Friday, July 5, 2013

contoh acara sukan tahunan

ATUCARA Sukan Tahunan

7.45 am   Murid-murid Berkumpul dirumah sukan
8.00 am   Ketibaan Ibubapa/ penjaga
               Lintas hormat
               Menaikan bendera kejohanan
               Taklimat Pegawai Sukan
               Bacaan ikrar Kejohanan
               Acara sukan dimulakan

12.00 am Ketibaan Tokoh Perasmi
               Perbarisan Lintas Hormat
               Bacaan Doa
               Ucapan YDP/ NYDP PIBG
               Ucapan Guru Besar
               Ucapan Perasmian Penutupan
               Majlis Penyampaian Hadiah
               Penyampaian Cenderahati Perasmi
               Jamuan

1.00 am Bersurai

Baca juga tentang
http://mysekebun.blogspot.com/2013/09/contoh-memohon-sumbangan-perkhidmatan.html

Wednesday, July 3, 2013

Contoh Surat Pengesahan Pekerja.

Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

PENGESAHAN PEKERJA

Adalah diakui bahawa pekerja berikut,

Nama ;,
No kad pengenalan :
Jawatan:
Tarikh mula bertugas
Jawatan
Gaji Akhir
Sebab Berhenti

Sepanjang perkhidmatan beliau di syarikat kami, beliau adalah seorang perkerja yang cekap dan berdidikasi.


Sekian, terima kasih

SURAT SOKONGAN BERKERJA

Kepada:Sesiapa yang berkenaan

Tuan/Puan,

PERAKUAN SOKONGAN KEPADA .......................................................
BAGI JAWATAN ...............................................................

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa ............................................KP....................... mula berkhidmat dengan ................................  bermula ............ ...........sehingga kini di Bahagian/ Jabatan  .................................... sebagai.................................

3.    Sepanjang tempoh perkhidmatan , beliau adalah merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan komited terhadap kerja yang diberikan. Beliau juga bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih dari sepatutnya dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua jenis persekitaran kerja  serta mempunyai personaliti yang baik.

4.      Saya yakin dengan prestasi kerja, pengalaman yang dimiliki dan minat yang ditunjukkan, beliau boleh terus maju dan berpotensi untuk berjaya dalam kerjaya sekiranya diberi peluang. Dengan ini saya menyokong permohonan beliau dan diharap mendapat perhatian danpertimbangan dari pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 2, 2013

CONTOH SURAT JEMPUTAN TAKLIMAT



Kepada                       :              

Daripada                      :           
                                   
Ruj. Kami                     :          

Tarikh                          :          
..........................................................................................................................................

JEMPUTAN KE TAKLIMAT .......................................................

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan, Unit sukan .................... akan menganjurkan Taklimat ...........................  bersama Persatuan ............................ ............sebagaimana ketetapan dibawah:

                           
          Tarikh :
          Masa :
          Tempat :

3.         Sehubungan itu, Tuan/Puan  dengan segala hormatnya dijemput hadir  ke sesi taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih

contoh minit mesyuarat



FORMAT MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT.....................................
(Catatkan nama mesyuarat)
Bil..... Tahun..........
(Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun)

Tarikh            :  ……… .
Masa              :  ………..
Tempat          :  ……….

HADIR
(Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.)

HADIR BERSAMA
(Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas untuk menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan. Susunan nama hendaklah mengikut
kekananan.)

URUSETIA
(Senaraikan nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama hendaklah mengikut kekananan.)

I.          PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah dibangkitkan oleh
Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan semasa mesyuarat
membincangkan perkara-perkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas-kertas kerja atau di
akhir mesyuarat.

II.         PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan
tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, menyatakan pindaan-pindaan berkenaan.

III.        PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.

Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.

Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.

IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Bagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan.

Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:
a.               Tajuk kertas kerja berkenaan;
b.               Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan;
c.               Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan;
d.               Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja bekenaan;
e.               Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan
f.                Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.

V. HAL-HAL LAIN

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang pada
mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

VI PENUTUP

     Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
a.      Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan;
b.      Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan
c.      Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.

Urusetia
(Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.)

Tarikh
(Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.)

Monday, July 1, 2013

contoh surat permohonan batal polisi insuran


Nama
Alamat


Kepada syarikat insuran

Tuan,

PEMBATALAN POLISI INSURANS : No polisi……………………….

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya seperti butir-butir polisi berikut:
         Nama :
         K/P :
         Jenis Polisi :
         Nombor Polisi :

2.     Pembatan polisi ini kerana saya tidak berminat lagi dengan polisi tersebut. Sehubungan dengan itu ,diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan agar premium bayaran sebanyak RM……….. tidak lagi dipotong dari ...................saya bermula pada tarikh surat ini Sebarang lebihan potongan/ nilai serahan ( sekiranya ada) sila kembalikan kepada saya melalui cek ke alamat sebagaimana tertera diatas..



Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya ucapkan terima kasih.



Saya yang benar,

Contoh sahaja..TQ

contoh surat tangguh pengajian semester

Nama

No tel, alamat


Kepada ,
DEKAN................


PERMOHONAN MENANGGUHKAN PENGAJIAN BAGI SEMESTER DUA 2012/2013

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya ………………………………………. no matrik/ no kp………………………………, kursus.................................... ingin memohon penagguhan pengajian bagi sesi.................... kerana masalah kesihatan ( nyatakan penyakit atau patah kaki ke  atau lain-lain)  dan tidak berupaya untuk menyambung pengajian pada semester ini.

3. Bersama-sama surat penangguhan saya ini, saya lampirkan surat akuan doktor/ laporan perubatan .Saya ingin menyambung semula pengajian pada semester ............. yang akan datang. Saya mengharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini.

4. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...