Monday, May 21, 2012

Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh kerana kurang guru

BATU PAHAT: Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. 

Beliau berkata, penangguhan dibuat memandangkan terdapat kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang sekaligus menghalang pengajarannya diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
Baca berita penuh di bharian online kat sini

"kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf "
Apa maknanya itu?
Ini bermakna terdapat  hampir 11 ribu jawatan kosong yang perlu diisi.. Ini tentunya peluang yang baik hanya untuk  mereka yang berkelulusan pendidikan islam.. atau dengan kata lain khas untuk lepasan sekolah agama.

Laluan ringkas pelajar sekolah agama untuk jadi guru j-QAF
UPSR- SK

MASUK SEKOLAH AGAMA TINGKATAN 1 HINGGA TAMAT TINGKATAN 5- SPM
( dinasihatkan agar jangan masuk kolej atau buat diploma untuk menjimatkan kos)
- Mohon IPGM jika SPM anda dapat banyak A -pengajian percuma
http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/iklan-permohonan-uec_sma.cfm

MASUK TINGKATAN 6- AMBIL STAM
-( sijil ini layak masuk ke tahun 1 untuk program ijazah di malaysia dan luar negara-ke mesir)
.......................................
SILA SAMBUNG PENGAJIAN UNTUK IJAZAH DALAM BIDANG AGAMA ATAU BAHASA ARAB SAHAJA. semak kesesuaian ijazah kat sini


Bil
Kod Bidang Pengkhususan
Bidang Pengkhususan
Kesesuaian Ijazah
1.
Bahasa Arab

Pendidikan Islam

Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)
A210A0000L
A215A0000L

A217A0000L
1
Aqidah dan Dakwah
2 Aqidah dan Falsafah
3 Bachelor Of Economics (Honours) UIAM
4 Bachelor Of Human Sciences (History & Civilization) (Honours) UIAM
5 Bachelor Of Human Sciences (Political Sciences) (Honours) UIAM
6 Bachelor Of Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Honours) & Bachelor Of Economics (Honours) UIAM
7 Bachelor Sastera (Bahasa Asing) UPM
8 Bahasa Arab
9 Bahasa Arab dan Peradaban
10 Bahasa Arab dengan Pendidikan
11 Bahasa dan Kesusasteraan Arab
12 Dakwah dan Pembangunan Insan
13 Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia
14 Dakwah dan Pengurusan
15 Fakultas Dakwah & Ilmu Komunikasi (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU)
16 Fiqh Dan Pengajian Islam
17 Fiqh Dan Usul Al-Fiqh
18 Hadis
19 Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Jurusan Ahwal Syakhshiyyah (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL)
20 Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Perbandingan Mazhab Dan Hukum (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI)
21 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar) (Kepujian) UM
22 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Bioteknologi) (Kepujian) UM
23 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Ekologi Dan Biodiversiti) (Kepujian) UM
24 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Genetik Dan Biologi Molekul) (Kepujian) UM
25 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Teknologi Maklumat) (Kepujian) UM
26 Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Dengan Kepujian (UNiSZA)
27 Ilmu Wahyu
28 Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam
29 Pendidikan Islam
30 Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah
31 Pengajian Al-Quran dan Qiraat
32 Pengajian Arab & Tamadun Islam
33 Pengajian Dakwah & Kepimpinan
34 Pengajian Islam
35 Pengajian Islam (Dakwah)
36 Pengajian Islam (Syariah)
37 Pengajian Islam (Usuluddin)
38 Pengajian Islam dan Bahasa Arab
39 Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab
40 Pengajian Islam dan Pengajian Melayu
41 Pengajian Islam dan Sejarah
42 Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat
43 Pentadbiran Muamalat (USIM)
44 Perbandingan Mazhab Dan Hukum
45 Perundangan Islam/Syariah
46 Qiraat
47 Sarjana Sosial Islam (S.Sos.I) (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU)
48 Siasah Syar’iyah (Syariah Politik)
49 Syariah Dan Ekonomi
50 Syariah Dan Pengajian Islam
51 Syariah dan Pengurusan
52 Syariah dan Politik
53 Syariah dan Undang-Undang
54 Tafsir
55 Tafsir dan Hadis
56 Tafsir dan Ulum Quran
57 Tafsir Hadis (Usuluddin) (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUMATERA UTARA, MEDAN)
58 Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
59 Takhasus Qiraat
60 Tarbiah
61 Usuluddin
62 Usuluddin & Falsafah
63 Usuludin dan Perbandingan Agama
sumber http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/pengajian.html

SAMADA DI IPTA-UKM,IUA ,USIM, UKM DLL
ATAU IPTS- KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KIAS, KUIS DLL.
ATAU LUAR NEGARA,MESIR, JORDAN , INDONESIA, DLL

ATAU PJJ KAT UKM ( syariah dll),
http://www.ukm.my/kembangan/program%20tawaran.html

..............................................
TAMAT PENGAJIAN IJZAH, ANDA BOLEH MOHON KPLI J-qaf..
http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

Nota : pengiktirafan ijazah sila semakdi   http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

Sunday, May 20, 2012

anti virus smadav

Nak kongsi tetang antivirus. Saya dah cuba SMADAV .. Boleh tahan.. boleh try download
maklumat lanjut baca kat sini
kelebihan smadav baca sini
http://www.smadav.net/

CONTOH SURAT KEBENARAN PENJAGA


......................................................
......................................................
......................................................                                                      Tarikh : ………..……………...




Guru Besar
Sk....................................................

KEBENARAN IBU / BAPA PENJAGA

Saya ...................................................... *ibu / bapa penjaga kepada ...................................................... dari Tahun ...................................................... * MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN *anak / anak jagaan saya menyertai .......................................................

2.         Saya memahami bahawa segala langkah pengawasan dan keselamatan sewajarnya telah diambil oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, saya mengakui bahawa pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas apa-apa kejadian atau kemalangan yang berlaku sepanjang kegiatan tersebut, bukan disebabkan oleh kelalaian guru yang bertugas.


3.         Saya bersetuju memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau guru yang bertugas menurunkan tandatangan bagi pihak saya, sekiranya anak / anak jagaan saya memerlukan rawatan kecemasan.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


......................................................
T/tangan Ibu bapa / Penjaga

Nama    ……………………………..
No. KP ……………………………..
Tel.       ........................................


* potong yang tidak berkenaan

Penafian : Pihak  kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan 
yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini, maklumat lanjut sila rujuk dan dapatkan nasihat pakar pengamal perundangan.

Contoh surat pelantikan guru penasihat kokurikulum


KEPALA SURAT
ALAMAT
....................................................................................................................................................

Kepada



 Tuan,

PELANTIKAN GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM/ KELAB PERSATUAN/ SUKAN PERMAINAN BAGI SESI 2012, SK.................................................

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai Guru Penasihat Unit Uniform / Kelab Persatuan/ Sukan permainan , SK ...................................Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 04 Januari 2011 sehingga 18 November 2011.

2.             Tuan/puan akan menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya seperti dalam Peraturan 8 warta kerajaan bertarikh 21.05.1998, P.U. (A) 196. Tuan/puan dikehendaki pada setiap masa menjalankan kegiatan dan aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid. Murid-murid hendaklah dibimbing untuk menjadi pemimpin persatuan/ kelab/ badan beruniform masing-masing.

3.             Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi persatuan/ kelab/ badan beruniform.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,


............................................

Tarikh Pembayaran gaji 2012

Tarikh Pembayaran gaji  2012


BulanTarikhCatatan
Januari16 Januari 2012IsninTahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012Khamis
Mac22 Mac 2012Khamis
April25 April 2012Rabu
Mei23 Mei 2012RabuPesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012Rabu
Ogos13 Ogos 2012IsninHari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012Selasa
Oktober22 Oktober 2012IsninHari Raya Haji26 Oktober 2012
November6 November 2012SelasaDeepavali13 November 2012
Disember18 Disember 2012SelasaHari Krismas25 Disember 2012

eSPEKS Pahang

eSPEKS Pahang sistem egaji yang memudahan kakitangan kerajaan negeri Pahang
eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. 
Maklumat lanjut baca kat sini

 eSPEKS PAHANG KAT SINI  atau https://espeks.pahang.gov.my/

Peraduan menulis surat 1 malaysia 2012

Berita baik kepada semua, peraduan menulis surat 1 malaysia 2012 nampaknya telah bermula..
Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 merupakan satu program anjuran pihak Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dengan kerjasama  Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelajaran Malaysia.
Maklumat lanjut dan Download borang peraduan menulis surat 1 malaysia kat sini

Berita Baik Hari Guru 2012

Kementerian komited untuk mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di
sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang
tahun 2015

Kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan guru
yang terbeban dengan pelbagai tugas dalam memastikan kelancaran dan
keberkesanan organisasi sekolah.

KPM juga sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan
Pembantu Tadbir N17 sehingga  Jun 2012 untuk melihat impak penempatan
Pembantu Tadbir bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru.

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41, hanya 8 tahun diperlukan untuk  kenaikan ke gred DG44, 8 tahun untuk gred DG44 ke DG48, 6 tahun untuk gred
DG48 ke DG52, dan hanya 3 tahun untuk DG52 ke DG54. Manakala bagi  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma gred DGA29, hanya 8  tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, 8 tahun untuk gred DGA32 ke  DGA34, dan hanya 5 tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.

Seramai 390 orang guru  telah dinaikkan ke gred DG54, manakala 676 orang ke gred DG52, 3,938 orang  ke gred DG48 dan 19,805 orang ke gred DG44. Bagi Guru Bukan Siswazah  pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 2,639 orang
dinaikkan ke gred DGA34 dan 9,519 orang ke gred DGA32. Dianggarkan
seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831
orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma akan
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh
perkhidmatan mulai 1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012.


Proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan
Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) BAGI LULUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA(SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA(SMU) AMBILAN KHAS JUN 2012

           1          KETERANGAN PROGRAM
                       
Nama Program :           Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah    :           Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus     :           Sepenuh Masa

             
             
            2          STRUKTUR PROGRAM       
                        2.1       Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)           
                        2.2       Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester) 
                                                 
            3          SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS          
                        3.1       Warganegara Malaysia.           
                        3.2      
Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.


                        3.3       Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.          
                        3.4       Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.      
                        3.5       Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurangt-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.        
                                   



            4          SYARAT TAMBAHAN         
                        4.1       Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)      
                         4.1.1   Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama           (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID) di peringkat SMA atau SMU.

Ini peluang keemasan hanya untuk mereka yang lepasan sekolah agama..
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya..
Semak keputusan permohonan anda disini
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/temuduga/login.cfm

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA

Bagi ibubapa atau penjaga yang ingin tahu prestasi pendidikan anak. Mereka boleh menyemak keputusan peperiksaan online  disini   http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

SAPS+Sistem+Analisis+Peperiksaan+Sekolah
PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR O
Keputusan adalah secara online. Sila masukkan nombor kad pengenalan atau no surat lahir pelajar
Pilih sekolah ( rendah atau menegah) kemudian pilih tahun..

saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN LEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, saps, SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, 

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR OLEH IBUBAPA, SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Semak permohonan pertukaran guru sesi jun 2012

Bagi mana-mana guru yang memohon pertukaran guru untuk sesi jun 2013 bolehlah membuat semakan di 
http://apps.moe.gov.my/epgo/  . 




Sila gunakan pelayar web Internet explorer sahaja.
Tahniah diucapkan kepada guru yang telah berjaya..

Semak permohonan pertukaran guru sesi jun 2013 egtukar, Semak permohonan SemaSemak permohonan pertukaran guru sesi jun 2013 e

Thursday, May 10, 2012

doa


25. Nabi Musa berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
26. "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
27. "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
28. "Supaya mereka faham perkataanku;

020. Thaahaa
............................................................................................................................................................







32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Tuesday, April 24, 2012

Kursus Jahitan

Bagi yang masih mencari kerjaya yang stabil atau tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan atau yang berminat untuk menjadi usahawan saya syorkan korang menyertai kursus kemahiran jahitan.
Bagi yang berminat untuk belajar kursus jahitan boleh memohon di Pusat Giat Mara. Sebenarnya korang boleh belajar menjahit baju disini. Elaun juga diberikan. so bila tamat kursus korang boleh  buka bisnes atau kerja dengan kedai jahit. Percayalah potensi sebagai tukang jahit amat cerah. maklumat lanjut baca kat sini .

Sebenarnya bidang jahitan amat luas, korang boleh jadi usahawan jahitan dalam bidang :
jahitan langsir
jahitan baju perempuan
jahitan baju lelaki
jahitan langsir
dan lain-lain jahitan lagi

IDEA

MENCARI ILMU
Korang ikuti kurus jahitan selama 6 bulan di pusat latihan yang disediakan
Belajar dengan berkerja dengan kedai. Tujuan berkerja adalah untuk belajar strategi marketing dan untuk tahu pembekal. Dengan kata lain mencari pengalaman.

MENCARI PELABUR
Berhenti dan cuba cari pelabur.
Pelabur mungkin terdiri dari sanak saudara atau lain-lain individu yang dipercayai. Beli peralatan jahitan yang asas.

MENCARI PELANGAN
Saya syorkan korang membuat jualan dengan mencari pelanggan. Cari pelanggan anda terutamanya pejabat-pejabat atau sekolah. Ini kerana pelanggan anda sangat berpotensi.
Mula mencari tempahan dengan pergi kesekolah. (contoh sahaja)
Tunjuk sampel kain
Tunjuk design
Bagi komitmen korang, contoh baju atau seluar yang ditempah dapat disiapkan selama 2 minggu.

YANG PENTING CARA BAYARAN..
Saya syorkan korang buat kemudahan bayaran secara ansuran.
Contohnya sehelai baju yang ditempah  berharga RM80..
Bagi offer kepada pelanggan untuk membayar RM20 X 4 kali
katakan disebuah pejabat terdapat 5 orang yang menempah baju, maka pendapatan anda untuk kutipan baju sebanyak RM100.00 sebulan. Biasanya kutipan dilakukan sebulan sekali..
itu baru satu pejabat ;
katakan 10 pejabat maka kutipan anda RM1K, kalau 50 pejabat RM5K...
hah itu nilai julan sebulan korang.. SYARAT penting.. mesti bersunguh-sungguh.

RISIKO BAYARAN ANSURAN
Jangan bimbang kerana kebanyakkan pegawai tersebut berjawatan tetap dan mereka jarang bertukar ketempat kerja.

MULA MENJADI BOS
Oleh kerana tempahan anda telah banyak dan korang telah dikenali ramai maka korang sebenarnya telah memiliki jenama sendiri.
Korang tentunya memerlukan perkerja. Dimana sumber tenaga kerja nak dapat?....
Saya nasihat anda mencari tenga kerja ditempat anda mendapatkan kurusus jahitan.
pusat latihan sudah tentu menyediakan tenaga buruh yang banyak dengan kos upah yang tidak terlalu tinggi.

BERMULALAH KERJAYA YANG MANTAP
Korang hanya sebagai runner ke pejabat untuk ambil tempahan  (ukuran) dan bayaran tiap-tiap bulan
semua pakaian yang ditempah di jahit oleh perkerja anda..
Sudah tentulah menyiapkan 100 helai pakaian sebulan bukanlah masalah besar..
MASYUK........
kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma, kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma, kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma, kursus jahitan percuma, kursus jahitan percuma,  kursus jahitan percuma, 



Tuesday, April 10, 2012

30 PESANAN IMAM SYAFIE

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE 30 PESANAN IMAM SYAFIE

Wednesday, February 1, 2012

Lima perkara yang tidak diketahui manusia melainkan Allah SWT


34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya.
luqman 34

Saturday, December 3, 2011

hijrah

Konteks hijrah
1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

3. Menghubungkan silaturahim
Sesungguhnya nabi muhamad telah menghubungan diantara beberapa puak dimadinah dalam memperkukuhkan umat islam sewaktu hijrah.Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)
http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/tidak-masuk-syurga-memutuskan.html

Ziarah menziarahi untuk menghubungkan silaturahim..
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".
Antara Adab berziarah.
Sewaktu berziarah kita mestilah mengawal pandangan.
Tidak menjadikan medan perjumpaan itu tempat mengumpat dan menabur fitnah
Orang yang berziarah juga tidak patut menyusahkan tuan rumah
Menghormati tuan rumah
Jauhi melakukan perkara haram seperti berjabat tangan dengan bukan muhram, mengumpat dan sebagainya.

4. Mengimarahkan masjid
Sesunguhnya perkara pertama yang dilakukan oleh nabi muhamad s.a.w sewaktu tiba ke madinah adalah pembinaan masjid Quba. Peranan masjid sebagai pusat ibadat dan ilmu.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Taubah 18

5. Taat kepada perintah Allah.
Sesunguhnya nabi Muhamad s.a.w berhijrah kerana mendapat perintah dari Allah s.w.t
Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [An Nisaa' (4): 100]

Taat kepada perintah Allah dan rasul adalah suatu yang penting.

Allah
Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]

.......................................................


20. (Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya. 
Taubah


Maksud Hijrah
Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Hijrah dari sudut bahasa ialah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain ataupun perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Dari sudut istilah pula, Hijrah ialah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari no 6484)

Daripada Abdullah B. Habsyi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

3 golongan penghijrah
Peristiwa Hijrah terlalu banyak memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya dalam usaha kita memperjuangkan Islam di muka bumi. Salah satu perkara menarik yang sangat penting dijadikan iktibar ialah wujudnya beberapa golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an. Golongan yang sentiasa ada sepanjang zaman

Golongan utama: iaitu mereka yang mula-mula berhijrah ke Madinah bilamana mendengar arahan dan perintah Rasulullah s.a.w. Mereka ini mendapat pujian dan sanjungan dari Allah bahkan Allah meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah.

Golongan yang diberi kemaafan kerana uzur, tidak berupaya untuk hijrah samada kerana tua, kanak-kanak, golongan kurang upaya atau kerana tidak mengetahui jalan-jalan menuju Madinah.

Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka.
Pemuda dan Pemudi  islam
Hijrah telah menunjukkan kepentingan dan keberkesanan peranan dan sumbangan golongan belia dalam sesuatu usaha. Apabila golongan muda menggunakan potensi akal dan kekuatan untuk tujuan kebaikan, sebesar mana perancangan sekalipun akan dapat menjadi reality

Ali bin Abi Thalib
Adalah remaja yang masih belasan tahun, saudara sepupu Rasulullah saw.
Jadilah anda seperti Ali yang pemberani, tidak gentar dengan kepungan musuh-musuh Islam, karena hakekatnya perjuangan ini membutuhkan keberanian dan kesiapan menghadapi segala bentuk resiko.

Abdullah bin Abu Bakar
(anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar dan berita terkini dari kota Makkah.

Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)- bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar pada setiap petang.

Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.

Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.

Hijrah memperlihatkan kecintaan terhadap rasul melibihi segalanya.
Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi telah membaringkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur diatas peha tidak meggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi tidur. Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat atas patukan Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, lalu membuatkan Rasulullah terjaga dari tidur. Melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa beliau menangis, Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu. Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya, maka secara langsung kesan patukan hilang serta-merta dan tiada lagi rasa sakit. Kerana mukjizat Rasul suci itu mereka berdua bersyukur atas rahmat Allah.



Bantuan Allah sentisa ada dengan syarat bertawakal
Nabi Muhamad mendapat bantuan dari Allah.
Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut


Hijrah itu Menghubungkan silaturahim
Sesungguhnya nabi muhamad telah menghubungan diantara beberapa puak dimadinah dalam memperkukuhkan umat islam sewaktu hijrah.Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj. Ini menunjukkan Islam itu dikembangkan tanpa mengira bangsa, suku, dan warna kulit.
Hijrah juga melihat bagaimana penyatuan kaum muhajirin dan ansar. Walau pun mereka baru berkenalan selepas peristiwa hijrah, namun mereka sanggup korbankan apa yang ada pada diri mereka untuk kebaikan Islam dan penganutnya. Mereka bukan sahaja korbankan harta benda, wang ringit, masa dan tenaga tetapi ada yang berkorban isteri untuk membolehkan kaum muhajirin yang kehilangan isteri dalam peristiwa hijrah menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:Maksudnya:“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)

Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)

Hubungan Hijrah dan Masjid
Sesunguhnya perkara pertama yang dilakukan oleh nabi muhamad s.a.w sewaktu tiba ke madinah adalah pembinaan masjid Quba. Peranan masjid sebagai pusat ibadat dan ilmu.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Taubah 18


Perjuangan islam bukan kerja main-main.
Antara pengajaran yang diambil dari peristiwa di atas ialah bahawa perjuangan menegakkan Islam itu bukan olok-olok atau kerja main-main. Sebaliknya perjuangan Islam perlu menghadapi rintangan.. Perjuangan ini memerlukan kepada kekuatan dan sifat tidak mudah putus asa.

Sebagai renungan terakhir...

3 perkara untuk dilakukan semasa menyambut tahun baru Hijrah:

1) Berjihad
- Kerana "tiada hijrah selepas pembukaan Kota Makkah melainkan dengan melakukan jihad dan niat"...begitulah sabda Junjungan SAW.
- Kena lakukan jihad walaupun perkara ini tidak kita sukai berpandu pada ayat di atas (al-Baqarah-216)
- Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa mati tidak berniat untuk melakukan jihad, matinya jahiliyyah"...

**Bersamalah kita renungi...adakah kita sudah berjihad dan berjuang???..paling2 kurang...kita kena tanam niat utk berjihad!!!kerana jihad fi sabilillah itu wajib..

2) Melakukan taubat Nasuha
- Muhasabah dan nilai diri ketika sambutan tahun baru Hijrah
- Mohon keampunan diatas setiap kesilapan...dan bertaubatlah atas setiap kesilapan tersbt...

3) Hijrah dengan meninggalkan perkara yang dilarang

Beberapa perkara yang wajar dilakukan semasa menyambut Tahun baru Hijrah
1.Mengingati kedatangan tahun baru tersebut..Ingati tentang perjuangan nabi s.a.w dalam menyebarkan agama islam. Sesunguhnya islam itu amat mahal harganya.

2.Muhasabah diri.. berharap esok iman kita lebih bertambah ...dan betaubat untuk dosa-dosa semalam
firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-18 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

daripada Anas bin Malik, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):

"Orang yang pandai adalah orang yang memuhasabah dirinya dan beramal untuk waktu setelah kematiannya, sedangkan orang yang lemah adalah orang yang jiwanya selalu tunduk kepada nafsunya dan mengharap pada Allah dengan pelbagai angan-angan"

Beberapa Peristiwa Penting Dlam Hijrah Nabi Muhammad saw

Rentetan Hijrah Nabi saw.

Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw
Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah
Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini
Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua
Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
Nabi tiba di Madinah
Pembinaan Masjid Nabawi
Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar


Friday, January 7, 2011

Perumpamaan bersedeqah...

.. "Perumpamaan mereka yang mendermakan harta dijalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh tangkai dan dari setiap tangkai membuahkan seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui."

(Al-Baqarah 261)

Saturday, January 1, 2011

CONTOH SURAT PENGECUALIAN KURSUS INDUKSI GURU


NAMA
ALAMAT SEKOLAH
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
JPN PAHANG
U/P: UNIT LANTIKAN DAN KEMAJUAN STAFF

Melalui dan salinan:
GURU BESAR,
ALAMAT SEKOLAH

Tuan,
PERMOHONAN PENGECUALIAN DARIPADA MENDUDUKI SEMULA KURSUS INDUKSI
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.
2. Saya seperti nama di atas ingin memohon pengecualian daripada menduduki semula Kursus Induksi bagi tujuan syarat pengesahan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41. Bersama-sama ini disertakan salinan dokumen yang diperlukan oleh pihak tuan..
2.1. Dua salinan surat rasmi
2.2. Dua salinan surat Pemberitahuan Pelantikan (DG6)
2.3 Dua salinan surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf berpencen
2.4 Dua salinan surat Tawaran Pelantikan Tetap DG41
2.5 Dua salinan surat Pengesahan Pelantikan Tetap DG41
2.6 Dua salinan Sijil Kursus Induksi
2.7 Dua salinan Keputusan Kursus Induksi
3.Segala bentuk kerjasama daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang Benar,
…………………………………………
(NAMA)
NO KP

LEBEL COTOH SURAT PENGECUALIAN KURSUS INDUKSI GURU, SURAT PENGECUALIAN INDUKSI, PENGECUALIAN DARI MENGIKUTI KURSUS INDUKSI, SURAT INDUKSI GURU,
COTOH SURAT PENGECUALIAN KURSUS INDUKSI GURU, SURAT PENGECUALIAN INDUKSI, PENGECUALIAN DARI MENGIKUTI KURSUS INDUKSI, SURAT INDUKSI GURU,

COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU 

COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU COTOH SURAT PENGECUALIAN  KURSUS INDUKSI GURU

Tuesday, September 14, 2010

Buat Borang Tempahan online percuma

Hari ini saya nak kongsi satu web yang menyedikan tool untuk buat borang tempahan online. Borang ini amat berguna sekiranya anda ada menjalankan perniagaan internet. Seperti yang kita semua tahu order form memang amat penting untuk menerima tempahan produk.
Walaupun anda tidak pandai untuk membina order form, ia bukan lah satu masalah sekarang. Ini kerana telah ada satu web yang memudahkan anda untuk membina borang tempahan.

Sebenarnya banyak borang online yang tersedia di internet. Anda juga boleh mengunkan perisian tertentu untuk membuat borang internet.

Cuma yang penting adakah ia percuma atau berbayar. Anda boleh ke http://www.123contactform.com/ untuk maklumat lanjut kerana ianya percuma.

Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma Buat Borang Tempahan online percuma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...