Sunday, August 25, 2013

KERTAS KERJA PROGRAM KEM KECEMERLANGAN UPSR

KERTAS KERJA  PROGRAM KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013 SK....................................

Rasional
Menyediakan ruang dan peluang untuk murid dan guru bagi melengkapkan persediaan
terakhir sebelum menduduki peperiksaan UPSR  dalam mengasah kemahiran dan
teknik menjawab soalan.

Objektif 
Mengenal pasti dan mengatasi kelemahan murid dalam menjawab soalan
Memupuk dan menanam semangat jati diri dalam diri murid
Meningkatkan motivasi, disiplin. ketahanan fizikal dan mental murid
Memupuk sikap berdikari dan mewujudkan semangat bekerjasama,
toleransi dan kepemimpinan

Pelaksanaan
Tarikh :
Hari  :
Tempat :

Kumpulan Sasar
Seramai …………orang murid

Anggaran Kos Perbelanjaan
Perincian kos perbelanjaan - rujuk lampiran 1


Sumber Kewangan
Peruntukan Sekolah
Sumbangan PIBG


Sumber Tenaga
Semua guru dan kakitangan sekolah



Ahli Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : (Guru Besar)
Pengerusi : (PK Pentadbiran)
Setiausaha : (SU Kecemerlangan. UPSR)
AJK : (PK HEM)
          (PK KOKU)
Pendaftaran : 
Penginapan :
Pengacara Majlis :
Keselamatan :
Makan / Minum :
Motivasi :
Cenderahati :
Riadah & Senam pagi :
Siar Raya / LCD :
Tazkirah / :
Kuliah Agama :
Ajk Kawalan Malam( 11.00 pm-6.00 am) :
Jadual Aktiviti / Aturcara Program
30 Ogos 2013 (Jumaat)
07:30 pagi : Pendaftaran & Taklimat
08:00 pagi : Bengkel BAHASA MELAYU PENULISAN
                   (Pn. .................................................)
10:00 pagi : Rehat / Sarapan Pagi
10:30 pagi : Bengkel BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
                    (Pn. .................................................)
12:30 tgh : Makan Tengah Hari / Urus Diri /
Solat Zohor/Jumaat
02:30 ptg : Bengkel SAINS
                   (Pn. .................................................)
04:30 ptg : Minum Petang / Solat Asar
05:30 ptg : Riadah / Sukaneka
06:00 ptg : Persediaan Diri / Makan Malam
07:00 mlm : Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isyak
08:45 mlm : Bengkel BAHASA INGGERIS
                  (Pn. .................................................)
10:45 mlm : Minum Malam
11:00 mlm : Tidur

 31 Ogos 2013 (Sabtu)
05:45 pagi : Solat Subuh / Kuliah Subuh
07:00 pagi : Senam pagi
07:30 pagi : Sarapan / Urus Diri
08:00 pagi : Bengkel MATEMATIK
                  (Pn. .................................................)
10:00 pagi : Rehat / Kudapan
10:30 pagi : Slot Motivasi UPSR
                   (Pn. .................................................)
12:00 tgh : Majlis Penutupan
01:00 tgh : Jamuan Makan Tengah Hari / Bersurai

Saturday, August 24, 2013

CARA SEMAK NCD INSURAN ONLINE

Cara Semak NCD 

1. Sila ke https://www.mycarinfo.com.my/NCDCheck/Online
2. Masukkan No Plat Kereta, No KP, Nama, Emel dan No HP.
3. Pilih butang Enquire NCD
4. Status NCD muncul pada skrin.

Thursday, August 22, 2013

SURAT RAYUAN ASRAMA KERANA MASALAH DISIPLIN

Kepada
Pengetua.....

Tuan,

RAYUAN  PERMOHONAN KEMASUKKAN KE ASRAMA BAGI PELAJAR
(Nama Pelajar)   - TINGKATAN 5  (TAHUN 2013)

Perkara diatas adalah dirujuk.

2.            Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anak saya masih lagi diterima untuk menyambung pengajian ke tingkatan 5 di sekolah tuan. Adalah saya....................... bapa kepada ................................... ingin membuat rayuan kemasukkan ke asrama . Rayuan ini dibuat kerana anak saya gagal mendapat asrama kerana masalah disiplin. 

3.         Pohon pihak tuan mempertimbangkan rayuan permohonan ini kerana anak saya akan meduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013, dan tinggal di asrama penting untuk tumpuan pembelajaran anak saya. Untuk makluman pihak tuan anak saya telah  berjanji akan mematuhi segala peraturan asrama dan sekolah.

4.            Keperihatinan dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat-amat saya hargai.

Sekian.Terima kasih

…………………………………
LEBEL-surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, surat rayuan asrama kerana masalah disiplin, surat rayuan masuk asrama, 

KERTAS KERJA MAJLIS MOHON RESTU & SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR

KERTAS KERJA MAJLIS MOHON RESTU & SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 20XX


TARIKH :
HARI : Khamis
TEMPAT: Surau ……
MASA : 6:45 petang


PENDAHULUAN :
Surah Al Baqarah ayat 186
Ertinya :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)


OBJEKTIF
Mengeratkan silaturahim dikalangan warga sekolah dan ibubapa
Mengalakkan amalan berdoa dan sembahyang hajat dikalangan warga sekolah dan ibubapa
Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T.
Memupuk rasa cinta kepada ibadah .

ANJURAN
Unit Kecemerlangan SK….. & PIBG

SASARAN
Semua murid Tahun 6 seramai …….. orang.
Ibu bapa murid Tahun 6.
Warga SK ………………………………..
Ahli jawatankuasa PIBG.


AHLI JAWATANKUASA 
Penasihat : (Guru Besar)
Pengerusi: (GPK1)
Setiausaha :SU Kemerlangan
Sambutan
Persiapan Tempat / Peralatan
Pengacara
Imam
Bilal
Siaraya
Pamplet
Jamuan
Jurugambar
Kawalan Disiplin
Dokumentasi


ANGGARAN PERBELANJAAN
Jamuan Makan Malam : ………. orang X RM……… = RM…………….
Lain-lain =RM.......................
Jumlah Besar  = RM………….

SUMBER KEWANGAN
PIBG Dan Sekolah
  
ATUCARA MAJLIS
6.45 ptg                :              Kehadiran guru-guru/ kakitangan, ibu bapa dan penjaga
7.25 mlm              :              Solat Maghrib secara berjemaah
                                           Bacaan Yassin
                                           Ucapan YDP PIBG
                                           Ucapan Tuan guru Besar

8.40 mlm              :              Solat Isyak secara berjemaah
                                           Solat Hajat secara berjemaah
                                           Majlis Penghalalan Ilmu
                                           Berselawat
                                           Bersalaman antara guru, ibu bapa dan murid-murid
9.00 mlm :                           Jamuan 
                                           Bersurai

PENUTUP
Program yang dirancang diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semuapihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid . Semoga program yang diatur serta dilaksanakansedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepadasemua pihak khususnya murid


Disediakan oleh                                   Disemak oleh





Wednesday, August 21, 2013

SEMAKAN PENEMPATAN GURU

Sila semak penempatan guru kat sini http://apps.moe.gov.my/gsst/semakPPPS072013/
masukkan no KP dan tekan butang semak. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat penempatan guru dan selamat bertugas....












Tuesday, August 20, 2013

CONTOH SURAT PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PROGRAM AIDILFITRI PERINGKAT SK ............................... TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.    Sukacita saya bagi pihak Jawatankuasa Program Sambutan Aidilfitri 2013 Sekolah ingin memaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-

        TARIKH  23/8/2013/ (Jumaat)
        MASA     9.40-10.40 pagi
        TEMPAT  ..........................

3.    Pohon kepada pihak tuan agar dapat meluluskan peruntukan untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan program tersebut  sebanyak RM............................. dan kertaskerja program sebagaimana lampiran berkembar

4.   Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
T.T

CONTOH SURAT JEMPUTAN MAJLIS AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH

Kepada

Tuan/ Puan
JEMPUTAN MAJLIS AIDILFITRI SK............................ , TAHUN 2013

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.   Sukacita saya bagi pihak Jawatankuasa Program Sekolah berbesar hati menjemput Tuan/ Puan untuk sama-sama hadir ke majlis yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

         TARIKH    23/8/2013/ (JUMAAT)
         MASA      9.40-10.40 pagi
         TEMPAT:.........................

3.   Atucara majlis sebagaimana berikut:-
         9.40 pagi     Ketibaan Para Tetamu/ Guru, Kakitangan dan Murid
         9.45 pagi     Bacaan doa
                            Jamuan
        10.40 pagi   Besurai

4   Semoga dengan kehadiran Tuan/ Puan memeriahkan lagi program tersebut. Kesudian pihak tuan untuk turut serta dalam majlis didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
t.t

Saturday, August 17, 2013

Semakan tawaran ke Program Kolej Vokasional di kolej swasta

Semakan tawaran ke Program Kolej Vokasional di kolej swasta


http://apps.moe.gov.my/esptv/ks_semaktawaran2013/

Cara semak
Masukkan No. Kad Pengenalan Atau Angka Giliran PMR dan Klik Butang Semakan 
Pastikan maklumat No. Kad Pengenalan atau Angka Giliran calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PMR calon

BIASISWA ANTARABANGSA MALAYSIA 2014

TAWARAN BIASISWA ANTARABANGSA MALAYSIA 2014
 keterengan lanjut baca kat https://payloan.mohe.gov.my/INTER 

Wednesday, August 14, 2013

eSPKWS - Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah -

eSPKWS
Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah  
eSPKWS adalah sistem perakaunan berkomputer yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyelenggara perakaunan kumpulan wang sekolah secara berelektronik. e-SPKWS dibangunkan bagi tujuan menyimpan data-data perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara lebih efisien dan efektif.
Maklumat lanjut e-SPKWS , sila ke pautan ini

https://spkws.moe.gov.my/login.php 










Baca juga login 1govuc kat sini : https://mysekebun.blogspot.com/2018/10/login-1govuc.html

Contoh kertas kerja program kemerdekaan sekolah

Contoh kertas kerja program kemerdekaan sekolah


Sunday, August 11, 2013

TEMUDUGA RENJER HUTAN GRED G17

Tentu ramai yang mencari maklumat tentang bidang tugas ranjer hutan Gred G17.
Untuk menghadiri temuduga anda mesti bersedia dari segi maklumat tentang bidang kerjaya yang bakal anda tempuhi. Anda sepatutnya telah bersedia dengan pelbagai soalan yang bakal ditanya oleh Panel temuduga bagi jawatan Ranjer Hutan Gred G17.

Apakah Tugas Ranjer Hutan Gred G17?
sumber dari portal spa menyatakan Deskripti  Tugas Ranjer Hutan Gred G17:-

Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda calon perempuan Ranjer Hutan Gred G17.
Anda sepatutnya baca artikel ini

Sebagai calon  Ranjer Hutan Gred G17 Baca juga artikel ini : Renjer Hutan - Wira Hutan Yang Tidak Didendang  :Bernama

Sebagai calon  Ranjer Hutan Gred G17 Baca juga artikel ini : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Renjerhutanperluditambah/Article :hmetro


sekian,sedikit perkongsian untuk bakal calon Ranjer Hutan Gred G17. semoga berjaya.


Permohonan matrikulasi KPM

Bagi yang berminat untuk menyambung pengajian keperingkat matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia anda boleh memohon di pautan ini
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm


Sila lihat menu utama pada web tersebut dan pilih menu " Borang Permohonan Melalui Internet(PMI)" untuk memohon program matrikulasi tersebut.

Terdapat 3 aliran dalam program matrikulasi KPM ini iaitu, Jurusan sains, Taknikal dan  Perkauanan,
Penempatan Pelajar Matrikulasi KPM ini akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia . Rujuk kat sini

Permohonan kemasukkan UiTM sesi akademik 2, 2013/2014

Permohonan kemasukkan UiTM sesi akademik 2, 2013/2014  dibuka, bagi

i) LEPASAN STPM/STAM DAN MATRIKULASI/ASASI
ii) LEPASAN DIPLOMA UiTM DAN IPT LAIN
iii) PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM/KOLEJ BERSEKUTU UiTM
iv) PENERAPAN FAST TRACK PERAKAUNAN AC 111
v) PENERAPAN ASASI UNDANG-UNDANG UiTM (PI005)
vi) LEPASAN GCE A-LEVEL/AUSMAT/SETARAF

Anda boleh memohon di pautan  http://online.uitm.edu.my/
lihat syarat am universiti kat sini http://online.uitm.edu.my/syarat_am.cfm

Tuesday, July 30, 2013

contoh surat mohon cuti raya

NAMA DAN ALAMAT

kepada

Majikan anda.


Tuan,

PEREMOHONAN CUTI RAYA SELAMA ................HARI

Merujuk kepada perkara diatas.
Saya seperti nama dan alamat di atas memohon cuti raya selama dua hari, iaitu pada..................hingga ...................................

Tujuan saya memohon cuti ini kerana ...................................................................................

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan cuti tersebut. 



Sekian terima ksih


Yang benar

Friday, July 26, 2013

contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

‘‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998

Berikut contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Program NILAM

• Projek Pukal - Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu.

• Bicara Buku - Murid digalakkan membaca sebuah buku dan berhimpun untuk membincangkan secara kritis tentang isu-isu dan persoalan yang timbul dalam buku tersebut.

• Anotasi buku - Murid digalakkan untuk banyak membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod. Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.

• Bercerita - Murid terutamanya murid sekolah rendah digalakkan untuk bercerita tentang cerita dari buku-buku yang pernah dibaca.

• Jejak Maklumat - Murid dikehendaki mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan buku atau isi sesebuah buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau sumber bacaan di kawasan yang disediakan.

Untuk kertas cadangan proram nilam anda boleh lihat di pautan ini 

Wednesday, July 24, 2013

Permohonan Ke Tingkatan satu tahun 2014 ke sekolah menengah agama negeri pahang - SPSMA Pahang

Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu sekolah-sekolah Menegah Agama (JAIP) di Negeri Pahang Bagi sesi 2014,
Anda boleh memohon melalui ESMA Pahang.

Sila ke  http://esma.pahang.gov.my/ untuk memohon.

Tuesday, July 16, 2013

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA NUZUL QURAAN PERINGKAT SEKOLAH

KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA NUZUL QURAAN PERINGKAT SEKOLAH

PENGENALAN
Peringatan hari Nuzul al-Quran diadakan bertujuan untuk memperingati peristiwa penurunan al-Quran sebagai mu’jizat agung kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kitab suci Al-quranul Kareem merupakan mukjizat baginda s.a.w.

OBJEKTIF
Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran
Menanamkan minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar beragama Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 .

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh :
Hari:

ATUCARA
08.00 pagi- Murid mengambil tempat
                   Ucapan Pengerusi majlis
                   Bacaan doa

8.30 pagi-Kuiz Nuzul Quraan ( atau boleh juga buat pertandingan hafazan, Khat, mewarna dll)
10.00 pagi-Rehat
10.30 pagi-Ceramah sempena Nuzul Quran
11.30 pagi-Ucapan Penutupan oleh Guru Besar
12.00 tgh-Penyampaian hadiah
12.30 tgh-Berselawat dan bersurai

PERUNTUKAN
Pibg/ Sekolah

ANGGARAN BELANJA
Hadiah Kuiz                  RM
Saguhati Penceramah    RM
Pelbagai                        RM
Jumlah  Besar                RM


AJK PELAKSANA
Penasihat:
Pengerusi:
Naib Pengerusi 1:
Naib Pengerusi 1:
Setiausaha:
Pembaca  Doa:
Juruacara Majlis:
Persiapan Dewan:
Siaraya:
Dokumentasi/ Jurufoto:
Buku Program:
Kuiz
Disiplin Dan keselamatan

PENUTUP
Diharap program ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat memberi impak kepada warga sekolah

Contoh Atucara Program Nuzul Quran

Contoh Atucara Program Nuzul  Quraa Peringkat sekolah

08.00 pagi- Murid mengambil tempat

                   Ucapan Pengerusi majlis

                   Bacaan doa

8.30 pagi-Kuiz Nuzul quraan

10.00 pagi-Rehat

10.30 pagi-Ceramah sempena Nuzul Quran

11.30-Ucapan penutupan oleh Guru Besar

12.00 tgh-Penyampaian hadiah

12.30 tgh-Berselawat dan bersurai


contoh borang pertandingan kelas bersih

Download kat sini-Contoh borang pertandingan kelas kondusif/bersih  



contoh borang pertandingan kelas bersih

Monday, July 15, 2013

CONTOH KERTAS KERJA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

KERTAS KERJA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
SK ......................
TAHUN 20….

RASIONAL :
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
(Al-Waaqi'ah:77-80) |

OBJEKTIF :
1. Sebagai kemuncak program tadarus quraan sempena Ramdhan.
2. Menghargai dan mengiktiraf pelajar kerana kahatam quraan.
3. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.

TARIKH :
TEMPAT :
KUMPULAN :
SASAR

ANGGARAN

1. Cenderamata Perasmi                                      
2. Cenderamata Pelajar           RM5.00  X     ORG
3. Bunga Telur                        RM2.00  X     ORG
4. Pelbagai                                                            
5. Jumlah                                                              


SUMBER
1. Sekolah
2. PIBG


JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Penasihat :
2. Pengerusi :
3. Naib Pengerusi :
4. Setiausaha :
5. Bendahari :


6. AJK Pelaksana :
Urusetia
Jamuan
Cenderamata
Siaraya
Persiapan Tempat
Back Drop
Brosur
Pengacara Majlis







PENUTUP


Program yang dirancang diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semuapihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid . Semoga program yang diatur serta dilaksanakansedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepadasemua pihak khususnya murid




ATURCARA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK .............................
TAHUN 20….


8.00 pagi                       :                       Pelajar berkumpul di dewan
8.15 pagi                       :                       Guru-guru mengambil tempat
8.30 pagi                       :                       Ketibaan jemputan
8.45 pagi                       :                       Ketibaan perasmi
9.00 pagi                       :                       Majlis bermula
*                   Aluan pengerusi
*                   Bacaan al-Quran
*                   Ucapan Pengetua
*                   Ucapan Perasmi
*                   Majlis Khatam al-Quran bermula
*                   Penyampaian sijil & cenderamata
*                   Persembahan nasyid
*                   Bacaan doa


*                   Bersurai

Saturday, July 13, 2013

CARA TULIS RUJUKAN KERJA KURSUS SEJARAH PMR

CARA TULIS RUJUKAN KERJA KURSUS  SEJARAH PMR

Buku
NAMA PENULIS, TAHUN, NAMA BUKU, TEMPAT, PENERBIT
CONTOH
Ali Mamat, 2011. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Penerbitan........

Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

Akhbar
Nama akhbar, 17 okt 1992, halaman 5.

Orang Sumber
Nama, umur, alamat.

Melawat Tempat Kajian
Tulis alamat lengkap

VCD
Tajuk program, terbitan.

Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.

Internet
http://mysekebun.blogspot.com/


RUJK PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS halaman 24 

BACA JUGA TENTANG
CONTOH FOLIO SEJARAH TINGKATAN 1
CARA TULIS RUJUKAN FOLIO

CARA TULIS PENGHARGAAN FOLIO 
cara kajian sejarah PMR cara kajian sejarah PMR cara kajian sejarah PMR cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan  cara tulis rujukan folio, cara tulis rujukan kertas kajian sejarahi pmr, cara tulisan rujukan

Surat kebenaran membuat kajian

Kepala surat sekolah
Kepada sesiapa yang berkenaan

Tuan/Puan
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)

Adalah dengan horamtnya, saya diarah untuk merujuk kepada perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar Tingkatan 3 sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

3. Kajian ini adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM bagi memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia melibatkan proses mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek bagi mata pelajaran geografi tempatan.

4. Sehubungan itu, pihak berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

5. Kerjasama dan bantuan tuan /puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
contoh Surat kebenaran membuat kajian, contoh Surat kebenaran membuat kajian   contoh Surat kebenaran membuat kajian   contoh Surat kebenaran membuat kajian   contoh Surat kebenaran membuat kajian   contoh Surat kebenaran membuat kajian   contoh Surat kebenaran membuat kajian   contoh Surat kebenaran membuat kajian   
BACA JUGA TENTANG
CONTOH FOLIO SEJARAH TINGKATAN 1
CARA TULIS RUJUKAN FOLIO
CARA TULIS PENGHARGAAN FOLIO 

contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm


kepala surat rasmi

Kepada sesiapa yang berkenaan


Tuan/Puan

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)

Adalah dimaklumkan Pembawa surat ini : 

Nama :
No Kad Pengenalan
Tingkatan
Nama sekolah

Untuk makluman pihak tuan, pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan / puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar contoh surat pengenalan pelajar membuat kajian geografi kbsm, contoh surat pengelana kajian pelajar, surat kajian pelajar

Permohonan Ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh


Permohonan Ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh akan dibuka pada 1 September 2013

Kepada ibu bapa yang ingin membuat memohon anak ke sekolah berasrama penuh dan kawalan  sila ke  http://public.moe.gov.my/ untuk memohon

IKla
Sila mohon di laman web MOE


Deskripsi Tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o

Kepada yang bakal ditemuduga untuk jawatan pembantu tadbir anda mungkin akan ditanya tentang bidang tugas pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o.

Deskripsi Tugas  pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Ini bermakna ia meliputi Deskripsi Tugas  pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Aspek Perkeranian : surat menyurat dan pentadbiran pejabat 

Pengurusan personel dan rekod :penyediakan rekod cuti ( termasuk cuti sakit, suti rehat dan lain-lain cuti) , rekod kehadiran staf, rekod keluar masuk staf, surat akauan hospital atau dikenali guarantee letter (GL) , urusan berkaitan HRMIS ( Buat carian google.. apakah HRMIS), tuntutan perjalanan pegawai  dan lain-lain rekod

Pengurusetiaan; contohnya dalam urusan  istihar harta pegawai 

Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
Deskripsi Tugas  pembantu tadbir pengkeranian dan operasi p/o
Pengurusan Kewangan- menyediakan dokumen bagi urusan bayaran gaji, terlibat juga dalam pengurusan kewangan,termasuklah dalam menyediakan beberapa dokumen kewangan rekod, stok daan dokumen yang berkaitan audit ( sekiranya ditempat tersebut tiada pembantu tadbir kewangan) elaun tambahan kerana menjalankan tugas kewangan akan diberi.

Pengurusan Fail: membuka fail dan merekod fail.

Friday, July 12, 2013

surat sokongan bantuan pengajian

Kepada:

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan


SOKONGAN BANTUAN KEWANGAN PENGAJIAN
Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa ............................................KP....................... mendapatan tawaran untuk menyambung pengajian ke ( Nama Universiti)................................ dalam jurusan............ ......................... dan akan mula melapor diri pada .................................

3. Adalah dimaklumkan bahawa beliau memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos awal pendaftaran keuniversiti. ( Nyatakan kalau Oversea- nak beli tiket kapal terbang ke.. dll) Bantuan ini penting kerana beliau berasal dari keluarga yang miskin.

4. Dengan ini saya menyokong permohonan beliau dan diharap mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

t.t ketua kg/ ketua masyarakat setempat

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

(1) ALUAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim
· Yang berusaha .................................... Pengetua
· Yang Berusaha, ................................., Penolong Kanan Pentadbiran,
· Yang Dihormati .................................., Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
· Yang Dihormati ....................................., Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya  menyambut Hari Raya.
Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan .................................. yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun ..................................

(4) DOA-Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz .......................................bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz

....
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Pulut dihidang enak rasanya
lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En.................................., Pengetua ................................... untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk memotong lemang di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang dodol tersedia
Satay utara tidak dilupa
Hidangan  tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.


Wednesday, July 10, 2013

contoh penghargaan folio

PENGHARGAAN FOLIO

Assalamualaikum

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan folio ini dengan jayanya. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek 
 Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, “En.............” kerana kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada saya. 

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dengan memberikan tunjukajar kepada saya.. Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat saya hargai.dan tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan

contoh surat mohon bantuan keselamatan lalu lintas rela

Nama dan aAamat
no telefon

kepada

KETUA RELA
KG....................................................


PERMOHONAN BANTUAN  KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.     Sukacita saya ...................................................................... .ingin memaklumkan bahawa saya akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan saya sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 8 JULAI 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 hingga 1.00 tengah hari
Alamat :

3.    Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan pihak tuan agar dapat menyediakan 6 anggota sukarelawan untuk bertugas menjaga kawalan lalulintas pada hari perkahwinan tersebut, memandangkan kawasan rumah saya berhampiran dengan jalan utama.

4.    Jasa baik dan pertimbangan pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Friday, July 5, 2013

contoh acara sukan tahunan

ATUCARA Sukan Tahunan

7.45 am   Murid-murid Berkumpul dirumah sukan
8.00 am   Ketibaan Ibubapa/ penjaga
               Lintas hormat
               Menaikan bendera kejohanan
               Taklimat Pegawai Sukan
               Bacaan ikrar Kejohanan
               Acara sukan dimulakan

12.00 am Ketibaan Tokoh Perasmi
               Perbarisan Lintas Hormat
               Bacaan Doa
               Ucapan YDP/ NYDP PIBG
               Ucapan Guru Besar
               Ucapan Perasmian Penutupan
               Majlis Penyampaian Hadiah
               Penyampaian Cenderahati Perasmi
               Jamuan

1.00 am Bersurai

Baca juga tentang
http://mysekebun.blogspot.com/2013/09/contoh-memohon-sumbangan-perkhidmatan.html

Wednesday, July 3, 2013

Contoh Surat Pengesahan Pekerja.

Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

PENGESAHAN PEKERJA

Adalah diakui bahawa pekerja berikut,

Nama ;,
No kad pengenalan :
Jawatan:
Tarikh mula bertugas
Jawatan
Gaji Akhir
Sebab Berhenti

Sepanjang perkhidmatan beliau di syarikat kami, beliau adalah seorang perkerja yang cekap dan berdidikasi.


Sekian, terima kasih

SURAT SOKONGAN BERKERJA

Kepada:Sesiapa yang berkenaan

Tuan/Puan,

PERAKUAN SOKONGAN KEPADA .......................................................
BAGI JAWATAN ...............................................................

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa ............................................KP....................... mula berkhidmat dengan ................................  bermula ............ ...........sehingga kini di Bahagian/ Jabatan  .................................... sebagai.................................

3.    Sepanjang tempoh perkhidmatan , beliau adalah merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan komited terhadap kerja yang diberikan. Beliau juga bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih dari sepatutnya dan boleh menyesuaikan diri di dalam semua jenis persekitaran kerja  serta mempunyai personaliti yang baik.

4.      Saya yakin dengan prestasi kerja, pengalaman yang dimiliki dan minat yang ditunjukkan, beliau boleh terus maju dan berpotensi untuk berjaya dalam kerjaya sekiranya diberi peluang. Dengan ini saya menyokong permohonan beliau dan diharap mendapat perhatian danpertimbangan dari pihak tuan.


Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...