalah lebih rendah daripada pelajar yang tinggal di asrama  (min=3.86). Ini bermakna tahap kefahaman tentang amalan sunat di kalangan pelajar pelajar  yang tinggal di asrama  atau di rumah adalah sama. Dapatan kajian ini tidak menyokong mana-mana dapatan kajian pengkaji lain kerana tidak ada kajian yang khusus melihat perbezaan tahap kefahaman  berdasarkan lokasi tempat tinggal.

5.4.5 Tahap penghayatan tentang jenis-jenis amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan jantina dan tempat tinggal
Hasil daripada kajian mendapati tahap penghayatan pelajar perempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki. Ini menunjukkan pelajar perempuan lebih cenderung melakukan amalan sunat. Dapatan kajian menunjukkan bacaan min bagi pelajar perempuan ialah 3.00 dan min bagi lelaki ialah 2.43. Ini bermakna Hipotesis Nul iaitu tidak terdapat perbezaan min mengenai tahap penghayatan jenis-jenis amalan sunat di kalangan pelajar berdasarkan jantina adalah ditolak.

Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan terhadap jenis-jenis amalan sunat antara pelajar  yang tinggal di asrama  atau di luar asrama  Skor min  tahap penghayatan terhadap jenis-jenis amalan sunat pelajar luar asrama  (min=2.61) adalah lebih rendah daripada pelajar yang tinggal di asrama  (min=2.79). Ini bermakna tahap penghayatan terhadap jenis-jenis amalan sunat pelajar  yang tinggal di asrama  atau di rumah adalah sama.

                       
5.4.6  Adakah terdapat hubungan  yang signifikan antara tahap kefahaman pelajar dengan  penghayatan pelajar terhadap jenis–jenis amalan sunat
Berdasarkan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa tahap kefahaman seseorang pelajar turut memainkan peranan penting terhadap penghayatan amalan sunat dalam kehidupan. Ini bermakna kajian ini berjaya menolak hipotesis nul.


5.5       Implikasi Kajian
Terdapat beberapa implikasi penting daripada dapatan ini. Antaranya adalah seperti berikut:-

5.5.1    Implikasi kepada pelajar

                                i.            Tahap kefahaman pelajar terhadap pengamalan amalan sunat masih berada pada tahap tinggi. Justeru itu, adalah menjadi salah satu perkara yang penting bagi pelajar memahami bagi memastikan amalan ini dapat dilakukan secara istiqamah dan berterusan di samping amalan wajib.
                              ii.            Tahap penghayatan amalan pelajar berada pada tahap sederhana, oleh yang demikian, menjadi satu tanggungjawab terutamanya pelajar sekolah agama bagi menjadi role model kepada pelajar sekolah menengah biasa dalam mengamalkan amalan sunat.
                            iii.            Amalan sunat merupakan salah satu amalan yang mendekatkan diri dan mendapat redha Allah.
                            iv.            Para pelajar sewajarnya melazimkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat selaras dengan peranan utama mereka sebagai pelajar sekolah aliran agama.

5.5.2    Implikasi Kepada Guru Pihak Sekolah

                                i.            Para guru perlu memberi penekanan dan bimbingan kepada pelajar dalam pengamalan amalan sunat dengan berdasarkan hasil dapatan kajian ini.
                              ii.            Guru adalah agen penyampai maklumat kepada pelajar, dengan dapatan kajian yang diperolehi dapat memotivasikan guru supaya terus bersemangat  dalam usaha memberi kefahaman kepada para pelajar.
                            iii.            Pihak sekolah boleh mengunakan kajian ini sebagai untuk mengetahui tahap kencenderungan amalan sunat di kalangan pelajar.
                            iv.            Pihak sekolah boleh mengunakan dapatan kajian ini untuk merangka strategi dalam meningkatkan dan memupuk kencenderungan pelajar dalam mengamalkan amalan sunat.

5.6       Cadangan
Kajian ini hanyalah merupakan kajian kecil yang mengkaji tahap kecenderungan dan pengamalan amalan-amalan sunat di kalangan pelajar sekolah agama di sekolah ini. Berdasarkan kajian ini pengkaji mencadangkan beberapa cadangan.

5.6.1    Cadangan kepada Pengkaji Akan Datang :-
Adalah diharapkan kajian lanjutan dapat dijalankan dengan mengkaji tahap kecenderungan pengamalan amalan-amalan sunat dengan lebih menyeluruh lagi yang melibatkan lebih banyak sampel di beberapa sekolah agama dalam daerah. Cadangan untuk kajian akan datang sebagaimana berikut:

i.        Pihak yang terbabit juga boleh menjadikan kajian seumpama ini sebagai kajian tahunan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan jenis-jenis amalan sunat di kalangan pelajar.
ii.      Pengkaji baru disarankan mengadakan kajian seperti ini dilakukan di sekolah lain untuk mengetahui perbezaan atau persamaan hasil kajian yang diperolehi.
iii.    Pengkaji baru juga disarankan supaya menjalankan kajian berkaitan amalan sunat dalam skop amalan yang lebih khusus seperti puasa sunat, untuk mengetahui tahap sebenar amalan pelajar sekolah aliran agama.
iv.    Penggunaan soal selidik yang lebih terperinci dan mendalam tentang amalan-amalan sunat dengan menganalisis data setiap item sangat perlu bagi menambah kesahan soal selidik serta sesi temubual dengan responden.
5.6.2    Cadangan Kepada Pihak Sekolah dan Guru

                                i.            Guru perlu memberi banyak pendedahan berkaitan dengan kelebihan amalan sunat bagi memastikan pelajar lebih berminat dan menjadikan sebagai amalan rutin.
                              ii.            Sekolah sepatutnya menjadikan amalan–amalan sunat sebagai satu budaya yang membezakan dengan sekolah lain. Ini selaras dengan peranan sekolah agama yang mengutamakan nilai-nilai Islam sebagai identiti sekolah.
                            iii.            Keberkesanan sesuatu amalan itu perlu mendapat kerjasama semua pihak khususnya daripada  pelajar, guru, sekolah dan masyarakat.
                            iv.            Tenaga pengajar perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam memupuk pelajar melaksanakan amalan–amalan sunat serta memberi pendedahan terhadap kelebihan melakukan amalan sunat.
                              v.            Amalan tersebut mesti menjadi amalan rutin  para guru bagi menjadikan guru sebagai role model kepada pelajar. Semoga dengan tindakan tersebut akan menjadikan mereka lebih berminat untuk mengamalkan salah satu amalan yang paling disukai oleh nabi.
                            vi.            Meningkatkan lagi kualiti dalam pendedahan amalan sunat terhadap pelajar seperti meletakkan kain rentang atau sudut-sudut maklumat berkaitan amalan sunat agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas tentang amalan tersebut dan  melaksanakannya dengan sempurna.
                          vii.            Pelaksanaan pelbagai program sokongan di sekolah boleh diadakan agar  dapat membantu pelajar dalam melaksanakan  serta memupuk minat pelajar  terhadap amalan sunat dengan dengan lebih terancang dan penuh kesedaran.





5.7       Rumusan
Kajian ini telah menjelaskan semua persoalan kajian yang dikemukakan. Dapatan kajian  ini menunjukkan tahap kefahaman amalan-amalan sunat berada pada tahap  tinggi. Tahap  kefahaman amalan sunat di antara pelajar lelaki dan perempuan serta lokasi tempat tinggal  tiada perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini juga mendapati tahap penghayatan terhadap amalan sunat berada pada tahap sederhana. Hasil analisis terdapat perbezaan amalan di antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Dapatan juga menunjukkan pelajar perempuan lebih cenderung melakukan amalan-amalan sunat. Bagi  tahap amalan penghayatan berdasarkan tempat tinggal pelajar tiada perbezaan yang signifikan. Walaubagaimanapun hasil dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman amalan sunat dengan penghayatannya di kalangan pelajar.

Sebagai penutup, usaha-usaha yang berterusan ke arah memantapkan lagi kegiatan dakwah agama Islam khasnya dalam bidang ibadat-ibadat sunat di kalangan pelajar, secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembentukan generasi Islam yang mempunyai jati diri dan ketahanan menghadapi cabaran. Sesungguhnya amalan sunat amat penting dalam memantapkan keimanan seorang insan di samping membentuk insan yang bertaqwa. Seterusnya, dengan setiap kefahaman, penghayatan dalam  amalan–amalan sunat yang dilakukan akan dapat menghindarkan seseorang itu melakukan perkara yang keji dan mungkar serta perkara- perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Kecenderungan dan minat pelajar dalam melakukan amalan sunat mesti dipupuk di peringkat awal lagi supaya ianya sebati dengan jiwa mereka dan tidak dapat digugat oleh sebarang anasir luar yang boleh merosakkannya. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar setiap pihak yang terlibat dalam penyebaran dakwah kepada pelajar  supaya lebih mendekatkan diri melakukan amalan-amalan sunat di samping amalan wajib. Sesungguhnya amalan sunat adalah pelengkap kepada amalan wajib. Amalan sunat tersebut sewajarnya menjadi amalan kelaziman bagi semua.  Justeru itu, kerjasama dari semua pihak diharapkan dapat membuahkan hasil yang lebih berkesan terutamanya dalam menghadapi cabaran hebat di era globalisasi ini. Penegasan terhadap pengamalan amalan-amalan sunat seharusnya diberi perhatian yang serius dan diutamakan bagi menghasilkan generasi pelajar yang menjadikan amalan Rasulullah sebagai ikutan dan panduan hidup. Ini penting dalam melahirkan satu masyarakat yang mengutamakan dan mendokong nilai-nilai Islam dalam kehidupan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...