Sunday, December 1, 2013

Perancangan selepas spm

Apa perancangan selepas SPM?.........( semasa menunggu result SPM)

Hadiri PLKN
Bagi yang terpilih anda  mesti sertai PLKN

STAM untuk Lepasan Aliran Agama
Jangan buang masa, terus lapor diri pada januari ini ke sekolah pilihan untuk mengikuti kelas bagi Peperiksaan STAM pada hujug tahun 2014. Fast track ke ijazah pertama Universiti.


Cari kerja
Berkerja sementara. Anda boleh kerja di pasaraya, restoran segera, kedai makan, petrol pump,car wash dan lain-lain. Perkejaan ini akan menjadikan anda lebih matang. Anda akan mengenal besarnya cabaran semasa mencari rezeki dalam menempuh sebuah kehidupan.

Berniaga
Bagi yang minat berniaga boleh mula dengan berniaga. Anda boleh mula menjual air soya ke, ice blend , burger dan lain-lain. Mana nak cari modal?.. senang je minta dengan ayah.... 

Ikuti kursus pendek di Kolej komuniti
Anda boleh mohon Kursus pendek... 1 hari je..di Kolej Komuniti. Banyak kursus kemahiran yang ditawarkan
1 hari kursus dapat ke ilmu.?. Tak pe  pergilah banyak kali..
Cari kursus yang anda minat. Komputer, bunga, jahitan aircond dll. Yuran murah serendah RM5-50 je sekali kursus...
baca sini senarai kursus kolej komuniti
cara nak masuk.. hubungi kolej komuniti ditempat anda

Jadi bloger sepenuh masa
Sepanjang cuti menunggu result SPM. Anda boleh menulis blog.Boleh tulis tentang banyak perkara. tentang pengalaman, resepi, hobi dan lain-lain asalah jangan menulis sesuatu yang menyalahi undang-undang atau yang mengangu kententeraman awam.

Tambah Pengetahuan
Anda boleh menambah ilmu dengan mengoogle diinternet sebagai persediaan anda selepas keputusan SPM keluar.
Cari maklumat di internet tentang beberapa perkara seperti:-
Anggaran bayaran yuran
Senarai biasiswa di Malaysia
Masalah Graduan
IPTS vs IPTA
Pengiktirafan ijazah/diploma
Pinjaman mara vs pinjaman PTPTN vs Pinjaman Yayasan negeri
Cari maklumat tentang kursus asasi, diploma yang anda minati..
dan lain-lain lagi

Semua pilihan ditanggan anda..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...